Panduan Mengisi Permohonan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) & Tips Memilih Jawatan Yang Betul

51
Assalamualaikum
Bismillah

Haritu ramai juga bertanya mengenai SPA. Malam ini baru sempat nak update maaf semua. Sebelum itu untuk mereka yang first time dengar SPA maksudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Permohonan SPA boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Tidak semestinya anda kena ada degree then baru boleh apply SPA. 😉


Bagi anda yang ingin bekerja sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk menjawat dalam perkhidmatan awam. Apa yang anda perlu buat adalah isikan maklumat lengkap dan boleh membuat pendaftaran SPA8i di portal rasmi SPA.

Sis ajar dulu cara isi borang permohonan. Berikut adalah Cara Mengisi Borang Permohonan SPA Menerusi Atas Talian (online) seperti di bawah;


1. Layari ke laman web SPA8i dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pemohon Pekerjaan SPA.

2. Daftar akaun SPA dan login akaun tersebut untuk mengisi borang maklumat pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia dengan mengisi borang SPA8i, klik → Borang Permohonan SPA8i.

3. Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan SPA8i adalah kata laluan/ soalan keselamatan, maklumat pemohon, maklumat akademik, maklumat ko-kurikulum, jawatan dipohon, pengakuan pemohon dan semakan permohonan.

4. Selepas isi maklumat permohonan SPA8i dengan lengkap, anda boleh submit!

5. Permohonan anda telah dihantar dan sedang diproses.


Tips Kemaskini Jawatan Kosong SPA dengan Betul.


1. Pastikan semua maklumat diri anda yang diminta diisi dengan baik dan disimpan selepas membuat sebarang perubahan.

2. Masukkan semua peringkat tahap pendidikan yang anda ada pmr/spm/diploma/ijazah dan sebagainya dan pastikan kelayakan anda diiktiraf.

3. Harus diingatkan Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM/DIPLOMA manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma/Ijazah. Kalau anda ada Ijazah tapi apply jawatan bertaraf SPM jangan hairan kalau sampai sekarang anda tak dipanggil.

4. Tiada Urusan Pengambilan Pada Masa ini adalah salah satu masalah yang paling banyak orang terima dan sebenarnya cara untuk menghilangkan masalah ini dan memberikan SPA menunjukkan result permohonan terkini anda.

Anda hanya perlu delete kesemua permohonan yang telah anda buat sebelum ini yang telah melebihi tempoh 1 tahun dan masukkan kembali jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

5. Selepas anda remove semua jawatan² yang anda mohon yang telah melebihi 1 tahun dan telah masukkan jawatan terkini yang mereka tawarkan pastikan anda klik pada pengakuan pemohon dan membuat pengesahan permohonan.

6. Anda boleh membuat 15 permohonan bagi setiap tempoh 1 tahun dan pastikan anda tidak memohon melebihi 15 jawatan.

7. Tidak Menepati syarat Pelantikan Jawatan. Masalah ini adalah berpunca daripada jawatan yang anda pohon tidak sesuai dengan kelayakan anda.

Pastikan anda baca syarat-syarat penuh pelantikan jawatan yang anda mohon. Jangan main hentam tak baca syarat.



8. Pastikan anda tidak tertinggal untuk mengisi mana-mana kotak yang ditandakan dengan simbol * kerana kesilapan tersebut akan menyebabkan permohonan anda ditolak oleh sistem laman web SPA.

Harus diingat bahawa sistem yang menyemak permohonan calon adalah arahan komputer yang telah disetkan. Sebarang kesilapan walaupun kecil akan di tolak terus oleh sistem.

9. Untuk bahagian alamat, saya sarankan anda menggunakan alamat yang selamat. Sebaik-baiknya adalah alamat yang mempunyai kotak pos (post box) berkunci.

Terdapat beberapa kes penyerahan surat Panggilan Temuduga tidak terserah kepada calon kerana alamat tidak lengkap atau calon tidak dimaklumkan oleh penerima tentang surat panggilan temuduga kerana menggunakan alamat orang lain.

10. Pastikan nombor telefon untuk dihubungi adalah nombor telefon bimbit anda sendiri YANG AKTIF. Kalau anda jenis yang suka tukar simkad pastikan update dekat profile.

Anda juga dinasihatkan memasukkan nombor telefon ahli keluarga anda yang diketahui tidak sering menukar nombor telefon mereka. Sebaiknya adalah ahli keluarga yang tinggal serumah dengan anda.

11. Pada ruangan email, saya nasihatkan anda membuka alamat email yang kelihatan professional dan meyakinkan. Walaupun perkara ini nampak remeh, namun ia memainkan peranan penting semasa pihak SPA menilai PERWATAKAN dan SAHSIAH calon.

Saya cadangkan anda membuat alamat email baru khas untuk temuduga. Ia bagi mengelakkan anda terlepas pandang email panggilan temuduga disebabkan oleh ratusan email dalam inbox email anda.


Tips Semasa Memilih Jawatan 

Sebaik-baiknya anda;

  • Memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon – bermaksud sepadan 100% dengan kelayakan akademik anda. Klik pada maklumat Jawatan (Gaji/ Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas) pada laman SPA untuk melihat kelayakan yang diperlukan.

  • Menyusun susunan pilihan jawatan dengan mendahulukan jawatan paling sepadan dengan kelayakkan anda di ruangan pilihan yang teratas.

  • Perhatikan juga syarat yang tertulis dalam kurungan contohnya (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer), (Keutamaan diberi kepada calon yang lulus dalam salah satu daripada subjek Sains).

  • Sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda. Sebaliknya, sekiranya anda tidak memiliki apa yang disenaraikan, jadikan ia pilihan terakhir.

  • Peka dengan jawatan yang dipohon dan sebaik-baiknya pohon berdasarkan minat dan pengetahuan sedia ada anda. Ia akan banyak membantu semasa anda menghadapi temuduga nanti. Ini serius ya tak main-main. Semakin anda minat jawatan & bidang tersebut Insyaallah nak interview nanti pun senang nak jawab.

  • Lihat pada bahagian Ko-Kurikulum, masukkan sekurang-kurangnya dua aktiviti sukan dan persatuan yang pernah anda sertai. Bagi yang tidak aktif dalam kegiatan Ko-kurikulum, cuba ingat kembali apa sahaja penyertaan anda. Anda pasti pernah terlibat walaupun secara kecil-kecilan.

    (Pastikan anda mengisi bahagian ini kerana ia wajib bagi mendapatkan panggilan temuduga. Kerana terdapat syarat penilaian calon yang berbunyi “bukan berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata”).

  • Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.

    (Temuduga dalam Kerajaan Malaysia masih menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk urusan rasmi kerajaan. Soalan yang perlu anda jawab dengan bahasa Inggeris semasa temuduga sangat sedikit)

  • Menyemak butir-butir peribadi anda sekurang-kurangnya dua kali sebelum klik pada “Saya Setuju” dan menekan butang hantar. Setelah menghantar permohonan, semak inbox email anda untuk memastikan pihak SPA telah menghantar email sebagai pengesahan penerimaan pendaftaran anda.

    (
    Sekiranya belum, sila hantar sekali lagi. Ini mungkin disebabkan ‘server’ sedang sibuk atau talian tergendala).

  • Kemaskini permohonan anda sekurang-kurangnya setiap ENAM BULAN sekali.

INFO TAMBAHAN:

1. Gais, dunia telah maju. Tolong buka mata. Mohon lupakan hasrat nak guna orang dalam atau "kabel". Mohon juga berhenti menuduh orang lain menggunakan kabel. Sekarang semua sistem yang pilih. Anda salah isi, anda akan ditolak.

2. Bagi mengisi kekosongan JAWATAN TETAP kerajaan, semuanya perlu melalui satu sahaja laman web. Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Suruhanjaya ini bertanggungjawab dalam mengendalikan pengambilan kakitangan kerajaan yang tetap sepenuhnya.



BAGAIMANA HENDAK TAHU JAWATAN APA YANG KOSONG?

Jawapannya, anda tidak akan tahu. Kakitangan awam biasa juga takkan tahu. Boleh tanya guru besar di sekolah berhampiran, kalau² dia tahu berapa banyak kekosongan Pembantu Tadbir Gred N17. Jawapannya mungkin tidak tahu. Namun begitu, anda boleh membuat anggaran jawatan manakah yang akan diisi dengan banyak pada tahun ini.

4. Kekosongan jawatan kerajaan setiap tahun ditentukan oleh Waran Perjawatan bagi setiap jabatan. Jabatan Perkhidmatan Awam ialah badan yang bertanggungjawab menentukan hal ehwal penjawat awam dari segi perlantikan, gaji, persaraan, dan jumlah kekosongan setiap jabatan lain.

5. Waran Perjawatan ialah jumlah kakitangan yang boleh digaji oleh sesebuah jabatan. Waran diluluskan oleh kerajaan berdasarkan keperluan Jabatan terbabit untuk menjalankan tugas dan fungsinya. Di dalam waran perjawatan ada dijelaskan dengan terperinci jumlah orang, gred jawatan dan dimana dia akan bertugas. Setiap jabatan wajib mematuhi waran ini.

6. Jadi, kekosongan dalam perkhidmatan awam hanya akan berlaku atas tiga sebab;

1) Pertambahan Waran Perjawatan.
2) Kenaikan Pangkat.
3) Penamatan Perkidmatan.

Pertambahan waran berlaku sekiranya kerajaan berpendapat Jabatan tersebut memerlukan lebih banyak sumber manusia (man power) untuk berfungsi. Kenaikan pangkat dalam sesuatu organisasi akan menyebabkan kekosongan berlaku di gred yang ditinggalkan. Penamatan perkhidmatan pula berlaku apabila ada persaraan, kematian, atau ada penjawat awam yang menamatkan/ditamatkan perkhidmatannya.

7. Ada beberapa teknik untuk mengetahui jawatan mana yang sesuai dipohon bagi tahun semasa untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan kerja dalam sektor awam. Sila beri perhatian kerana ramai yang ambil mudah dan sekadar memohon secara rawak sahaja.

8. Kaedah paling mudah ialah dengan memerhatikan iklan di laman web SPA. Dari semasa ke semasa anda akan dapat melihat iklan kekosongan yang terpapar.

9. Kalau anda jenis yang malas ambil tahu atau tak alert pada iklan kekosongan jawatan di portal SPA, lebih baik menjadi mereka yang boleh mengagak dengan lebih awal jawatan yang akan diiklankan.

Caranya? Perhatikan pembentangan belanjawan bagi setiap tahun. Pembentangan belanjawan (budget) biasanya diadakan sekitar bulan Oktober. Abaikan pengumuman lain.

Tumpukan perhatian kepada pecahan agihan peruntukan kepada setiap kementerian dan jabatan. Jabatan yang memperoleh peruntukan paling banyak mempunyai kemungkinan paling besar untuk menambah kakitangan sedia ada.

10. Perhatikan juga sebarang projek besar kerajaan. Sebagai contoh, pengumuman rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membuatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pengambilan besar-besaran kearah menyediakan jabatan itu dalam perlaksanaan GST. Di sini anda sudah mengagak masih ramai kakitangan diperlukan.

11. Begitu juga dengan pengumuman projek pembinaan hospital, lapangan terbang atau lain lain projek mega kerajaan yang bakal dijalankan. Projek ini pastinya akan dan bakal mewujudkan banyak posisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Perhatikan bila projek itu akan dijangka siap, kerana pada tahun itulah pengambilan besar-besaran akan dilakukan.
Maklumat seperti ini boleh membantu anda untuk memilih jawatan mana yang sesuai dipohon BAGI TAHUN ITU untuk meningkatkan kemungkinan anda dipanggil bagi menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam.

12. Oh ya bagi iklan kekosongan jawatan swasta, memang benar, sekalipun anda berada sedikit di bawah kelayakan minima, anda digalakkan memohon. Masih ada peluang untuk dipanggil temuduga. Keadaan ini tidak sama bagi sistem online SPA. Jika tidak layak, nama anda akan digugurkan secara automatik.

Jangan buang masa memohon jawatan yang anda tidak dapat penuhi syarat minimanya. Memang anda boleh memasukkan maklumat palsu, tapi percayalah, anda akan disuruh pulang sebaik sahaja bila dipanggil interview nanti.

13. Keadaan ini benar-benar berlaku. Banyak kekosongan jawatan beruniform biasanya menjadikan had ketinggian, bukaan dada dan berat badan sebagai pra-syarat.

Jangan sangka dengan memasukkan maklumat palsu anda akan terlepas. Itulah perkara pertama yang akan disemak sekiranya anda dipanggil untuk temuduga atau ujian nanti.

14. Website SPA menyediakan senarai jawatan dan syarat minima yang diperlukan. Ambil masa untuk mengkaji dan menyenaraikan jawatan yang layak dipohon. Susun ikut keutamaan kelayakan akedemik anda. Maklumat ini boleh dicetak atau dituliskan terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang online SPA8i.

Saya mampu kongsi setakat ini sahaja dulu.
Tips lulus exam, temuduga, ujian khas, etc yang tu pandai-pandai lah study sendiri. Jangan risau sekarang dah banyak jualan ebook tips lulus exam SPA, tips lulus temuduga kerajaan dan sebagainya. Berlambak, tinggal nak atau taknak je. 😂

Semoga bermanfaat.

Kredit to Nurul Hassanah.

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com


Tags

Catat Ulasan

51Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Info yg bguna 👍👍👍 suka baca bab "info tmbhn" tu. Zaman sdh maju gaisss, x pyh guna dah "kabel" ni. Guna jln yg lurus

    BalasPadam
  2. bagaimana nak delete kesemua permohonan yang telah buat sebelum ini..?? ada step2 tak..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://ciknurul23.blogspot.com/2019/03/cara-kemaskini-permohonan-spa-padam.html

      Padam
  3. Rabia dah masuk dah SPA ni. Kadang2 jarang update hehe

    BalasPadam
  4. Thank you for sharing kak Nurul!! ^^

    BalasPadam
  5. Salam sis,blh tak pemegang ijazah tidak meletakkan kelulusan ijazah kerana ingin memohon jawatan yg bertaraf spm..ini kerana kalau diletakkan kelulusan ijazah jawatan spm tidak boleh utk apply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja. Yg tu terpulang dr kita samada nak guna kelulusan SPM atau Ijazah.. Setiap jawatan yg bertaraf SPM & Ijazah telah ditetapkan.. Oleh itu ada jawatan yg bertaraf SPM tidak boleh dimohon berdasarkan kelulusan Ijazah..

      Padam
  6. hai sis boleh ke nk delete maklumat pendidikan ijazah dan isi jawatan untuk spm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai.. boleh .. Boleh baca
      https://ciknurul23.blogspot.com/2019/03/cara-kemaskini-permohonan-spa-padam.html

      Padam
  7. Saya nk tanyelah..dalam borang maklumat tambahan die ade suruh isi jenis latihan separa perubatan mengikut keutamaan calon..jadi kita isi mengikut minat dan keutamaan kita sendiri atau perlu ikut senarai latihan yang die beri melalu email?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaflah.. yg itu sy kurang pasti sebb sy sendiri takde memohon jawatan yg berkaitan perubatan..

      Padam
  8. Kalau ada 2 jawatan diiklankan pada waktu yang sama. Tarikh tutup pon sama. Kalau kita apply dua² akan dapat salah satu ajeke macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh memohon dua2 jawatan sekali .. Cuma dapat dua2 atau salah satu saja sy tidak tahu .. Maaf sbb sy kurg pasti ..

      Padam
  9. Sis, nak tanya, apa maksud Tarikh tutup urusan: 01/05/2019.. bulan ni dah bulan Jun.. saya dah lepas deadline ke macam mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya mcm tu lah.. T'lepas deadline.. Sy kurg pasti.. Lama dah tak buka spa8i..

      Padam
    2. Sy ada tanya kwn yg dapat spa8.. Katanya itu adalah tarikh tutup iklan.. So kena tngu tarikh bru tuk exam lagi.. Nti akan d'email tarikh baru tuk jawab exam

      Padam
  10. Salam, nak tanya kalau saya masih belum graduate untuk ijazah tapi dah final year, dekat taraf pendidikan saya perlu isi jugak ke yang ijazah dan boleh ke kalau saya mohon jawatan yang bertaraf ijazah? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..kalau final year bole letak pendidikan ijazah, cuma masukkn cgpa t'akhir..

      Jawatan dah d'tetapkan. Misalnya tuk ijazah hanya bole m'mohon jawatan b'taraf ijazah sahaja. Begitu juga spm, tidak bole m'mohon jawatan b'taraf diploma/ijazah

      Padam
  11. Assalamualikum sis..sya graduate 2020...bleh ke ke sya isi siap2 dlam tahun 2019 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam. Boleh... Isi awal2 lg bagus, cuma jgan lupa update saja bila dah keluar result nti..

      Padam
  12. Salam sis, sya mau tnya bh, untuk isi maklumat pndidikan yg bhagian ijazah tu kan, dia ada minta *keputusan 1* , *keputusan 2* & *keputusan 3*,, jdi mcam mna mau isi ketiga tiga kolum mklumat ni sis ? semua maklumat sama jk kah ? Kah mcam mna sis ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. *maksud sya result2 ijazah tu sis. Sama kh ketiga tiga tu maklumat tu d isi ? Contoh mklumat *keputusan 1* tu sya isi cgpa n so on,, jadi utk yg *keputusan 2 & 3* tu sya isi mklumat yg sama spt di *keputusan 1* tu ? Kh isi by semester2 ?

      Padam
  13. hai sis. saya nak tanya, saya tak pernah tahu pun kata nya ijazah boleh mintak jawatan ijazah (serious talk baru tahun ni saya tahu). jadi baru baru ni ada minta spa tau jawatan spm. dan tak sangka dapat iv lepas saya lulus exam tu. Jadi macamana nak hadap iv nanti? dalam sistem dh lama update ijazah, ye sebab ada jawatan lain yg sy mintak level ijazah (campor2) suggestion cik la, apa patut saya buat atau nanti iv saya jujur ja saya ada ijazah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama sekali kalau kita memohon jawatan melalui SPM, rasanya jawatan yg ditawarkan itu based on tahap pendidikan SPM juga.. So, misalnya kalau lulus exam dan ditemuduga, sy rasa kalau beritahu tahap pendidikan tertinggi ialah ijazah pun tetap tidak boleh buat apa sbb jawatan yg dipihon itu mmg bertaraf SPM.. Sbb kalau jawatan ijazah di SPA8 x sama dgn SPM... Itu apa yg sy faham. Kalau salah perbetulkan sy..

      Padam
    2. Mmg tidak lepas memohont jawatan sblum masukkn ijazah/diploma.. Sbb dlm sistem dia akan ambil 2 tahap pendidikan t'tinggi..

      Padam
  14. Hai.Saya ingin bertanya jika saya apply 1 jawatan shj bulan 5 baru2 ni.Permohonan tu xsampai setahun lagi.Sekarang saya tengok ada lagi jawatan baru dalam spa so macam mana saya nak apply?permohonan lama akan terbatal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permohonan SPA yg lama x akan t'batal kalau kita tambah permohonan jawatan baru. Yg penting kita tidak padam jawatan lama tu saja.. SPA tak payah tngu setahun pun bole tambah atau padam jawatan tu. Sbb SPA mmg sentiasa update stiap thn ..

      Padam
  15. Hai, macam mana nak tahu yang permohonan jawatan yang kita pilih diterima oleh pihak SPA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole cek semakan permohonan jawatan di SPP...

      Padam
  16. assalam maaf nak tanya. macam mana nak submit permohonan ? takde,button submit.yang ada batal dan simpan. Saya keliru juga ni,status permohonan saya pon DRAF saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..
      Mmg mcm tu lah permohonan dia.. Just tekan simpan saja.. Automatik akan d'submit

      Padam
  17. Salam nk tnye, klau dkt semakan spa tu dia tulis melepasi syarat yg telah ditetapkan.. lpstu ape tindakan sterusnya saya kena buat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. tunggu email dari spa8 je..

      Padam
  18. hai, saya nak tanya. saya baru lepas habis diploma and saya grade tahun 2020. saya nak isi keputusan tu macam mana ye? tahun gradusi tak boleh nak letak

    BalasPadam
    Balasan
    1. better letak pendidikan yg lepas.. kalau belum graduate mmg tak boleh isi..

      Padam
  19. salam cik sya pernah isi ab19 jpj. sya ada sijil automotif dan diploma automotif.tp blum rezeki... tidak melepasi. sya call pihak spa dia kata boleh selit pada bhgian pglmn kerja sbgai mekanik. sudah puas sya cari tang mana nk buh. x jumpa2 juga. mohon pencerahan cik

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam.. hmm sy tak perasan pula ada part pengalaman kerja tu dlm sistem spa.. maaf sy pun kurg tahu..

      Padam
  20. Dalam ruangan akademik saya letak maklumat keputusan diploma dan spm tapi dlm tu saya mohon kerja utk lepasan spm.. boleh ke mcm tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah ditetapkan.. kalau jawatan utk spm apa.. jawatan utk diploma apa.. so tak payah risau..

      Padam
  21. Assalamualaikum Cik Nurul, saya nak bertanya perbezaan dekat bahagian akademik, ada part yang dia minta untuk isi keputusan degree tapi saya macam keliru nak pilih yang mana satu. Contohnya, ada dua pilihan yang bagi saya maksud dia macam sama (Ijazah Sarjana Muda Kpj Dgn CGPA (3.49 - 3.74) dan (Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama). Mana satu pilihan yang tepat untuk saya pilih yer? Sebab kalau ikut CGPA saya 3.72 tetapi kalau ikut universiti saya dekat scroll degree tu dia ada cop kelas pertama. Minta tolong pencerahan yer Cik Nurul sebab saya keliru. Terima Kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..
      Sy pun kurg pasti nak pilih mana.. Mungkin ikut universiti.. Maaf xdapat bgi jawapan yg tepat..

      Padam
  22. Assalamualaikum sis..nak tanya kalau tarikh tutup urusan 05/01/20..adakah saya sudah terlepas tarikh temuduga? Saya harap sis dapat terangkan..terima kasih

    BalasPadam
  23. Salam, sis. Saya terdelete keputusan mata pelajaran Sejarah SPM. Tetapi tak ada button 'Tambah'. Mcm mana yer? Saya ada degree tetapi kenapa saya tak boleh mohon jawatan setaraf SPM sedangkan ada saja orang lain yg boleh mohon utk kedua-duanya?

    BalasPadam
  24. salam sis, nak tanya kalau dah habis degree tapi belum konvo..tarikh konvo sepatutnya dlm bln nov 2020 tapi sebab covid-19, konvo ditunda ke bln lain..bile nk mohon spa kene masukkan tarikh graduasi.. so sy tak boleh mohon utk jwtn ijazah ke? sbb tak ade tarikh graduasi. jd kene mohon guna diploma je ke? tq

    BalasPadam
  25. Salam sis, macamana maw kasi remove keluar tu data sijil matrikulasi.. Sebab saya maw guna taraf spm sja tuj apply kerja... Hope dpat balas lah

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Moga dalam rahmat Allah selaluu

    BalasPadam
  27. Hai,nak Tanya macam Mana nak delete gred spm kalau tersalah tulis dekat spa . Please help me?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !