8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin

8
Assalamualaikum
Bismillah

Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim dan kebanyakkan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh menjadi semakin teruk.

8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin
Klik HERE for image link

8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin

1. Jangan Urut

Elakkan mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

2. Jangan Tuam Haba

Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

3. Jangan Sapu Minyak Panas/Gamat

Jika ada luka di kulit terutama di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.

4. Jangan Abaikan Kesakitan

Jika kesakitan atau bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutama jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan dan luka (mungkin open fracture).

5. Perlu Rehat

Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Menggunakan tongkat ketiak (axillary crutches), tongkat lengan ( elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.

6. Perlu Tuam Ais

Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 jam selepas kecederaan.

7. Perlu Balut

Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.

8. Perlu Tinggikan

Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki yang terseliuh sentiasa melunjur. Jangan biarkan tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki yang cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda perlu berjumpa dengan doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kesakitan ini boleh mengakibatkan kesakitan yang lebih kronik.


Sumber: Dr Kamarul, Unit Rehabilitasi


Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. nice sharing. tips yg sangat berguna

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing kak Nurul!! Hana selaku ex-PBSM sekolah ni berasa malu sebab tak terer sangat bab2 rawatan kaki terseliuh ni T^T hehe >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha sy pun x tau juga.. nie pun perkongsian dr doktor juga :)

      Padam
  3. takut sbnarnya kalau terseliuh. mmg sakit. kena minta yg pakar urutkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa betul tue Busyra.. kwn hari tue terseliuh .. kesian juga kat dia.. seminggu lebih juga baru baik..

      Padam
  4. Kalau rendam kaki dgn ais dlm baldi blh X kalau tuam dgn ais leceh nnt menjijis2 air basah pulak lantai dh Nk kena lap

    BalasPadam
  5. ramai yang berurut selalunya walaupun doktor kata jgn urut

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !