Cara Cashout SUSHIVID

Assalamualaikum
Bismillah

Hai~ Terlalu awal untuk up entry hehe~ Disebabkan mata masih aktif dan takda tanda menunjukkan aku mau tidur. Aku amat berbesar hati ingin berkongsi Cara Cashout SUSHIVID. Sebelum itu, mungkin ada yang pernah baca tentang Cashout SushiVid Kali Ke-3. Alhamdulillah, dengan tutorial ini, masuk income ke-4 sudah aku cashout SushiVid selepas hampir 3 bulan join hehe~


Baiklah, tanpa berlengah lagi. 

Pertama sekali korang kenalah join SushiVid nie. Kalau belum join, boleh daftarkan diri kat sini ya >>SIGN UP<<

TETAPI sebelum itu, korang kena tengok tau sama ada korang telah melepasi syarat tak untuk jadi member SushiVid. Bagi yang teringin nak cashout tu, boleh ikut tutorial seperti di dalam gambar ya :

1. Klik kat >>My Wallet<<

2. Seterusnya klik >>Payout Request<<



3. Klik >>OK! Continue to Payout Request<<

Biasanya, amaun cashout bawah RM100 akan dikenakan caj sebanyak RM1.


Selepas tu korang akan diminta untuk semak Nama Penuh, Email, NO K/P, Jenis Bank & No akaun Bank untuk memudahkan pihak SushiVid membuat pembanyaran. Bagi ahli yang pertama kali cashout, pihak SushiVid akan email untuk minta photocopy Kad Pengenalan kita. 

4. Seperti yang korang lihat dalam gambar screenshot, dah semak semua, pastikan maklumat tersebut benar dan tepat ya. Then, klik >>Confirm Payout Request<<


SIAP! Senang ja kan? Korang boleh print slip pembayaran sebagai bukti korang dah cashout. 


Macam mana nak tau dah masuk akaun atau tidak? 

Status PENDING bermaksud request korang masih dalam proses. Apabila pihak SushiVid, mereka akan email kita bukti duit telah dimasukkan dalam akaun. Selain itu, korang boleh semak juga yang status korang telah di approved!



Semoga tutorial ini sedikit sebanyak membantu korang :) Yang belum join, jangan lupa tau boleh daftarkan diri kat sini ya >>SIGN UP<<


Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat

Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian, hari ini aku amat berbesar hati untuk share dengan korang Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat. Mudah kerana memerlukan bahan yang sedikit sahaja dan boleh di dapati di pasaraya Giant. Dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Dalam 10 - 15 minit sahaja.


Thanks to my lovely housemate, Priya (Indian) yang ajar aku masakan ini. Seriously, aku nie tak pandai masak sangat. I'm feeling blessed had housemate like her! So sweeeeet! haha~~ Baiklah, seperti yang ditunjukkan dalam gambar, 



Bahan-Bahan 
1. 1 mangkuk besar nasi yang telah siap dimasak
2. 2 ulas sayur kacang panjang (siap dipotong)
3. 1 batang lobak (siap dipotong ikut suka hati)
4. 2 ulas bawang merah & bawang putih
5. Kicap manis
6. Serbuk kunyit Baba's
7. Serbuk Cili Baba's
8. Garam secukup rasa
9. Minyak
Cara memasak :


1. Panaskan kuali serta minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur kacang panjang dan lobak. Kacau hingga masak.
3. Masukkan nasi putih yang telah dimasak. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan serbuk kunyit & cili Baba's dan gaul rata sehingga nasi kekuningan.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kicap manis. Gaul hingga sebati.
6. Matikan api dan Siap untuk di hidang!

Selain daripada lobak dan sayur kacang. Korang boleh gantikan dengan bahan yang korang suka seperti telur dan isi ayam. Ikut suka korang hehe~ Kalau ada yang korang nak tambah atau perbaiki dalam masakan ini, boleh share kat komen ya~

#BudakBaruBelajarMemasak

Top 10 Entry Pada Bulan Oktober 2017 | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Semalam korang dah tau tak pemenang untuk Segment Thank You 200,000 Visitors?? Jangan lupa baca tau. Ini pertama kali aku cuba menulis entry macam nie. Haha InsyaAllah akan datang nak tulis macam nie juga lah.


Di sini aku cuba senaraikan Top 10 Entry Pada Bulan Oktober 2017. Tiada yang berapa menarik pun sebenarnya dalam Bulan Oktober ini. But still ada yang sudi baca huhu. Thanks guys! 

1. Resepi Telur Rebus Masak Sos - 1359 views


Resepi yang paling simple buat student yang stay kat hostel. Hahaha~ Dan masakan favourite budak-budak di rumah. Simple and easy. Lepas nie aku nak tulis pasal masakan sayur kubis dengan sardinlah hahaha~ Makanan harian kami orang bujang kat hostel huhu


Wahh, rupanya ramai juga yang tertarik nak tengok wajah baru blog aku kan hehe. Thanks Sis Hawa yang kreatif sebab sudi design blog ini. Kalau korang berminat nak cuba design baru, jangan segan silu dengan Sis Hawa. InsyaAllah korang akan puas hatilah. Lagipun servis dia dah upgrade tau. Nak tau lebih lanjut email kat sishawadesign@gmail.com


Alhamdulillah, walaupun segmen dijalankan selama 3 hari tetap mendapat sambutan yang baik dengan 27 orang peserta yang join. Dah ada pemenang tau. Nak tau siapa yang bertuah tu? Boleh baca kat Pengumuman Pemenang Segment Thank You 200,000 Visitors
Korang rasa patutkah? Nak tau jawapan aku? Baca kat SINI. Ohh yaa.. aku rasa nak update lah tentang kerja part time aku nie. Hehe Insya'Allah. Aku rasa semester ini saja banyak betul kerja aku dapat. Alhamdulillah rezeki. 





Yup, betul. Banyak betul yang berlaku sepanjang Bulan September. Ada suka, ada duka. Korang pun mesti banyak cerita sepanjang bulan September kan? Apa perkara yang paling bermakna bagi korang sepanjang bulan tu? Atau maybe tahun 2017 ini? Tak lama lagi dah nak akhir tahun. Huhu cepat betul masa berlalu. Semoga tahun ini kita dapat capai azam kita dan menjadi seseorang yang lebih baik berbanding semalam.




6. Nota Buat Cinta Pertama - 523 views


Hahaha malu sebenarnya nak cerita cintan-cintun nie. Tetapi tak salah pun nak berjiwang sekali-sekala. Harap-harapkorang tidak muntah hijau ja lah bila baca entry tu hehe. Setiap orang pasti akan merasa bagaimana perasaan jatuh cinta. Kalau tidak "terjatuh" pun, at least mesti ada "Crush" kan? ehemm~ haha





Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmatnya. Sejak menceburi bidang blog ini adalah merasa sedikit pendapatan sampingan. Salah satunya daripda SushiVid. Yang belum pernah join lagi bolehlah >>SIGN UP<< Manatau korang join esok lusa jadi jutawan. hehe


Siapa yang dah pernah tengok movie ni? Boleh share review kat komen ya. Teringin juga nak baca~ Siapa peminat Erwin Dawson angkat tangan? Lepas korang tengok #BisikPadaLangit, korang kenalah tengok #DubaiMyLove pulak okay?


Pengalaman SGShop yang korang patut baca. Bermula daripada masalah pendaftaran sehinggalah aku berpeluang untuk menang Giveaway. First time shopping online kat sini tau. Memang berbaloilah juga beli barang kat sini yang penting pandai pilih. Dan memang kena banyak bersabar sikitlah. Al maklumlah barangan dari luar negara ambil masa sikit untuk sampai pintu rumah. But still worth it to buy with Voucher SGShop. Hehehe


Hah? Apakah benda nie? Nak tau lebih lanjut baca kat SINI The ‘pass-out challenge’, a game which involves applying enormous pressure to the chest until the person is rendered unconscious. Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan. Siapa yang berani mati, bolehlah cuba. 


Walaupun Bulan Oktober kurang update, entry lama sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan traffik blog ini. Antaranya ialah :

1. SEMAK STATUS KAD SISWA (KADS1M) - 78308 views 




Alhamdulillah, selama 2 tahun berblog, baru ini saja pencapaian Blog Sii Nurul. Bulan Oktober ini hanya 7 entry sahaja yang diupdate. Hehe~ Tiada apa yang patut dibanggakan. Apapun syukur, aku banyak belajar daripada menulis yang entah apa-apa. Sekarang fokus menulis lebih kepada sharing something at least bermanfaat sedikit untuk dibaca. Mungkin juga dengan pencapaian yang tidak seberapa ini akan meningkatkan motivasi aku untuk menulis dan terus menulis dengan lebih baik lagi. 

Aku hanya budak baru belajar. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada yang sudi singgah blogwalking, komen kat blog ini. Banyak hutang yang belum dibayar sebab asyik publish entry baru tapi tak pandai reply-reply komen korang. Huhu InsyaAllah aku usahakan untuk balas blogwalking dan komen semuanya ya.