Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya

Assalamualaikum
Bismillah



Pada semester lalu, senior kami iaitu Pelajar Tahun Akhir, Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga telah mengadakan pameran "Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya". Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran (slow learner) memerlukan alat atau kaedah yang sesuai bagi membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. 


Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak kurang upaya amat berbeza sekali dengan kanak-kanak yang bersekolah di sekolah biasa di mana guru-guru perlu menyediakan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak ini supaya kekal fokus kepada pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung kepada bahan yang berbentuk buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa bahan bantu mengajar ini boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti:
  1. Bahan keperluan asas (wall pocket, carta, board, alat tulis)
  2. Bahan pusat sumber (bahan bacaan, CD, Komputer, TV, hasil kerja murid seperti buku skrap)
  3. Bahan matematik (bahan yang merangsang untuk mengira)
  4. Bahan Bahasa Melayu (sudut bercerita, akhbar, kad, mengenal abjad)
  5. Bahan pendidikan seni (lukisan, warna, DIY/Kitar semula)
  6. Bahan pendidikan muzik (instrumen muzik, kaset, radio)
  7. Bahan pengurusan diri (singki, cermin muka, alat pembersih yang sesuai)
  8. Bahan pendidikan Islam (Sejadah, al-Quran, Iqra, Kisah-kisah Nabi)
  9. Bahan rekreasi luar/dalam (gelongsor, petak pasir, trampolin)
  10. Bahan permainan dalam (sahiba, catur, monopoli)

Pameran Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya anjuran Kelab Kanak-Kanak & Keluarga, Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, Fakulti Psikologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS)












Akhir kata, ibu bapa harus mengambil berat tentang cara pembelajaran kanak-kanak itu dan jangan membandingkan anak-anak anda dengan kanak-kanak lain. Ada segelintir ibu bapa yang suka membandingkan anak mereka.

Contohnya seperti anak jirang korang dah pandai ABC, tetapi anak korang pula sebut ABC pun tak tahu. Tapi mungkin anak jiran korang tak hebat melukis seperti anak korang. Anak jiran dah pandai mengira, tetapi anak korang belum. Tapi anak korang mungkin mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi berbanding anak jiran korang.

Oleh itu, kenali potensi anak kita sendiri dan didik mereka dengan cara kita. Lain anak lain potensi dan intelligence mereka. Setiap manusia diciptakan ALLAH SWT dengan unik. Setiap daripada kita berbeza dan tiada satupun yang serupa.

22 comments:

  1. Replies
    1. haha yeaa .. bole bwat dgn adik2 atau anak :)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. betul tue..setiap kanak-kanak, potensi mereka berlainan. jangan desak sangat jika rasa anak kita tak sama seperti kanak2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue Kak Radhia .. Stiap org punya kelebihan masing2 :)

      Delete
  4. Replies
    1. Yeaa kak ~~ Kreatif sungguh seniors kami dulu

      Delete
  5. gila kreatif <3

    rindu arr nak main bola sepak kertas O.O tetibe...

    anyway, my bro tingkatan 4 kowt.. tahun ni.. dia macam budak-budak lain tapi dia tak mcm budak2 lain dlm masa yg sama.. tatau nak cakap.. malas ke apa..

    tapi dulu masa selalu check kerja sekolah dia, huruf d jadi b.. apa tu org panggil mcm dyslexia? tapi dia boleh ja menulis.. apa semua.. cuma tak pandai mcm adik beradik yg lain.. ermmm susah nak betulkan budak yg sorang ni.. haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Misaki..haha sy x pernah main bola sepak kertas xD

      Maybe Dyslexia .. better bawa dia ke hopital utk kepastian.. kita x boleh juga biarkan dia berterusan mcm tue.. sekiranya dia disahkan dyslexia pihak hospital akan suggestkan rawatan yg sesuai utk dia.. atau menjalankan terapi..

      Delete
    2. you are most welcome ^^

      itulah.. tataulah nak cakap budak tu.. rasa mmg benda tu tapi since ibu cikgu.. ibu cakap tak ada apa.. ermmm tak leh nak kata apa dah lah.. dah form 4 dah pun O.O

      Delete
    3. trylah main bola sepak kertas XD seronok main dgn family time cuti2.. dulu seallu main XD

      Delete
  6. kreatif nye seniors atika ! kagum taw semangat para pendidik tambah2 pendidik anak2 istimewa ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue~ kreatif sgat.. Insya'Allah sem depan giliran kami lgi haha

      Delete
  7. seronokknyaaaa ya allah kite pulak yg excited tgk permaianan ni semua
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sy pun kak tak sabar dah nak ambik subjek nie utk sem depan.. haha

      Delete
  8. Bermain sambil belajar. Betul cakap awak, setiap anak lahir dengan kelebihan masing2. Ada berjaya dalam akademik, ada yang handal dalam kemahiran. Tiada siapa pun yang kurang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup thats true Mai :)
      Hargai kebolehan & kelemahan anak masing2

      Delete
  9. Tak suka kalau orang yang suka banding2kan dgn ank dia dgn ank org lain.

    Tp cara2 yg atas ni mmg menarik. Budak2 pun lagi smgt nk belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea..even kita pun tak suka d'bandingkn..yup betul.. Budak2 suka benda2 mcm tu..

      Delete
  10. Kreatif cara yang digunakan. penuh warna warni untuk memupuk minat kanak-kanak.

    Betul Nurul, Siqah tak suka kalau ada mak ayah yang membandingkan anak dorang dengan kanak-kanak lain. Setiap orang tidak akan ada satu yang sama. Pasti ada beza walau sedikit.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Siqah..kreatif kan..bole d'bwat d'rumah juga

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.