Isu Beg Budak Sekolah Berat

15
Assalamualaikum
Bismillah

Ada parents yang mengadu anak mereka bawa beg sekolah sangat berat disebabkan oleh buku teks yang banyak berbanding dengan saiz badan mereka yang kecil. Dalam kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian beg sekolah berat siap bulan depan menunjukkan dapatan kajian yang mana anak-anak tidak sepatutnya membawa buku-buku yang banyak ke sekolah dalam tempoh seminggu. 


Contohnya, jadual pada hari Isnin, anak-anak diminta untuk bawa buku Bahasa Melayu sahaja, so bawa buku BM saja lah, janganlah bawa buku Pendidikan Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah meminta kepada pihak sekolah untuk kuatkuasakan perkara ini supaya sekolah perhatikan budak-budak itu  bawa buku teks ikut jadual ataupun tidak. 

Tetapi yang menjadi isunya walaupun kita meminta budak-budak bawa buku teks mengikut jadual mereka, tetap akan ada masalah kerana perkara ini kita semua dah pernah mengalaminya sejak dari sekolah rendah lagi. Even aku dulu pun pergi ke sekolah ikut jadual, tetap beg rasa berat juga.

Perkara ini setiap tahun menjadi isu. Oleh itu, bagi aku pihak sekolah ataupun KPM sediakan bajet buat loker untuk budak-budak tu letak buku teks dalam tu. So, mungkin akan kuranglah isu-isu beg budak sekolah berat. Sebenarnya kesan daripada mengangkat beg berat pada awal usia juga akan menyebabkan mereka boleh dapat penyakit seperti scoliosis.



What is scoliosis?
A person with scoliosis will have a C- or S-shaped curve in their spine. It can appear at any age, but it often presents from the age of 10 to 12 years, or during the teens, but infants can sometimes have symptoms. 


Kesan daripada Scoliosis, seseorang itu dah tak boleh angkat berat ataupun berdiri dengan tegak. Dan benda ni kita susah nak kesan awal tau. Mungkin penyakit ini datang masa kita dah berumur, tetapi faktor yang menyebabkan penyakit scoliosis mungkin disebabkan oleh beg-beg yang berat. 

Oleh itu, dengan adanya loker khas di sekolah pengurusan buku teks itu menjadi semakin baik. Anak-anak tak perlu mengangkat beg yang berat dan risiko untuk kehilangan buku teks atau rosak juga dapat dielakkan. 


Tetapi mungkin ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat ini dan beranggapan bahawa budak-budak sekarang terlalu dimanjakan. Sedangkan zaman kita dulu pun bawa juga beg berat. Isunya mungkin kita dahulu tidak mengeluh dengan parents yang beg kita berat. Tipulah kalau kita tidak mengeluh beg kita berat.
Tags

Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Dari zaman sekolah lagi isu ni sampailah sekarang dah bekerjaya. :(

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. Betul ni. Isu ni daripada zaman kita dulu lagi kan

    BalasPadam
  3. Penyediaan loker untuk pelajar tu memang bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. ada sesetengah sekolah dah sediakan loker ..

      Padam
  4. Semoga masalah ni tak timbul lagi selepas penyediaan loker

    BalasPadam
  5. Mungkin ada yang stengah orang ni malas nak susun jadual. tu la berat. heheh. tak la. dulu skul2, saya pun terpaksa bawa beg berat. Biasa kalo nak rasa ringan, separuh saya buku, saya angkat macam tu je ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa ada juga certain student yg malas nak atur jadual hahaha..

      Padam
  6. Masih sama. Entahla berat juga hari hari walaupun sekolah tu satu sesi je. Buku hari-hari bawak balik.

    BalasPadam
  7. Ada lagi ke isu beg berat ni? ingatkan zaman sekarang buku semua dah nipis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku skrg mmg kebanyakkan nipis Ai.. tp tu lahr, BM ada jilid 1, jilid 2..

      Padam
  8. bagi anak yg bertubuh besar tu ok la masalahnya anak yg tubuh kecik pastu kurus halus pulak tu yg bermasalah...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !