Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama tak melawat blog nie. Selepas kejadian yang tidak disangka berlaku minggu lepas aku rasa agak sedikit tekanan. Nak tahu apa yang berlaku? KLIK SINI Tambahan pula dengan kesihatan yang tidak berapa baik sejak belakangan ini sedikit sebanyak mengganggu fokus aku untuk belajar. Alhamdulillah, aku dah lepas presentation untuk Subjek Kaunseling Industri minggu nie walaupun persediaan agak kelam-kabut but still presentation aku mendapat pujian daripada pensyarah dan rakan-rakan. Hehe


Aku sebenarnya nak cerita kisah housemate lari part 2 sambungan entry lepas haha tapi nantilah. Tak pasal-pasal aku jadi mood swing tengah-tengah malam nie. So malam nie aku nak cerita sikit pasal kerja sambil belajar. 

Nak tanya siapa yang pernah kerja sambil belajar? Angkat kening ^^ hahaha Patutkah kerja sambil belajar?

Aku dah banyak pengalaman kerja sambilan masa cuti. Setiap kali cuti sekolah ja aku akan cuba cari kerja part time selama seminggu atau kadang sebulan bergantung dengan lamanya cuti sekolah. Aku mula berjinak-jinak dengan kerja sambilan nie semasa umur 14 tahun lagi (Tingkatan 2). Dan kali terakhir aku bekerja sebelum aku masuk ke Universiti Malaysia Sabah. 

Agaknya kalau nak apply job bolehkah masukkan pengalaman kerja sambilan tu? hahaha~

Mungkin ada yang hairan, awalnya kerja? Aku pun tak tahu apa yang mendorong aku untuk bekerja pada usia awal. Mungkin sebab ekononi keluarga yang tak seberapa. Lagipun parents aku tak kata banyak sangat kalau aku kerja. Asalkan tidak menggangu pelajaran. Dan aku tak susahkan keluarga untuk bagi belanja kat aku. Dan apabila aku bekerja, aku mula faham sebenarnya nak cari duit tu bukannya perkara yang mudah. Sejak dari tu aku dah mula segan nak minta family belikan macam-macam kat aku.

Walaupun aku dah banyak kali kerja part time. Aku cuma ada sekali saja pengalaman kerja sambil belajar. Itupun semasa aku di Tingkatan 6. Apa beza kerja part time dengan kerja sambil belajar? Kerja part time pada pandangan aku adalah seseorang yang bekerja dalam tempoh singkat. Manakala kerja sambil belajar pula ialah seseorang yang masih bergelar pelajar di sekolah ataupun penuntut di kolej mahupun universiti yang masih belajar namun bekerja dalam masa yang sama. Hmmm macam takda beza ja kan maksud tu.. Lupakan ja.

Berbalik kepada cerita pengalaman aku bekerja sambil belajar semasa di Tingkatan 6 tu pun secara tidak sengaja. Rezeki tak diduga. Seperti biasa semasa cuti sekolah, aku ambil peluang untuk mencari kerja, tetapi selepas habis cuti bos aku tu offer aku kerja sabtu dan ahad pula. Alhamdulillah, walaupun aku rasa agak sibuk dengan study Isnin sehingga Jumaat, hujung minggu pula sibuk kerja tetapi sedikit pun tidak menganggu fokus aku untuk belajar.

Salah satu manfaatnya apabila bekerja sambil belajar adalah kita kurang untuk menghabiskan masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Bayangkanlah, weekdays korang ke kelas pada hujung minggu pula korang bekerja. Memang takda masa sangat nak fikir benda lain. Haha Kalau ada masa free pun aku pasti akan sibuk untuk siapkan tugasan supaya tidak bertangguh. Dalam kelas pula aku akan cuba berikan fokus yang sepenuhnya pada kuliah dan buat revision kejap.

Thats why lah masa aku Tingkatan 6 dulu, kawan aku tegur aku nie rajin sangat belajar dalam kelas. Hahaha Kadang kalau ada masa aku akan cuba siapkan homework pada hari itu juga. Sebab aku tahu apabila aku kat rumah aku memang tak ada masa pun nak layan homework semua tu, apatah lagi nak ulangkaji. Memandangkan aku kakak sulung jadi aku memang agak sibuk dengan urusan kat rumah. Lagi-lagi kalau ada adik-beradik yang ramai. Kecil-kecil pula tu. Hahaha

Ada orang dia tak boleh bekerja sambil belajar kerana susah nak bagi komitmen. Mana nak fokus belajar, mana lagi nak siapkan tugasan, kerja lagi. Jadi mungkin dia akan jadi serabut dan susah nak urus masa dengan baik. Terpulang dengan individu masing-masing sama ada nak bekerja atau tidak. Bagi aku memang agak penat dan stres sikit. Tetapi makin aku sibuk dengan belajar dan kerja aku akan kurangkan masa dengan perkara yang kurang bermanfaat. Dalam erti kata lain, aku manfaatkan masa 24 Jam itu dengan sebaik-baiknya. Kalau aku rasa bekerja itu menjejaskan pelajaran aku, then aku berhenti sajalah.

Sebab itulah sebelum nak bekerja sambil belajar kena fikir masak-masak. Kalau sebelum ini korang aktif dengan persatuan atau kelab, apabila dah mula kerja mungkin korang terpaksa kurangkan aktiviti kelab sedikit. Apapun dari kau saja bah tue (kata orang Sabah)

Akhir kata, mulai hujung minggu nie (Sabtu dan Ahad) aku dah mula bekerja di Shopping Mall 1Borneo berdekatan dengan UMS. Yup! Bekerja sambil belajar. Pada mulanya kawan aku ajak cari kerja part time. Aku just isi ja borang tu kononnya nak teman dia ja. Tak sangka pula rezeki aku yang dipanggil untuk bekerja. Kawan aku tu pula yang tak dapat huhu~

Lama dah aku tinggalkan zaman bekerja nie. Jadi ada jugalah rasa nervous nak bekerja lagi balik haha. Apapun thanks sebab sudi layan aku membebel tengah malam. 

Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian. Semoga korang semua dalam jagaan ALLAH SWT. Senyum selalu dan jangan mood swing baca entry aku pula. Hehe~ Aku happy hari ini kerana disebabkan suatu peristiwalah maka tercetuslah idea untuk mengarang hari ini. Apa yang berlaku jadikanlah sebagai pedoman dan mana yang kurang baik itu buang jauh-jauh. Sesungguhnya yang baik itu hanya daripada ALLAH SWT. Yang buruk itu datangnya daripada kelemahan aku sendiri.

Google Image

Baiklah, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah peristiwa yang telah berlaku? Bagi aku ini merupakan satu pengalaman hidup yang mana membuatkan aku berfikir untuk apa kita berbuat baik sekiranya kebaikan kita tidak dihargai? Menguji tahap kesabaran dan panas baran aku huhuhu~

Apa yang berlaku sebenarnya??

Sabar.... hehe..

Ini hanya sebuah kisah pelajar universiti. Yang tidak mendapat penempatan di dalam kolej kediaman dalam universiti. Sebelum itu, kalau korang berminat nak tahu tips bagaimana nak survive di luar kolej kediaman boleh baca 5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti

Kisahnya bermula apabila aku dan roommate sekarang tidak mendapat penempatan di dalam universiti. Dalam erti kata lain tinggal diluar universiti. Bagi aku tidak menjadi kejutan apabila tidak mendapat kolej kediaman kerana sebelum ini sudah setahun lebih aku tinggal menyewa. Alhamdulillah kami dapat sebuah bilik sewa dengan kadar sewa yang lebih murah berbanding sebelum ini dengan perabot yang lengkap seperti adanya tempat memasak, mesin basuh, meja belajar dan juga katil. 

Sebelum aku mula booking bilik itu, roommate aku whatsapp bertanya kalau ada lagi bilik sewa yang masih available sebab kawannya mahu juga menyewa. Alhamdulillah setelah membuat rundingan dengan tuan rumah akhirnya aku dapat booking dua bilik sewa sekaligus dengan kadar sewa sebanyak RM250 untuk bilik kami dan RM300 untuk bilik master room kawan kepada roommate aku. Setelah membuat perbincangan tentang sewa akhirnya kami semua bersetuju dan membayar sewa tersebut.

Memandangkan sewa master room lebih mahal. So aku pun cari lagi sorang kawan untuk mengisi kekosongan di bilik master room. Dengan ini mereka mempunyai 3 orang dalam 1 bilik dengan kadar sewa sebanyak RM100 untuk seorang. Mulanya agak payah juga nak cari orang tapi alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya.

Jeng jeng jeng.....

Masalah mula timbul apabila tiba masa untuk membayar deposit. 2 orang kawan kepada roommate aku hanya membayar separuh daripada deposit atas alasan tidak cukup kewangan walaupun PTPTN dah masuk masa tu. Mereka kata aku kena faham diri mereka sebagai seorang student. Di situlah terjadinya perselisihan faham antara aku dan mereka. Dan aku tak faham kenapa aku perlu faham mereka sebagai seorang student seolah-olah aku bukan pelajar seperti mereka.

Baiklah. Disebabkan tidak mahu masalah berlaku berpanjangan aku terpaksa terima sahaja duit deposit yang separuh dibayar itu. Dan pada hari yang sama aku terpaksa mengemis meminta dan memohon simpati untuk meminjam duit supaya dapat bayar sewa penuh pada hari tersebut. Seriously, aku rasa mereka berdua seperti tidak ada perasaan bertimbang rasa dan cuba memahami situasi aku pada ketika itu. Dah lah aku diberitahu yang mereka hanya dapat bayar separuh pada hari aku ingin membayar sewa. 

Pada saat kau memerlukan seseorang, pada masa itu jugalah kau akan mengenal kawan yang betul-betul setia pada saat kau susah. Alhamdulillah, bekas roommate semasa tahun 1 dia sanggup menghulurkan bantuan untuk meminjamkan aku duit pada hari tersebut. Aku terharu dan menangis apabila dia sanggup bantu tanpa aku menjelaskan keadaan aku pada masa itu. Katanya, "Aku tahu kau jarang pinjam duit melainkan terdesak". Alhamdulillah ALLAH temukan aku dengan seseorang yang sangat mengambil berat dan faham walaupun kami berlainan daerah. 

Settle bab sewa, aku anggap saja mereka berdua berhutang dengan aku. Dan mereka pun berjanji akan membayar hutang lebihan sewa pada akhir bulan nanti. Ku sangka masalah dah selesai rupanya satu masalah lagi timbul. Tanpa pengetahuan aku dan juga roommate aku rupanya mereka berdua memohon rayuan kolej kediaman di dalam universiti. Kami tidak akan tahu kalau aku punya kawan yang sebilik dengan mereka berdua bagitau aku. Dan yang lebih mengejutkan, hari ini mereka keluar daripada rumah itu, hari ini juga mereka bagitau aku. What the hell??

I don't know how I react at that time. But I swear that is the RUDE things they did to us!!

Mereka membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan kami. Dan paling mengecewakan mereka memberikan kunci original kepada penyewa baru tanpa meminta kebenaran kepada aku yang sepatutnya handle semua ini. OMG! How am I suppose to say to owner of the house if something bad happen?

Apabila aku minta nombor penyewa baru yang menggantikan tempat mereka, nak tahu apa reaksi dorang? Tak nak bagitau. Sehinggalah pada hari semalam aku berkeras dan mengugut kalau mereka tidak cuba untuk memberi kerjasama aku akan laporkan kepada tuan rumah dan datang sendiri ke kolej kediaman tersebut untuk ambil tindakan kerana melepaskan tanggungjawab macam tu saja. Ambil tindakan macam mana?Aku pun tak tahu huhuhu~ But at least dorang ada perasaan takut. After that barulah dorang bagi contact number penyewa baru tu.

Sekarang masalahnya, penyewa baru tu berjanji nak masuk esok katanya (esok yang tiada kesudahannya) sehinggalah pada hari aku menaip entry ini. Aku tidak nampak pun batang hidung penyewa baru itu. Ya Allah... Semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Permudahkan segala urusan kami. Amiinn~

Baca dengan nada mendatar ya rakan-rakan sekalian.huhu~

Ini merupakan kisah benar dan kalau ada di antara korang yang mempunyai sikap tidak bertimbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Aku mohon agar ALLAH berikan kegembiraan kepada korang kerana telah menyusahkan hidup orang lain. Semoga ALLAH membalas kebaikan dengan kebaikan.

Assalamualaikum
Bismillah

Mood nak join giveaway dah on. So bloggers sekalian, jom join beramai-ramai memeriahkan suasana Giveaway by Alia Farhan nie. 


KLIK BANNER

Agak jarang sekali nampak Alia nie anjurkan giveaway. So, memandangkan tuan blogger bersemangat nak buat giveaway, aku pun bersemangatlah juga nak join. Syarat yang dinyatakan tidaklah payah mana pun :

*paste kan entry ni dekat blog hampa
* Like @vanillafreakblog
* follow @aliafarhan
*follow @aliafarhansaid
* follow @scandi_scandu
* komen DONE dengan paste entry hampa na.
Giveaway ini akan berakhir pada hujung bulan ini bersamaan 30 September 2017. Dan sebanyak 2 orang pemenang yang bertuah akan dicari. Hopefully blog aku tercalon sebagai pemenanglah. hehe

All the best guys! Wish me luck :)
Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers. Hari ini aku berbesar hati ingin menjemput korang untuk memeriahkan giveaway daripada Blog Syahirah Valiant atau lebih mesra dengan panggilan Nurul. Ehh ehh.. samalah nama kami hehe~


KLIK BANNER!

Syarat yang dikenakan sangatlah simple. Korang hanya perlu ikuti 6 step di bawah :

1. Follow blog Syahirah Valiant 
2. Follow Instagram Nurul & Pick Me Lifestyle 
3. Like Fb Page Syahirah Valiant Dot Com 
4. Klik SINI 
5. Buat entri bertajuk "Giveaway Comel By Syahirah Valiant" , letak banner di atas serta backlinkkan ke sini. 
6. Dah siap? Letak link entri korang dekat komen ye ^^

Giveaway ini berlangsung bermula 9 September 2017 sehingga 9 October 2017. Ada dalam 15 hari lagi untuk korang join giveaway ini. Sempat lagi bhaa. Apa lagi? Jangan kasi lama gitu orang Sabah bilang hehe~

Hadiah yang bakal dimenangi pemenang adalah sangat comel. Tajuk entry pun giveaway comel kan hehe. Dah jangan buang masa. Join sekarang hehe.

All the best for all of us 💓
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah tak sangka pertama kali join giveaway SGShop pertama kali juga menang giveaway ini. Yeeeeppiiii~~ Walaupun sebelum ini agak kecewa dengan SGShop siapa sangka rezeki memihak kepada aku. Ehh bila masa pula aku kecewa ini? Baca kat SINI 


Kredit image : dululainsekaranglain

Pada Ogos yang lalu, aku telah join ‘SGshop Merdeka Giveaway‘. Ada 2 list barang daripada SGShop yang aku nak beli sekiranya aku menang giveaway ini. Korang nak tau apa aku nak beli? Baca kat SINI 

Lepas tue baru-baru ini aku ada nampak pula blogger post tentang pemenang giveaway. Pemenang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori blogger dan kategori terbuka. Alhamdulillah rezeki aku kerana tercalon sebagai "Pemenang SGshop Merdeka Giveaway" Kategori Blogger dengan memenangi shopping kredit SGshop Malaysia bernilai RM100. 

Berikut merupakan senarai pemenang Kategori Blogger :



Bagi Kategori Terbuka pula jatuh kepada :

Tahniah kepada pemenang! Baiklah selesai pasal tu. Aku nak cerita pula apa aku shopping kat SGShop ni huhu~ Pertama Kali Shopping SGShop tau hahaha. Lagi satu aku tak tau pula kalau shopping kat situ mahal sangat shipping kena cas huhu.

Inilah antara list barang yang telah ditempah. Alhamdulillah sekarang dalam proses penghantaran ke Malaysia. Dalam sebulan macam tu sampailah huhu. 


Price : RM9.93 


Price : RM18.03


Price : RM14.11 

Itu saja. InsyaAllah apabila barang dah sampai. Nantikan review aku lepas ini ya hehe~



Assalamualaikum
Bismillah

Tengah hari tadi aku main masak-masak kat dapur haha. Cuti hujung nie lah aku manfaatkan masa untuk belajar memasak. Orang kata belajar sampai degree pun tak guna kalau dapur tak berasap. Kasihan bakal suami aku nanti dapat bini yang asyik tapau makanan saja. Hahaha


Actually resepi nie pun semua orang boleh buat, terutama bujang macam aku nie hehe. Aku tak pandai sangat masak makanan yang berat-berat nie. So, untuk makan tengah hari tadi aku masak Telur Rebus Masak Sos hahaha. Tak pandai sangat nak bagi nama nie.

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur (yg sudah direbus) 
  • 1 ulas bawang besar 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji kentang 
  • garam secukup rasa 
  • 1 mangkuk kecil sos cili 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1/2 gelas air 

Note : Bahan tu ikut korang sendiri nak letak apa pun tak kisah haha ~

Cara-cara memasak : 
  • Hiris atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. 
  • Hiris bawang besar 
  • Potong kentang mengikut kesukaan (potong dadu) 
  • Panaskan kuali dengan minyak. Tumis bawang merah dan bawang puith. Biar sampai naik bau. 
  • Masukkan bawang besar dan kentang sekali. 
  • Masukkan sos cili dan setengah gelas air. Gaulkan dan tunggu hingga mendidih. 
  • Masukkan garam secukup rasa dan gula. 
  • Sediakan telur rebus. Suka hati nak potong dua atau tidak. 
  • Masukkan telur rebus ke dalam kuali. 
  • Gaul hingga sebati. 
  • Dah siap! Boleh hidangkan kat family. 

Beginilah kalau orang bujang kan? Haha. Masakkan pun bukannya special. Yang penting orang rumah suka makan. hahaha~~

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku terfikir nak tukar wajah baru blog. Sejujurnya aku suka sangat dengan blog aku sekarang nie. Lagi-lagi my fav blogger Mayy Jie yang make over kan siapa yang tak suka. Kalau korang berminat nak merasa hasil sentuhan Mayy Jie boleh klik "TEMPAHAN EDIT RESPONSIVE TEMPLATE"

Walau bagaimanapun hatiku tergugat dengan post-post Sis Hawa kita nie sebab ramai yang tempah kat dia. So, nak jugalah kan merasa hasil tangan Sis Hawa.

Untuk menghargai jasa baik Sis Mayy Jie kita aku juga dah backup template tu. Manalah tau rindu nak guna balik kan. Aku suka dengan orang-orang kreatif nie sebab sedar diri juga memang aku tak kreatif hahaha.



Ohh template ~ I will be missing you. Thank you kerana setia berkhidmat dengan aku. 


Dah lama mengidam template bertukar wajah. Alhamdulillah Sis Hawa memang terbaik dan senang nak dibawa berbincang. Tambahan pula aku agak cerewet sedikit. Dari segi pakej harga pula memang murah dan sangat berbaloi. 

Dan yang paling bestnya, Sis Hawa edit rasanya tak sampai 3 hari pun. Yang lama tu pun menunggu giliran ja. Nampak sangat ramai pelanggan dia. Bulan lepas ja pun Sis Hawa designkan lebih daripada 20 orang pelanggan. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Setelah menunggu dengan sabarnya. Inilah hasilnya yang korang tengok sekarang. Apa pendapat korang tentang Wajah Baru Blog Sii Nurul?


Tadaaa~ hasil tangan Sis Hawa.



Kalau korang berminat nak tempah edit blog daripada Sis Hawa boleh hubungi melalui FB atau email

email : sishawadesign@gmail.com


Assalamualaikum
Bismillah

Dulu aku ingatkan Kuih Keria dengan Kuih Gelang nie sama saja. Rupanya ada juga bezanya dari segi rasa. Kalau dari segi bentuk atau rupa memang nampak sama. Hidangan ini sangat sesuai untuk minum petang bersama seisi keluarga.


Image via Quaker Malaysia


Ingredients
  • 400 g (1 whole medium) sweet potato with skin
  • 30 g (1/2 cup) instant oat
  • 125 g (1 cup) self-raising flour
  • 50 ml ( 1/4 cup) milk
  • 30 g (2 tbsp) sugar
  • Salt to taste
  • 250 ml (2 cups) oil

Methods
  • Boil the sweet potato until tender
  • Remove sweet potato & mash it evenly
  • Mix the mashed potato with the oats, self-raising flour, milk, sugar & salt into a smooth paste
  • Divide into 8 portions and shape it into a doughnut with your hands
  • Heat two cups of oil in a deep frying pan
  • When the oil is hot, fry the shaped mixture (keria) on medium heat until the color turns into golden brown
  • Drain the excess oil from the keria and toss the keria in a coated sugar
  • Remove the keria from the coated sugar and it is ready to serve





Apa yang nampak berbeza resepi ini berbanding resepi lain kerana Kuih Keria ini diadun bersama bahan utama iaitu Quaker OatsKalau korang dah bosan makan oat macam biasa, korang boleh cuba  >>12 Resepi Quaker Oats Yang Korang Tak Tahu<<  salah satunya ialah Bubur Lambuk & Nasi Kerabu.


Bubur Lambuk


Nasi Kerabu

Assalamualaikum
Bismillah

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Assalamualaikum
Bismillah

Aku hampir terlupa yang tak lama lagi dah nak peperiksaan. Aku perasan apabila aku lihat adik-adik aku rajin betul ulangkaji. Selalunya mesti menghadap Running Man ataupun Anime hahaha :D Apabila sebut saja perkataan keramat iaitu "peperiksaan" tak kiralah UPSR, PT3, SPM ataupun STPM. mesti korang rasa bahangnya exam tu kan? Tambahan lagi dengan kurangnya persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.



Banyak chapter nak cover. 

Mana lagi nak hafal teori, kata kunci dan point-point penting. 

Sempatkah nak ingat dan hafal buku Sejarah tu? 

Otak pun kejang bila fikir tinggal sebulan lagi nak habiskan ulangkaji dan paling sedih kalau yang seminggu lagi baru nak ulangkaji. Stres sendiri juga dibuatnya.

Bertenang ya adik-adik ku sayang~~ Jangan panik. Tarik nafas. Tenangkan fikiran. Aku bantu korang senaraikan 6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan. Insya'Allah mana yang rasa sesuai dengan korang tu boleh tiru~ hehe

1. Elakkan Diri Study Last Minit

Aku suka letak point study last minit nie yang pertama. Hahaha Aku tak suruh korang study last minit pun, cuma nak nasihatkan korang "Please jangan study last minute". Melainkan korang memang dalam kelas jenis yang fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Paling tak pun korang nie jenis yang study sebelum masuk kelas.

Apapun setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza. Ada orang mungkin study last minit tapi dalam kelas dia faham dan cepat pick up apa yang disampaikan oleh guru di hadapan kelas. So, tak hairanlah dia boleh skor dalam exam.

Walau bagaimanapun, jangan amalkan "study last minit". Luangkan sedikit masa untuk mengulangkaji. Tak salah persiapkan diri lebih awal kerana kita akan lebih relaks dan kurang tekanan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

2. Two Head Is Better Than One

"Dua kepala lebih baik daripada seorang"Cuba ajak kawan buat study group atau belajar secara berkumpulan tentang topik yang korang kurang mahir. Ada sesetengah orang dia mungkin kurang mahir bab matematik tetapi bab sejarah dialah POWER! 

Dengan tertubuhnya "Study Group" korang boleh berbincang tentang sesuatu topik yang mana korang lemah. Belajar berkumpulan ini bukan sahaja dapat bantu mereka yang kurang mahir dalam sesuatu subjek malah korang juga boleh meningkatkan pemahaman dan daya ingatan dengan mengajar orang lain.

Jangan kedekut ilmu tau! Insya'Allah, kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita pula.

3. Sediakan Nota Ringkas & Padat

Yang nie tak perlu explain banyak korang fahamlah sendiri. hehe Kalau boleh elakkan daripada copy paste ayat dalam buku teks. Cukuplah korang senaraikan point penting dan cuba untuk memahami dan meringkaskan point tersebut dalam bentuk yang korang sendiri boleh ingat.

Menurut kajian psikologi, nota yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan daya ingatan serta merangsang mood pelajar. Be kreatif dalam menulis nota. Tetapi tips ini tidak semestinya di aplikasikan kepada semua orang. Ada yang jenis tak suka tengok nota warna pelangi. Ada pelajar yang suka conteng buku. Ada juga yang tak tulis nota langsung. Hahaha depends on you.

4. Jaga Pemakanan & Kesihatan

Selain daripada persediaan dari segi akademik. Jangan sampai abaikan pemakanan dan juga kesihatan korang. Amalkan diet yang seimbang dan kurangkan makan makanan ringan dan kurang sihat. Makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan tumpuan dan tenaga kita. 

Rajinkan diri untuk bersenam kerana otak juga memerlukan rehat yang cukup setelah penat menghadap buku sepanjang hari. Seperti badan kita, otak kita juga pandai penat. 

5. Kurangkan Hiburan & Media Sosial

Tidak dinafikan hiburan seperti menonton tv, drama korea, anime dan juga media sosial (whatsapp, twitter, instagram) sedikit sebanyak mengganggu kita untuk kekal fokus dalam mengulangkaji. Sudah menjadi trend untuk meng'upload dahulu sesuatu "kononnya nak studylah" kat laman sosial sebelum mula belajar.

Alih-alih yang dibaca bukan buku tetapi muka buku (facebook). Ada pula yang kononnya buka nota di dalam laptop. Last-last yang dilihat bukan nota tetapi Youtube, Drama, & Anime. Oopps! Hahaha (yang nie kena batang hidung sendiri sebenarnya) hahaha

So, kalau boleh bersabarlah dahulu daripada pegang handphone atau laptop.Caranya senang saja, jangan letak handphone kat tepi buku kalau nak study. Nanti nafsu anda menarik tangan anda untuk sentuh handphone tu. Hahaha

6. Minta Doa & Restu Orang Tua

Yang jauh jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan korang menjawab nanti. Yang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap kali korang nak exam. Manalah tau berkat doa & restu mereka formula addmaths korang boleh ingat.

Solat jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat apabila masuk waktunya. Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Allah SWT untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Insya'Allah Allah akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.


Sekian. Itu saja tips yang aku senaraikan. Mana yang korang boleh ambil dipersilakan. Kalau rasa tak sesuai dengan korang tak apa. hehe


Good luck! Ganbatte!






Assalamualaikum
Bismillah

Rindunya nak menulis. Sejak belakangan ini terasa macam kaku nak menulis. Berat hati tinggalkan blog beberapa hari ini. Nak paksa diri menulis pun tak boleh haha. Disebabkan kekurangan idea, so aku pun baca baliklah entry yang lepas. Mana tau muncul ilham tiba-tiba kan.


Lepas tue aku teringat yang aku ada up entry 50 Ideas For Writer's Block
"So, to get rid of this syndrome, I tried to list 50 ideas for the future blog update." Apabila aku baca part ayat tue aku sendiri rasa nak gelak bila terkena panahan writer's block nie. At least, membantu juga menyambungkan sel-sel neuron aku ni. Alhamdulillah, aku dah dapat mengatasi masalah penyakit M.A.L.A.S apabila baca Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging

Baiklah, panjang sangat mukadimah. Just straight to the point macam mana nak jana side income RM50 sehari dengan HYPR ?? 

Pendapatan selepas 3 hari join HYPR.

Seriously inilah first time aku sebagai blogger dapat income sebegini banyak selepas 3 hari join. Ya! Hari ini masuk hari ke-4 dah aku jadi member HYPR. Meremang juga bulu roma takut-takut kena tipu kah. Tapi kalaupun menipu nak buat macam mana kan, at least aku join tak sampai 3 hari dah lebih RM100. Ikutkan dah boleh cashout tapi bila request cashout pula sistem tak dapat update request aku lagi.

Memandangkan request cashout masih belum boleh update. So, aku cuba contact pihak HYPR untuk selesaikan masalah ini. Aku pun tak senang hati juga sebenarnya nak promote kalau tak boleh cashout. Haha Kalau aku promote sekali dua tak apa juga. Boleh tahan juga aku share sampaikan boleh dapat income banyak macam tu.


Ini jawapan yang diberi selepas aku chat kat FBpage HYPR.

So, buat masa ini aku bersabar saja lah menunggu dorang update request cashout aku tue. Aku dah tak promote link tu buat masa ni sebab masih kurang yakin bab cashout nie. Tak macam Sushivid walaupun income taklah banyak tetapi bab cashout alhamdulillah takda masalah. Korang boleh tengok bukti aku cashout SushiVid kat >>SINI<<  Memang berbaloi jugalah join SushiVid sebab income dalam USD.

Sejak aku up tentang HYPR kat laman sosial ramai yang tanya macam mana aku boleh jana side income RM50 Sehari dengan HYPR??





Maaf aku terpaksa hide profile dorang sebab tak minta izin nak upload hehe~

Aku nak juga share macam mana nak naikkan income tapi rasa tak berapa yakin lagi sebab belum boleh cashout. Insya'Allah, selepas dah approved request tue aku share. Tak best juga nanti ramai dah join tapi bila nak cashout tak dapat. Rugi ja promote walaupun tak sampai seminggu join.

Thanks yang sudi mesej tanya pasal HYPR. 

Assalamualaikum
Bismillah

Mengenai HYPR
HYPR adalah platform penyokong sosial yg membina dan memenuhi permintaan jenama dan perkhidmatan bagi pasaran digital di Malaysia, juga dikenali sebagai hentian setempat portal penyokong sosial dimana anda boleh berkongsi artikel dibayar dengan hanya beberapa klik. 


Aku baru ja daftar hari ini, Alhamdulillah dah ada income walaupun tak banyak~ Jika dibandingkan HYPR dengan SushiVid, HYPR lagi mudah sebab cuma share dan korang akan dibayar sekiranya ada yang klik link tersebut. 



Walaupun just sen-sen Insya'Allah boleh kumpul banyak-banyak lagi hehe~

Macam mana nak promote link dan dapat income melalui HYPR?

1. Daftar sebagai ahli HYPR di SINI 
2. Pilih mana-mana promosi dalam HYPR.
3. Share kat Facebook atau Twitter.



Nak tunggu apa lagi? Join sekarang!