Tips Cinta: 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih

Assalamualaikum
Bismillah

Hi kembali semula dengan tips cinta. Sebelum nie aku pernah berkongsi tentang bagaimana jika kita terjatuh hati kat kawan baik kita sendiri? Baca kat SINI So, Kali ini aku ingin berkongsi pula bagaimana nak memikat hati bekas kekasih (ex boyfriend/girlfriend). Hehe~ Macam ada pengalaman je kan? hahaha

Ada orang bagi dia susah untuk move on setelah putus dalam perhubungan dan masih menyimpan perasaan sayang buat bekas kekasih. Mulanya mungkin ada berfikir bahawa dia tidak boleh hidup tanpa diri kamu. Tetapi ingatlah, kumbang bukan seorang, bunga bukan sekuntum. Hehe~ Akhirnya yang tidak boleh meneruskan hidup tanpa dia adalah kamu.

Bagaimanakah mahu kembali merebut semula cinta si dia? Sedangkan si dia mungkin sedang membuka hatinya pada yang lain. Buat anda yang pernah menjadi kekasih hatinya merupakan suatu kelebihan kerana anda pernah hadir dalam hidupnya dan rasa cinta pernah tertumpah buat anda.

Ada 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih. Semoga berjaya!

1. Jangan Hubungi Dia
Buat sementara waktu elakkan daripada menghubungi si dia. Bagi anda yang masih memendam perasaan memang agak sukar. Mungkin pada saat anda tidak memberikan perhatian kepada si dia, dia akan terkenangkan saat-saat indah bersama anda. Beri ruang kepada si dia untuk merindui anda. Manakala, bagi anda pula cuba sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti supaya jiwa raga anda tidak merana. HEHE. Sekiranya si dia mula menghubungi, pastikan si dia merasakan perubahan baru anda, buang sifat yang tidak disukainya. 

2. Berdikari dan Elak Mengekori Dia

Kalau iya pun anda masih memendam perasaan kepada si dia dan mencuba untuk tawan hati dia kembali janganlah sampai 24 jam asyik mengekori je ke mana dia berada. Nak stalk ja dia buat apa, dengan siapa, ke mana?  Ada ekstrem sangat sampaikan "stalk" terus je bekas kekasih dia. Baca entry aku yang lepas tentang Bahaya Stalking Kalau anda asyik mengekori dia, kebarangkalian hatinya mahu berpaling kepada anda akan pudar. Sometimes, si dia juga perlu masa untuk bersendirian. Tunjukkan diri anda yang baru, lebih berdikari dan mampu hidup tanpa bergantung sesiapa. Entah-entah sikap anda yang menyumbang pada perpisahan. 

3. Keluar Bersuka Ria

Apabila putus dalam perhubungan ini memang susah kita nak happy go lucky apatah lagi yang baru pertama kali jatuh cinta. Aku dulu pun take times juga nak move on. Hehe. So, tiba masanya untuk anda keluar bersuka ria dengan teman-teman. Mungkin sebelum nie asyik berkepit je dengan kekasih. Apa salahnya kita bergembira untuk merawat hati yang lara. Bergembiralah! Travelling, short vacay, shopping and do whatever you like. Then post di mana-mana laman sosial untuk menunjukkan anda dah bahagia tanpa si dia. Kadang-kadang zaman teknologi ini membantu. Manalah tahu tiba-tiba terdetik hati si dia nak bertanyakan khabar. 


4. Hubungi Secara Kasual

Sebenarnya tips ini sangat membantu untuk menambat hati bekas kekasih. Haha. Sebab aku pernah buat. Sebenarnya bukan sengaja pun nak call atau mesej dia. Tapi tak sangka pula si dia juga masih ada hati dengan aku. Telefon secara bersahaja atau mesej tanyakan dia jikalau ada barang si dia yang masih kamu simpan sama ada dia perlukan barang-barang itu atau tidak? Namun, jangan kamu telefon tanpa alasan atau sebab kerana ia hanya memperbodohkan diri sahaja. Biar kukuh! Jangan sekali-kali bangkitkan rasa rindu, bertanyakan hal peribadi dan bangkitkan hal masa lalu. Cukup dengan nada bersahaja.


5. Kembali Jadi Insan Dicintai

Dia jatuh hati dengan kamu kerana apa? Fikir dalam-dalam saat kali pertama cinta berpaut. Kembali jadi diri individu tersebut. Kembalikan ingatan dia pada saat kali pertama dia memandang kamu dan berbunga cinta. Seandainya berpeluang bertembung, pastikan kamu memakai pakaian disukainya. 

6. Fikir Betul-Betul Keputusan Anda

Sebelum membuat keputusan untuk menambat hati si dia kembali, kena fikir betul-betul adakah berbaloi sekiranya anda meneruskan hubungan dengan dia? Sekiranya dia seorang yang kaki pukul, kaki mabuk, dan segala jenis kaki maka lebih baik anda menjauhkan diri terus daripada dia. Lupakan! Tetapi sekiranya hubungan yang terputus disebabkan oleh kesilapan yang anda lakukan ataupun si dia memang seorang yang baik dan bertanggungjawab, teruskan membaca tips yang seterusnya.. hehe

7. Siasat Apakah Dia Masih Ambil Berat?

Sebelum anda benar-benar mahu kembali kepada si dia, cuba siasat dahulu adakah si dia sudah punya pengganti atau belum? Sekiranya dia sudah ada yang lain, lebih baik anda lupakan sahaja dan biarkan dia hidup bahagia bersama orang lain. Tetapi kalau dia masih ada sekelumit rasa ambil berat, peluang untuk kembali bersama si dia akan cerah. 

8. Berbincang

Sekiranya si dia mula bertanyakan semula kisah lalu. Maka ambil peluang untuk berbincang secara baik. Kalau ada kesilapan anda lakukan yang menyebabkan perpisahan, mohon maaf dengan segera. Seandainya dia kembali bertanyakan cinta anda, mulakan dengan perlahan. Biar dia kagum dengan diri baru anda. Jangan gelojoh. Hehe. Insya'Allah kalau dah jodoh takkan ke mana.


Patah hati bukan akhir dari segalanya.


24 comments:

  1. Taknak tips pikat ex, tips pikat husband plis..sy dan ex masing-masing dah berkahwin dengan orang lain..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sy belum kahwin Auni. Nak juga share tips pikat suami kalau dah kahwin hahaha

      Delete
  2. bila dah putus dah malas dah nak ambik port haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan.. Lagi2 lau putus sbb bukan punca dr kita

      Delete
  3. hahah sedih bila terpaksa lepaskan...hahahah

    ReplyDelete
  4. baru je putus.. dulu dia ckp tlg jgan lupa kan dia.. tp hari ni dia suruh tlg lupa kan dia.. n dia dh ade someone.. byk dugaan yg sy tempuhi selama kita besama.. penah sekali sy cuba terima org lain sbb nak lupakn awk.. tp awk dtg kat sy mintak maaf n bejanji akan berubah.. n sy terima awk semula.. tp hari ni bila bila awk dh ade someone.. sy cuba cari salah sy.. sy cuba mintak maaf.. wlu sy x tahu di mna salah sy.. tp awk x bg sy sekali pon peluang.. klu awk sedang bergembira sekarang.. awk gembira lah sebahagianya.. klu dia lebih baik dr sy.. sy redha.. sbb sy sedar byk kekurangan yg ada pada diri sy.. tp sy dh jd yg terbaek semampu yg sy mampu.. sy mintak maaf klu satu hari nnti cinta sy hilang.. saat tu.. mungkin sy faham ape yg awk rasakn sekarang.. i miss u so muchh... ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa cinta tu masih ada lagi tak ? atau dah moveon?

      Delete
    2. Aku rasa benda yang sama... Tapi aku masih tertanya, apa status aku... Sebab kadang dia buat aku rasa yang kitorang masih berhubungan, kadang dia cakap yang aku dengan dia takde apa2... Aku masih sayang kat dia... Dulu dia rajin tanya samada dah start kumpul duit kahwin atau belum... Aku kerja biasa2, keluarga dia memang golongan yang "agak senang"... Aku dah cuba sehabis baik untuk dapatkan dia yang dulu, tapi sejak pakwe zaman sekolah dia datang balik, aku dibuat macam tunggul... Cara dia cakap dengan aku pun sekarang agak kurang ajar... Cakap pakai lepas, dah tak jaga hati aku lagi... Aku diamkan setiap kali dia maki aku... Member aku cakap yang aku ni bodoh sebab masih sayangkan dan cintakan dia sedangkan dia layan aku macam sampah... Mak aku pulak beberapa kali tanya tentang hubungan aku dengan dia... Aku kalis, aku cakap yang aku dengan dia okay... Mak aku dah rancang nak kahwinkan aku dengan adik beradik aku serentak... Tapi kalau hubungan aku sekarang macamni, aku tak tau nak explain macamana kat Mak aku sebab Mak aku dah berkenan dengan dia... Allah...

      Delete
  5. Kalau dia dah ada yang lain.. Tapi hati ni masih nak dekat dia.. Patut ke cuba tip tip ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgan guna tips ni klau jdi camtu..kna guna tips aku,haha hg kna jdi lbih cantik dri biasa,dan lbih better dri sblum ni..jgn la lgi truk,mmg tk la dia nk blik,haha bgi dia nmpk skit hg dh brubah,berdoa kna bnyak,tu pling penting,sbb aku tgh alami skang ni,dh 10 thun,ni nk pikat bli r hati dia,ahhhh pning r..haha tu yg bleh ada kt sni,tk prnah dlm hdup aku dk bca bnda2 camni,mcam mna mlm nni bleh ada kt sni..haha klau bt bt novel cta aku,msti tk abis g episode ni😂😂,salam

      Delete
  6. Replies
    1. Your welcome. Sy hanya b'kongsi tips b'dasarkan pengalaman. Dan tidak semestinya apa yg sy kongsikan tu b'kesan utk org lain..

      Delete
  7. Saya kenal dengan gf agak lama jgk lah dalam 10 tahun, dia dah 3 kali melukakan Hati Saya ? Dia datang dekat sy minta maaf, then minta putus lagi, pastu kata perangai Saya tak berubah lah.. Mcm2 lah cari Salah Saya, pastu friendzone kan sy, bila sy luahkan perasaan sy, di block sy, yelah sy soundlah sbb nampak gmbr dia dgn lelaki lain. Tapi sy tak pernah tinggalkan dia, sakit Hati ni tuhan je yg tahu, Saya pun x faham jgk dengan perempuan ni, apa yg dia nak sebenarnye..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati Tak boleh dipaksa bro..aku doa Kan kau kuat..aku pernah rasa jugak cam ni..percaya cakap aku keep moving Ade someone yg tngah tunggu kau

      Delete
  8. Ade x tips untuk pikat isteri semula?kami berpisah atas sebab x sefahaman..tp sy dapat rasakan yg dia dan anak masih perlukan sy..tp isteri sy seorang yg keras hati sikit..ada masa ok,ada masa jadi rimau..sy bukan apa,saya masih sayangkan rumahtangga sy..

    ReplyDelete
  9. Saya baru berpisah dgn isteri,coz isteri Ada jalin hubungan dgn lelaki lain..sy sy kesiankn isteri coz laki Tu cuma ambik kesempatan dgn meminta Wang,semasa Masih LG menjadi isteri meraka berkelanan selama 2 Bulan(doc & Jan)Bulan February laki tersebut kena tahanan selama 4,Bulan..dlm masa tersebut hubungan Kami kembali mesra.tetapi setelah laki tersebut bebas,mereka kembali berhubung Dan laki tersebut Masih meminta Wang Dari isteri Saya,Bulan puasa Lepas sahaja isteri tlh bg rm1k kepadanya..ister i tlh mabuk cinta...sy Ada screen shot wasap mereka berdua Dan X sangka dgn aya2a cinta yg isteri Tulis.
    Sy syg kn anak2,,Kami Ada sepasang anak..sy Cuba move on ttp Masih terfikir ttg isteri,kasihamkan dia..
    So boleh X sy menambat kembali hati isteri..coz Kami sudah bersma 14tahun

    ReplyDelete
  10. Sakit sngat bile perasaan rindu ni dtg balik..huhuhu..dulu die ckp jgn pernah berubah hati tu..tpi skrang bile mak die sdah xde..die layan pun layan x je..fahamm perasaan bile kite kehilangan org yg sngat kite syg tu..sye bagi die ruang utk layan perasaan die tu..kadang2 sye bagi kate semangat kat die..dan skrang die ckp sayang die kat sye semakin kurang bile mak die xde..xtau nk ckp ape...sedih sngattttt..huwaaaaaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  11. sedihnya bila gurauan dianggap serius oleh gf..sampai mintk putus sbb fkir aq anggap dy prempuan murahan..bgi dy aq pndang dy hina..dsebabkn masa lalu dy..pdahal aq xpernah kisah apa yg dy prnah lalui..masa lalu dy..aq yg bg sokongan untuk dy kuat hadapi hari2 yg baru..tp nk ditakdirkn malam tu aq brniat nk brgurau..ckp psal mlm pertama..hehe jngn kcam..aq ckp aq xpuas lg sbb td dy main dngn org lain..bg aq tu cuma gurauan sbb sllu ckp lpas mcm ni n biasanya dy fham aq..tl knapa dy tba2 jd mrah sngt smpai fikir aq ni anggp dy placur nk tukar2 laki..aq puas mntk maaf tp dy ttap xhiraukn..aq rase xlh trima bila dy slah anggp dngn aq smpai mintk putus..tnpa pdulikn tngisan aq yg mnyesal sngt dngn apa yg aq ckp kt dy..sklip mata dy buang aq yg sllu tman dy..yg dy kgsikn msalah..aq kcewa..trlalu sygkn dy..xsgka blh jd mcm ni..aq xleh trima knyataan ni..dsebabkn bnda kcik..aq hilang org yg btul2 hrgai aq..
    tq..dr f.zzat

    ReplyDelete
  12. Hello,sa baru berpisah 3minggu setelah menjalin hubungan slama 8taun��. Katanya mula2 berjauhan smntra,lepas tu dia katakan lg bgi dia kmi ni dah xda pa2 tp dia masi ucapkan y dia masi sygkan sa.then, minta masa ntuk dia bereht dan berfikir sgla.. So,disini membuat sa bingung sbnar maunya apa?..sbagai prmpuan mmg skit dan hati ni terseksa menhan smua tangisan huhu apa sa masi ble gunakan tips2 kak nurul? Apa kmi masi ble bersma?? ���� masi sukar ntuk sa move on .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Tomodachi