Perlu Ke Tukar Domain Blog?

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak masuk Tahun 2019 ni, banyak benda aku nak tukar. Salah satunya adalah domain blog. Benda ni aku dah fikir lama dah, dari tahun lalu lagi. Yang menjadi masalah aku tak tahu nak guna URL apa untuk menggantikan HTTPS://CIKNURUL23.BLOGSPOT.COM


Mungkin dalam masa yang terdekat aku tak terfikir lagi nak tukar domain sebab sejak beberapa bulan ni pun aku dah jarang update blog. InsyaAllah, lepas adik aku habis study kat Matrikulasi, Labuan kot baru aku aktif balik. Laptop kan dia yang pinjam~

Aku ada juga terbaca kesan apabila bertukar domain, seperti pavegiews jatuh mendadak, masalah google adsense dan sebagainya. Mungkin korang ada tips bagaimana nak elakkan sekiranya terjadi begitu. Boleh share kat komen. 

Template blog ini pun aku nak tukar juga. Korang rasa template nie dah okay ke? atau perlu penambahbaikan lagi? 

Dan of course content dan cara penulisan ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Hmm~ Aku harap apa yang aku kongsi dalam blog ini bermanfaat buat pembaca. Kadang-kala aku rasa aku banyak merapu saja dalam blog. 

Apapun, kalau aku nak tukar domain, agak-agak apa URL yang sesuai ya?

www.nurulatikayunus.com
www.siinurul.com
www.blogsiinurul.com

7 comments:

  1. Perlu tukar sebab boleh naikkan lagi pageviews. Om pun baru sebulan buat domain. Hmmm untuk nama domain tu, better guna nama sendiri. hihihihi tapi ikut atas kehendak masing2

    ReplyDelete
  2. so far takde lagi masalah tu & PV memang naik mendadak. Berbaloi lah dengan harga dibayar tiap tahun. Kalau nama blog, suka nama siinurul :)

    ReplyDelete
  3. Masalah google adsense nie kejap aje mengalami problem disebabkan migrasi blog daripada blogspot ke dotcom, tapi nanti okeylah semula.. kalau tanya pendapat akak pulak, akak suka siinuruldotcom tue jugak sebab nampak lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  4. Template ni dah ok simple and menarik jer... bagi Mrs. A

    siinurul.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.