Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Pembantu Pengurusan Murid N19 Diterima

87
Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ini banyak benda aku mahu kongsi terutama sekali berkenaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pernah dengar tak tentang Pembantu Pengurusan Murid? Pasal benda nie lah aku nak kongsi dengan korang semua.


Cerita ini sangatlah panjang, tetapi aku cuma kongsi point penting saja. Jangan risau, aku akan cuba kongsi macam mana memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga. Cuma aku tak nak share sekarang. 

Kiranya entry ini merupakan mukadimah lah hehe~ Aku dah lama memohon jawatan Pembantu Pengurusan Murid sejak tahun 2017 lagi. Cuma tahun ini (2019) baru permohonan aku diluluskan.  


Ada 3 jawatan yang telah didaftarkan dalam SPP tetapi yang diterima untuk temuduga hanyalah jawatan bagi Pembantu Pengurusan Murid Gred N19. Ada banyak lagi jawatan yang boleh dipohon dalam SPP ini sebab dalam SPP ada dua kategori iaitu jawatan guru dan bukan guru.

Jawatan Guru
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

Jawatan Bukan Guru
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
4. Penyelia Asrama Gred N19
5. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
6. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
7. Pembantu Makmal Gred C19
8. Pembantu Operasi Gred N11
9. Pemandu Kenderaan Gred H11


Aku tahu tentang Pembantu Pengurusan Murid ini pun daripada coursemate aku sebab dia selalu dapat temuduga bagi jawatan ini. Apa yang aku suka tentang pembantu pengurusan murid (PPM) ini adalah skop tugasan lebih kurang hampir sama dengan apa yang aku belajar semasa di Universiti. Oleh sebab itulah aku pilih jawatan ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman utama
SPP ⇒ https://www.spp.gov.my/ms/ 

 #TemudugaSPP
#PembantuPengurusanMurid
Tags

Catat Ulasan

87Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. tahniah awak.. prkongsian yg baik buat semua :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. that's a good news

    BalasPadam
  3. salam nak tnya..saya baru isi spp di jobsmalaysia beberapa hari yang lalu tapi apabila di semak di laman web dia tulis ''
    Maaf, permohonan anda tiada dalam pangkalan data SPP. Sila semak semula permohonan anda di Jobsmalaysia www.jobsmalaysia.gov.my serta lengkapkan maklumat permohonan dan pastikan semua maklumat yang dikehendaki telah lengkap diisi sebelum menghantar permohonan. Rujuk panduan yang telah disediakan untuk mengemaskini permohonan anda.''..adakah maksudnya disini saya mash belom hantar permohonan atau sekadar belom dluluskan lagi???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. nampaknya permohonan Fahmi belum lengkap lagi dan belum diluluskan. Fahmi kena semak semula maklumat yang mungkin Fahmi terlepas pandang..

      Padam
    2. fahmi kena tuggu tiga hari bekerja utk prmohonan di prses spp klw prmohonn tlh dihantar dgn jyanya di jobmlysia

      Padam
  4. Tahniah awak. Kita sama lah hehe. Dah mohon dr thn 2017 sekrang br dipanggil 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Tahniah, smoga b'jaya dlm temuduga

      Padam
  5. Boleh saya tau macam mana nak mohon? Sy dah masuk dalam job Malaysia tapi sy tak tau cara nak mohon macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh baca kat sini CARA MEMOHON JAWATAN DALAM SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) MELALUI JOBSMALAYSIA (https://ciknurul23.blogspot.com/2019/05/cara-memohon-jawatan-dalam-suruhanjaya.html)

      Padam
  6. Nak tanya kan sya dh letak result cgpa yg sem lps tapi sya nak kemaskini cgpa yg terkini punya result akhir sbb baru dpt tahu resultnya cgpa bulan nie..tapi double pulak resultnya yg lama ngan yg baru jadi mcm mna nak delete result lama?? Walaupon dh kemaskini yg baru..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya bole ja delete result yg lama kat sana juga. Sebab sy kemaskini okay ja pula..

      Padam
  7. Hi Nurul, Tahniah.. Saya nak tanya berapa tempoh
    Nurul mendapat keputusan temuduga dari SPP selepas di temuduga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi juga :)
      Utk keputusan temuduga pula, belum keluar keputusan lagi. Rasanya baru masuk sebulan selepas sy ditemuduga.. Sy ada tanya kawan sy yg berjaya dlm temuduga, keputusan temuduga biasanya mengambil masa dalam 1-3 bulan juga (bergantung dgn tempat kekosongan) ..

      Padam
    2. Terima kasih info nya Nurul.. Sy pun tgh tgu keputusan temuduga sebenarnya.. Semoga kita sama2 berjaya..

      Padam
    3. Your welcome 😊
      InsyaAllah, amiin

      Padam
  8. Hai. Nak tanya berkenaan tarikh atau jadual temuduga, panggilan ke 2 temuduga dg41 bulan berapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tidak pasti. Boleh cek kat laman web SPP :)

      Padam
  9. Saya pun tgh tggu keputusan temuduga tp jwtn pembantu tadbir,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila awak di pnggil tmuduga? Mcm mna awak dpt panggilan tmuduga dari spp

      Padam
    2. effa,, lama dah apply,, since 2012,tp update setiap tahun,,, last update 2018,,, dpt panggil interview PT N19, bulan may 2019 hrtu,, skrg tgh tggu keputusan... lama nya rasa keputusan nk klua... xtaw la berjaya ataw pun x

      Padam
    3. Keputusan temuduga ambik masa 1-3 bulan juga..

      Padam
  10. Assalamualaikum sya nk tnya mcm mna kita nak tahu yg kita di trima utk jawatan tu. Adaaakah dia org Akan email kn kat kita sekiranya di pnggil utk tmuduga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. Utk panggilan temuduga, pihak spp akan sms dan kita boleh cek d'laman web spp utk semakan on9 panggilan temuduga..

      Padam
  11. Tahniah.. Alhamdulillah.. Saya dah lulus temuduga.. Skrg tgh tggu surat penempatan dan tarikh lapor diri.. Dokumen lain dah kluar.. Result penempatan dan tarikh lapor diri ja belum.. Smga ada rezeki kwan2 yg lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. 😊
      All the best!

      Padam
    2. nini,, awak negeri mana?,,, selangor mmg xklua lgi kan...
      nurul,, awak pulak apply kat negeri mana?

      Padam
    3. sy pun tgh tunggu penempatan..sy di selangor..hrp dpt dekat je la dgn rumah

      Padam
    4. Hai sy po masih menunggu penempatan n tarikh lapor diri

      Padam
    5. Soalan apa ditanya masa temuduga? Ada ujian bertulis ke?

      Padam
  12. hi nurul.. Result temuduga akp ppm dah keluar. so,awak dah check ke belum?:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dah semak.. utk temuduga pertama sy gagal.. skrg tgah tngu keputusan temuduga kali kedua.. mungkin thn depan baru keluar keputusan.. :)

      Padam
  13. Assalam sis... Utk tarikh lapor diri dan pnmpatan boleh tahu dr mn ye... Dr email or web jg ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..utk tarikh lapor diri Dan pnempatan bila dan dri mna boleh dpt tau...email/ sms

      Padam
    2. utk lapor diri penempatan sy x tahu .. sorry ya.. sbb sy pun x berjaya utk temuduga..

      Padam
  14. congrats ciknurul... saya dari tahun 2013 apply x dapat2 , bila check balik, gred kerja ni dah upgraded p n19 , and saya dah updated byk kali kt profile jobsmalaysia saya utk apply gredn19 , bila semak balik, still n17 .. tak tahu ler kenapa huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. yea ke.. sy ada nampak juga dulu PPM gred N17.. skrg dah N19.. harap2 dapat gred N19 jugalah.. InsyaAllah..

      Padam
  15. Salam cik nurul, nak tnya, tau x syarat kelayakan cgpa untuk memohon jawtan bukan guru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam, syarat kelayakan CGPA bergantung dgn jenis jawatan yg dipohon.. Boleh semak kat :

      https://www.spp.gov.my/ms/pemohon-pekerjaan/maklumat-jawatan-guru/bukan-guru

      Padam
  16. Assalamualaikum nurul... Nak tnye.. Sy dh kemaskini perjawatan di spp.. Tp kena bila semak permohonan jawatan.. Tarikh kemaskini.. Kosong.. 😇

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam, kena tunggu 3 hari then semak balik adakah permohonan telah dikemaskini ..

      Padam
  17. salam..nak tanye...sy dh cek permohonan..dia tlis permohonan anda didaftarkan di spp...mksudnye?? ape langkah seterosnye harus sy buat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. permohonan jawatan yg dipohon di'spp dah didaftarkan.. langkah seterusnya cuma perlu tunggu sahaja samada dipanggil temuduga atau tidak.. kena sentiasa alert dgn pengumuman kat spp..

      Padam
  18. Asmlaikum sya nak tnya...bila tarikh ttop spp dah dibuat..biasanya braoa lama utuk tggu pengumuman pgilan temuduga dibuat?..tima kasih nurul sdi jwb...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. Sy x pasti .. Yg sy tau stiap thn ada pengambilan.. Kena tgok d'laman web spp sendiri.. SPP nie mcm SPA8 juga.. Kita just daftar permohonan saja, kalau ada pengambilan atau kekosongan dan kita layak trus d'panggil temuduga.. Cuma perlu tngu saja.. Sy pun tngu 2 thn lbih bru d'panggil temuduga..

      Lgpun kalau nak d'panggil temuduga kita kena tgok syarat kelayakan.. Kalau jawatan tu utk SPM tp kita degree m'mohon juga rasanya mmg tak dapat..

      Padam
  19. keputusan interview PT 2019, negeri selangor dah kluar?.. sia pa yg dah check?
    saya kategori calon simpanan...hukhuk~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la...sy pun calon simpanan. tapi dekat sabah.harap2 ada peluang kena panggil...

      Padam
    2. sama2 la kita menunggu lagi.. harap ada lg kekosongan kan... klu dah dapat roger2 la.

      Padam
    3. alhamdulillah sy dapat area selangor..tgu penempatan sekarang ni..

      Padam
    4. hai lieya,dh dapat thu ke penempatan dan dan lapor diri bile?

      Padam
  20. sapa lg calon simpanan , rmi ke?

    BalasPadam
  21. Salam.dokumen ttg angkt sumpah n medical check up buat sblm lapor diri kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.. Maaflah yg tu sy x tau.. Sbb sy x pernah lg lulus iv spp

      Padam
  22. assalam...tarikh lapor diri & tempat adakah diberitahu melalui surat,email @ online ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf yg tu sy x tahu.. sbb sy belum lulus temuduga lagi :)

      Padam
  23. Slm,nurul boleh sy thu brpa lma tempoh sah laku pendaftaran maklumat dlm spp tu ekk?ke kene update tiap2 thn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. sy kurang pasti.. kena kemaskini setiap tahun kot.. sbb ada yg bagitau sy hari tu pendaftaran melebihi setahun harus dikemaskini.. dia tak mcm spa8 yg automatik kemaskini setiap tahun..

      Padam
  24. Salam saya lelaki sya dpat jawatan pembantu pengurusan murid adakah layak org lelaki dengan kerja mcm tu sy bukan memilih tapi tnya pendapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. bagi sy takda masalah lelaki memegang jawatan sebagai pembantu pengurusan murid...

      Padam
  25. Assalamualaikum cik nurul...adakh lpas kita sdh update d jobmalaysia...automatik diupdate d spp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa.. cuma kena tunggu dlm masa 3 hari then cek balik kat laman web spp

      Padam
  26. zila, check la status permohonan online kat website spp tu

    BalasPadam
  27. Hello nurul, nak tnya sy pun berjaya temuduga tapi dia tiada bagi tarikh utk taklimat dan lapor diri.. Adakah mereka ada call ataupun ada surat yg akan menyusul?
    I

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai awK,sya pon tgh tggu maklumat penempatan.awak dh dpt ke surat penempatan?

      Padam
    2. Hai, alhamdulillah sy dah dpt surat utk lapor diri. Penempatan dia akn bg masa hari lapor diri tu.

      Padam
    3. awk calon negeri mne ye?jawatan ape ye?bile awk kena lapor diri?

      Padam
    4. Sy calon shah alam, sel. 21hb 10 sy lapor diri kt jpn shah alam. Jwtn pmbntu pengurusan murid.

      Padam
    5. ooo..bile awk trima surat?ade xspe2 jwtan pt yg tgh tguu surat..sy blm trima surat lg.��

      Padam
    6. Dlm awal bln ni jgk, klu PT sy xtau plak.

      Padam
  28. saya lulus juga temuduga sebagai pembantu makmal.... bulan 8 baru ni keluar result. sekarang masih tunggu surat juga dr kpm.. lama.juga ya...

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum, sis nak tanya kalau kita dah mohon dan jawatan tu dah didaftarkan di SPP dan kita nak kemaskini jawatan tu balik boleh ke? sya fkir jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi tu utk org yg ada diploma dlm bidang perguruan saja .. tula nak add dlm list .. boleh ke sis?

    BalasPadam
  30. nak tanya ..biasa penempatan dekat dgn alamat kita ker?memang tak anta luar negeri kan?ada sesapa bole jawab kn?

    BalasPadam
  31. salam nak tanya, kalau boleh macam akak boleh seperti di atas,, mksudnya kita punya temuduga itu berjaya ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak.. kalau mcm di atas tu maksudnya kita punya permohonan berjaya didaftarkan sahaja..

      Padam
  32. Nt shared ya, Klau temuduga itu berjaya.heheh

    BalasPadam
  33. Maaf nak tanya, cik guna kelulusan ijazah ke untuk Mohon jawatan ini?bagaimana waktu iv, cik sertakan sekali x sijil degree?atau bawak setakat spm?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !