Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

Assalamualaikum
Bismillah

Mengeluh merupakan suatu bentuk ketidakpuasan terhadap sesuatu hal atau perasaan kurang menyenangkan yang dialami dalam diri seseorang samada keluhan disebabkan oleh pasangan, keadaan ekonomi, masa lalu, pekerjaan dan lain-lain. 

Antara kesan negatif apabila kerap mengeluh :
  • Meningkatkan tahap tekanan dan emosi negatif dalam diri seseorang
  • Sukar untuk berfikir positif kerana berasa rendah diri dan tertekan
  • Menurunkan imunisasi dalam tubuh (menyumbang kepada pelbagai virus & penyakit)
  • Dijauhi oleh masyarakat kerana jemu bergaul dengan orang yang selalu berkeluh kesah.

Ibu bapa kadang kala tanpa sedar selalu mengeluh penat di hadapan anak. Menjadi seorang ibu bapa yang sabar amatlah sukar tidak kira samada ibu bapa seorang yang bekerjaya ataupun suri rumah. 

Walau bagaimanapun, beban emosi daripada ibu bapa akan diserap oleh anak-anak apabila mereka kerap mengeluh. Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa mengadu kepada anak penat bekerja dan perlukan rehat. Si anak akan berasa bersalah akhirnya menjauhi ibu bapa. 
  • Emosi anak akan menjadi kurang stabil. Anak-anak akan berfikir bahawa kehadiran mereka adalah satu beban kepada ibu bapa. 
  • Keikhlasan kita dapat dilihat apabila mengeluh.
  • Rasa percaya kepada ibu bapa semakin berkurang kerana anak-anak beranggapan ibu bapa menjaga mereka dalam keadaan terpaksa.
  • Anak-anak belum mampu menyerap tekanan emosi ibu bapa menyebabkan beban emosi itu berpindah pada anak.
Otak kita secara tidak langsung meniru suasana hati orang orang di sekitar kita, terutama orang yang menghabiskan banyak waktu dengan kita. 

Sebelum balik rumah setelah seharian penat bekerja, kita perlu tinggalkan bebanan kerja. Jangan dibawa pulang. Apapun beban yang ada di bahu anda, cuba ketepikan. Mudah-mudahan jiwa kita akan tenteram dan tenang agar kita dapat menikmati hidup dengan bahagia bersama keluarga tersayang. 

Kehidupan di dunia sememangnya tidak pernah lekang daripada masalah, ujian dan dugaan. Kekhuatiran yang melampau akan mendatangkan tekanan pada diri. Pelajar akan stres jika ibu bapa terlalu mengharap keputusan peperiksaan yang terbaik, pekerja akan tekanan jika terpaksa bekerja siang dan malam, dan majikan akan stres jika tidak mampu untuk membayar gaji pekerja. 

Sifat berlapang dada dalam mengahadapi masalah amat perlu dalam diri individu. Dunia ini hanya perhiasan dan akhirat adalah tempat yang kekal abadi. 
Firman ALLAH SWT yang bermaksud;
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan)." - Surah Al-Hadid, Ayat 20
Peringatan dan nasihat kepada diri sendiri. Semoga bermanfaat.  

Lirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu - Joseph Kajangan

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu - Joseph Kajangan 

Cerita muda bikin sakit kepala
Bila cari duit banyak alasan pula
Bila aramai ti sakit gout pun lupa
Bila habis duit SMS minta bapa

Soal sumandak susah pun mau berabis
Ayat-ayat jiwang sampai kredit pun habis
Bila ditanya bila kita mau tunang?
Garu kepala sakit bukan kepalang

Biarku tahan biarlah sampai sakit
Ada hati bila mau cari duit
Biar seringgit lama-lama jadi bukit
Hidup susah tidak lagi terhimpit

Dulu gaman Tony berangan bisnes aeroplane
Kerja kuat siang malam tiada komplen
Tengoklah sekarang si kawan sudah berjaya
Kapal merah bertebar seluruh dunia

Apa-apapun 
Dari kita saja baitu

Bukan alasan bila keluarga miskin
Konon tiada duit mau bayar mas kahwin
Belum usaha kau cakap itu ini
Bah sampai tualah bujangan tiada bini

Cerita muda bikin sakit kepala
Bila cari duit banyak alasan pula
Bila aramai ti sakit gaut pun lupa
Bila habis duit SMS minta bapa

Soal sumandak susah pun mau berabis
Ayat-ayat jiwang sampai kredit pun habis
Bila ditanya bila kita mau tunang?
Garu kepala sakit bukan kepalang


Penyanyi: Joseph kajangan
Support Lagu Sabah!

Lirik Lagu Cintaku Sabahan - Vincy Vincent

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Cintaku Sabahan - Vincy Vincent

Kenali kamu waktu aku 
Jalan-jalan di Pekan Nabalu
Kamu jeling aku malu
Senyummu menusuk kalbu

Tidur tak tentu
Makan tak lalu
Ingatkan kamu
Buatku merindu

Oh tanakwagu Sabahan
Mimang oligkang koh
Aparu kokitanan
Pogoyoun tosonong

Oh tanakwagu Sabahan
Muhang oku diya
Tupus di aralom
Gisom do baino

Walau jauh usah kau ragu
Kasihku seteguh Gunung Kinabalu
Meskipun di hujung tanjung
Cintaku sekukuh Gunung Santubong

Kenali kamu waktu aku
Jalan-jalan di Pekan Nabalu
Kamu jeling aku malu
Senyummu menusuk kalbu

Tidur tak tentu
Makan tak lalu
Ingatkan kamu
Buatku merindu

Oh bujang Sabahan
Nuan amai nelap
Mua nuan sigat
Ulah penuh adat

Oh bujang Sabahan
Aku rindu ka nuan
Sayau ku meruan
Taja enda ayan

Walau jauh usah kau ragu
Kasihku seteguh Gunung Kinabalu
Meskipun di hujung tanjung
Cintaku sekukuh Gunung Santubong



Cara Verifikasi PIN Google Adsense

Assalamualaikum
Bismillah

Pada bulan April tahun lalu (2018), aku telah menerima surat cinta dari Google Adsense untuk membuat proses verifikasi alamat setelah mencapai 10USD. Entri ini dah lama dalam draf, cuma baru hari ini rasa nak kongsi. Berikut merupakan Cara Verifikasi PIN Google Adsense. 


Langkah 1 : LOG IN ke akaun Google Adsense anda. Klik butang SETTING seperti dalam rajah di atas. 


Langkah 2 : Setelah itu, Pilih ACCOUNT INFORMATION (maklumat akaun)


Langkah 3 : Seterusnya, Klik VERIFY ADRESS (verifikasi alamat)

Akaun google adsense yang belum diverifikasi boleh dilihat melalui notifikasi seperti ”Your payments are currently on hold because you have not verified your address“ Ini bermaksud pembayaran akan ditangguhkan sehingga selesai anda verifikasi. 


Langkah 4 : Masukkan PIN dan Klik SUBMIT PIN. PIN boleh dilihat melalui surat google adsense yang telah diterima.


Dengan ini anda telah berjaya verify alamat! 
Selamat Menabung. 

Belajar Bahasa Jepun

Assalamualaikum
Bismillah

Japanese Script
Terdapat 3 jenis huruf dalam bahasa Jepun iaitu hiragana (ひらがな) , katakana (カタカナ) dan (漢字) kanji  (Chinese characters). 


Hiragana and katakana are phonetic representations of sounds, and each letter basically corresponds to one mora (a unit of sound). Kanji convey meanings as well as sounds. (source : Minna no Nihongo Lesson 1-13).

In Japanese Script, all three types of letters are used together. Katakana are used to write foreign names and loan words. Hiragana are used to write particles, the inflectable parts of words. (source : Minna no Nihongo Lesson 1-13).


Walaupun aku sebelum ini 2 kali mengulang bahasa Jepun tidak salah kan kongsi ilmu yang kita pernah belajar. Jangan risau, aku kongsi perkara asas sahaja. Kalau bab grammar semua tu aku pun tak berani nak ajar. 

Semoga bermanfaat~



Tatabahasa Asas : Kesalahan Bahasa [Part 1]

Assalamualaikum
Bismillah

Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Kesalahan bahasa sering berlaku kerana pengaruh daripada penggunaan bahasa Melayu lisan tidak formal dalam kehidupan seharian. Bahasa lisan tidak formal secara umumnya tidak menekankan aspek tatabahasa. 


Jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan dalam kalangan pengguna bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu aspek :
  • ejaan
  • tanda baca
  • sebutan dan intonasi
  • morfologi
  • sintaksis
  • diksi
  • pemilihan perkataan
Kesalahan Ejaan

a) Kata berakhiran -i
Kesalahan berlaku apabila -ki dianggap sebagai akhiran dan digunakan bagi menggantikan akhiran -i pada kata dasar yang berakhir dengan huruf k. Contohnya :

memasukki → memasuki (akhiran -i)
menaikki → menaiki (akhiran -i)
mendudukki → menduduki (akhiran -i)

Kesalahan seperti di atas berlaku kerana pengguna tidak memahami bahawa dalam bahasa Melayu, yang ada 
  • apitan  me-...-i dan akhiran -i (betul)
  • apitan me-...-ki dan akhiran -ki (salah)
Oleh itu, apabila apitan  me-...-i  menerima kata kasar yang berakhir dengan konsonan k, misalnya perkataan "masuk", maka terhasillah perkataan "memasuki" .

Semoga bermanfaat. Sama-sama kita memperkasakan bahasa Melayu. 

Lirik Lagu Nasyid Pergi Tak Kembali - Rabbani

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Nasyid Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa 
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
Akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana


Review Produk Untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead

Assalamualaikum
Bismillah

Asal usul blackhead dan whitehead ini adalah daripada hasil permukaan muka yang berminyak. Selalunya ia akan menetap di kawasan T-Zone (dahi, hidung dan dagu). Cuaca panas macam ini menyebabkan kulit muka berminyak dan pertubuhan pesat blackhead dan whitehead. hehe~ Hari ini, aku kongsi sedikit pengalaman menggunakan beberapa produk untuk menghilangkan blackhead dan whitehead. Ini adalah review paling jujur aku buat (bukan review berbayar okay). 

Shiseido Mask
Aku dapat tahu ini pun daripada abang aku. Katanya bagus untuk hilangkan balckhead dan whitehead. Aku pernah guna yang warna hitam dan putih saja. Gold aku tak beli. Bagi aku Shiseido Mask ini tidak hilangkan whitehead dan balckhead pun. Bukan aku kata Shiseido Mask ini tak bagus, cuma kurang berkesan untuk menghilangkan bintik hitam aku. Yang best bila pakai mask ini, bulu-bula kat muka akan hilang dan kulit muka pun jadi lebih halus. 



Vietnam Mask
Vietnam mask adalah salah satu produk yang aku paling suka guna terutama sekali untuk hilangkan blackhead dan whitehead. Vietnam mask memang berkesan sekali nak cabut bintik hitam di sekitar hidung. Cuma yang aku tak suka kalau pakai vietnam mask ini memang sakit gila bila tarik kertasnya. Penggunaan Vietnam mask ini juga meninggalkan kesan kemerahan pada hidung. Kadang kala menyebabkan kemunculan jerawat selepas menggunakannya. Setelah dapat tahu tentang bahaya penggunaan vietnam mask ini aku dah berhenti pakai walaupun aku suka. hahaha kena jaga kulit lah kan. 



Produk Himalaya
Himalaya Lemon Face Wash (oil control)
Ini adalah produk Himalaya pertama yang aku guna semata-mata nak hilangkan bintik hitam punya pasal lah. Yang ini aku tak tipu memang sangat best nak guna terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak macam aku. 

Pencuci muka ini berbentuk gel dan apabila menggunakannya menghasilkan buih yang banyak. Kulit pun lebih segar dan lembut. Serius pencuci muka ini berjaya mengangkat lebihan minyak dan mengurangkan whitehead pada muka. Bila sentuh bahagian hidung pun halus je. Cuma kena selalu pakai juga. (nak cantik kena rajin)


Himalaya Deep Cleansing Apricot Face Wash (removes blackhead)
Selepas menggunakan Himalaya Lemon Face Wash (oil control) tu, aku tertarik untuk mencuba Himalaya Deep Cleansing Apricot Face Wash (removes blackhead). Aku memang mengharap yang produk ini akan menghilangkan masalah blackhead dan whitehead aku. Hasilnya aku tak berapa suka sangat jika dibandingkan dengan Himalaya Lemon Face Wash (oil control). Bagi aku ia sama seperti aku pakai pencuci muka biasa. Memang bagus cuma untuk hilangkan bintik hitam tu rasanya kurang berkesan kot. Aku tak tahu pula kalau pengalaman orang lain. 


Semuanya adalah antara produk yang aku pernah guna untuk hilangkan Blackhead & Whitehead pada muka. Lain orang lain pengalaman dan setiap kita tidak mempunyai kulit muka yang sama. Mungkin ada produk di atas yang sesuai untuk orang lain. Aku sangat suka dengan semua produk kat atas cuma kalau boleh nak cari lagi produk yang lain. 
There are many ways to remove blackheads. You just have to be careful to avoid irritating or damaging the surrounding skin while removing them.

Road To 400k Pageviews Achieved!

Assalamualaikum
Bismillah

Pada Bulan Julai tahun 2018 blog ini telah mencapai 300k. Baca kat SINI. After 10 months, Road To 400k Pageviews Achieved! Tahniah diucapkan kepada diri sendiri kerana masih konsisten untuk berkongsi di blog. 


Antara artikel yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan pageviews ialah :
Terima kasih juga kepada rakan bloggers yang lain kerana sentiasa bagi kata-kata semangat dan nasihat untuk memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa :D


#5 Ranking Alexa | Blog Sii Nurul

Assalamualikum
Bismillah

Salam Ramadan. Hari ini aku kongsi ranking alexa untuk Bulan Mei. Kalau nak tengok rank blog sebelum nie, ada kat SINI.  Kepada yang masih tak tahu tentang ranking blog korang, boleh klik https://www.alexa.com/siteinfo untuk semak ranking alexa korang.


Secara global ranking blog ini di tangga yang ke 1,862,712 daripada 5, 142, 513 

Ranking di Malaysia pula berada di tangga ke 22,366 daripada 49, 108


Temuduga Psikologi Kaunseling di UMS

Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada calon yang menerima panggilan temuduga bagi Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di UMS. Oleh sebab permintaan ramai daripada pembaca, maka aku menulis entri ini sebagai panduan kepada calon yang bakal ditemuduga. 


Setiap apa yang dikongsikan adalah hasil daripada pengalaman coursemate yang mengambil bidang Psikologi Kaunseling. So aku tidak tahu situasi sebenar temuduga itu macam mana sebab aku ambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga (tiada temuduga). Aku minta maaf sangat-sangat kalau kurang infomasi. InsyaAllah, entri ini akan di update dari semasa ke semasa. 

Persiapan Temuduga
  • Pastikan calon memakai pakaian yang menutup aurat, formal, kemas dan tidak menjolok mata.
  • Elakkan memakai wangian (perfume) yang terlalu banyak, memakai selipar jepun atau mengenakan makeup yang keterlaluan. 
  • Pastikan rambut disikat dengan rapi bagi calon lelaki dan perempuan yang tidak bertudung. Manakala calon perempuan bertudung hendaklah kemas tidak perlu terlalu hijabster/fesyenista 
  • Memakai kasut yang bertutup dan berstokin.
  • Pastikan calon membawa dokumen penting seperti surat panggilan temuduga serta beberapa dokumen yang diminta.
  • Datang awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum temuduga untuk mengelak calon daripada tersesat semasa mencari lokasi temuduga. 

Situasi Ketika Ditemuduga
Berdasarkan infomasi daripada salah seorang coursemate (Psikologi Kaunseling) :
  • Temuduga ini dijalankan secara berkumpulan di antara 5 - 6 orang.
  • Panel temuduga adalah pensyarah daripada Psikologi Kaunseling.
  • Soalan temuduga berbeza mengikut pensyarah 
  • Calon dikehendaki untuk membaca teks Bahasa Inggeris yang telah disediakan.
  • Panel akan bagi satu isu dan calon dikehendaki untuk berforum.
  • Soalan tidak berkaitan dengan psikologi kaunseling

Ini adalah situasi semasa temuduga tersebut berdasarkan pengalaman daripada coursemate. Point yang paling penting panel mahu lihat bagaimana cara calon menjawab, tahap keyakinan dan pengetahuan calon terhadap sesuatu isu. 

Maaf, aku betul-betul takde soalan-soalan spesifik yang panel temuduga akan tanya. Kebanyakkan pelajar psikologi sekarang sibuk menjalankan latihan praktikum. Jadi tidak semua kawan aku dapat bagi respon.

Info Tambahan
Ini adalah sedikit info tambahan berdasarkan pengalaman temuduga psikologi kaunseling di universiti selain UMS. Beberapa isu yang perlu diberi perhatian ialah :

Calon hendaklah tahu tentang bidang yang dimohon. Pastikan anda mengetahui mengenai program pengajian yang bakal diikuti
  • Mengapa memilih psikologi kaunseling? 
  • Mengapa memilih UMS sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran? 
  • Apa yang calon tahu tentang psikologi kaunseling?
  • Kenapa berminat untuk ambil kos ni?
  • Apa Etika Kaunseling?
  • Apakah ciri-ciri kaunselor?
  • Apakah beza motivator dan kaunselor?
  • Adakah kita boleh buat/ bantu keputusan untuk klien?
  • Apa itu klien?
  • Apa itu kaunselor?
  • Perbezaan Kaunseling dan Psikologi?

Persiapkan Diri Dengan Penguasaan Bahasa Inggeris
Penggunaan bahasa yang lancar sangat penting. Di UMS sesi pengajian dijalankan dalam Bahasa Melayu. Namun bahan rujukan untuk menyiapkan assignments kebayakkan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, pentingnya penguasaan BI setiap calon. Jangan malu untuk membuat kesalahan. Yang penting, be confident with yourselves. 


Peka Dengan Isu Semasa Terkini. 
Tidak kira apapun jenis temuduga, calon tidak dapat mengelak daripada soalan-soalan yang berkaitan isu semasa. Kebiasaanya penemuduga akan bertanya mengenai isu semasa dan apa pandangan anda terhadap sesuatu isu. 
  • Apa yang berlaku di negara kita?
  • Apakah isu semasa terkini yang anda tahu dan berikan pendapat anda
  • Namakan seorang pakar psikologi atau bidang yang berkaitan.

Contoh Soalan berbentuk Penyelesaian masalah
  • Sekiranya anda berada dalam situasi pelajar ingin bunuh diri? Apa yang anda lakukan untuk bantunya?
  • Bagaimana untuk mendisiplinkan pelajar yang mempuyai masalah tegar?
  • Bagaimana untuk menghentikan ketagihan penagih dadah?
  • Apa pendapat anda tentang bercinta diusia awal remaja? Bagaimana anda bertindak untuk membantu?
  • Buli di sekolah kerap berlaku pada pelajar anda, bagaimana anda mengatasinya?
TIPS : Jangan anda menyuruh atau membuat keputusan untuk klien, jawapan terbaik adalah anda membantu klien bagaimana mendapat idea peyelesaian, bonus bagi mereka yang tahu teori kaunseling seperti teori tingkahlaku, personality individu, Teori Pemusatan Klien, teori rasional emotif terapi dan banyak lagi.

Semoga membantu. All the best! 
Maaf ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga dipermudahkan buat semua calon. Hopefully dengan perkongsian ini membantu calon untuk lebih bersedia. 

Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19

Assalamualaikum
Bismillah


Alhamdulillah, pada Bulan Mac yang lalu, permohonan aku dalam SPP telah diterima. Dan aku telah menerima SMS untuk menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19. 

Ini adalah contoh SMS yang aku terima. 

Kalau ada di antara anda yang terpilih untuk menghadiri temuduga, aku pasti anda juga akan bingung dan tercari-cari maklumat berkenaan jawatan tersebut. Jangan risau, aku lagi panik apabila terima SMS ini yang datang secara mengejut.

Pada hari ini, aku ingin berkongsi tentang Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19.

1. Semak Tempat Temuduga
Perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah SEMAK TEMPAT serta TARIKH TEMUDUGA. Semakan boleh dibuat di → SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA


Masukkan NO KAD PENGENALAN

Pastikan anda semak :
  • Tarikh dan masa temuduga
  • Jawatan yang dipohon 
  • Tempat temuduga (cari di google maps sekiranya anda kurang pasti lokasi temuduga)
  • Cetak Slip Temuduga dan Senarai Semak

 Ini adalah contoh slip temuduga. Pastikan NAMA PENUH dan 
NO KAD PENGENALAN adalah betul.


Ini adalah contoh SENARAI SEMAK DOKUMEN yang perlu disediakan 
sebelum menghadiri temuduga.


2. Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
Pertama sekali semak satu persatu senarai semak tersebut. Seperti yang dinyatakan di dalam senarai semak, anda perlu sediakan DOKUMEN ASAL (original) dan SALINAN (photocopy). 

Bagi yang bertanda (WAJIB), anda wajib membawa dokumen tersebut. Ketiadaan dokumen yang wajib boleh menyebabkan anda tidak dapat menjalani sesi temuduga. 

Sediakan dua keping gambar berukuran passport yang terkini. Susun semua dokumen mengikut urutan senarai semak. Masukkan semua dokumen di dalam clear file (apa-apa jenis fail pun boleh). 

Susunan fail adalah seperti berikut :
  1. Gambar Berukuran Pasport (dua keping) **
  2. Kad Pengenalan (WAJIB) **
  3. Sijil Kelahiran/ Sijil Pendaftaran Kelahiran/ Sijil Anak Angkat **
  4. Lesen Memandu (Bagi Jawatan Pemandu Kenderaan/ Pemandu Operasi)
  5. Slip Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau setaraf (WAJIB bagi jawatan Gred 11)
  6. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf (WAJIB) **
  7. Sijil Berhenti Sekolah **
  8. Sijil kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat SPM atau setaraf sekiranya berkaitan
  9. Sijil Penghargaan/ Penyertaan Kegiatan Luar (sekiranya ada) **
  10. Salinan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Nilaian Prestasi terkini yang disahkan Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat secara tetap,kontrak atau sementara dalam perkhidmatan awam)
  11. Surat Sokongan Permohonan dan Kebenaran Menghadiri Temu Duga oleh Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam) (Format surat boleh diperolehi di portal www.spp.gov.my)
  12. Dokumen Pengesahan Status Orang Kurang Upaya (OKU)(sekiranya berkaitan)
  13. Surat Pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (sekiranya berkaitan)
Yang bertanda ** adalah dokumen yang aku sediakan. 

Buat satu salinan semua sijil tersebut dan susun sama seperti susunan Sijil Asal. Pastikan semua helai salinan hendaklah DISAHKAN oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dokumen.

(Aku tak sempat minta pengesahan dokumen masa tu, mujurlah dokumen aku diterima). Jadi untuk mengelakkan diri daripada tidak ditemuduga, adalah lebih baik buat pengesahan dokumen. Please, jangan tiru macam aku yang kurang persediaan. 
Ini adalah contoh BORANG MAKLUMAT CALON TEMU DUGA 
(SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN BAWA SEMASA TEMU DUGA)

Lengkapkan BORANG PENGAKUAN beserta TANDATANGAN.

Isi borang maklumat calon dan tampal sekeping gambar diruang yang disediakan. Pastikan anda mengisi pengalaman bekerja. Tidak kira pengalaman bekerja sendiri, berniaga ataupun part time. Sebaik-baiknya adalah yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Pengurusan Murid.
NOTA TAMBAHAN : Semua sijil asal hendaklah disusun secara teratur mengikut turutan si atas menggunakan fail (folder) semasa pendaftaran. Kegagalan tuan/ puan mengemukakan dakumen WAJIB seperti di atas akan menyebabkan tuan/puan tidak dibenarkan menjalani sesi temu duga.
Masa ini jangan fikirkan pasal temuduga tu dulu kerana dokumen yang tidak lengkap akan menyusahkan diri sendiri pergi fotostat, print dan sebagainya. Pastikan semuanya lengkap dan tiada yang tercicir sebelum pergi temuduga.

3. Fahami Fungsi Jawatan
Cari sebanyak mana maklumat tentang Pembantu Pengurusan Murid. Banyakkan buat pembacaan tentang jawatan yang dipohon. Di bawah adalah beberapa info tentang Pembantu Pengurusan Murid :
  1. Ringkasan Perkhidmatan dan Skop Tugas PPM (PDF)
  2. PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH) N19
  3. PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS) GRED N19
  4. Profil kompetensi pembantu pengurusan murid (asrama) - KPM 

Tunjukkan bahawa anda sebenarnya telah betul-betul memahami tentang jawatan tersebut. Sekiranya anda tiada pengetahuan tentang jawatan tersebut, bagaimana mahu meyakinkan panel untuk mengambil anda bekerja? Prepare yourselves ^^ ~

4. Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Pengetahuan serta Isu Semasa
Baca isu-isu semasa terkini samada di dalam atau luar negara, isu tentang pendidikan, dan dasar-dasar kerajaan. Selain itu, banyakkan juga pembacaan tentang kabinet-kabinet negara. Anda tidak tahu apa soalan yang bakal ditanya. Persediaan itu penting. 

Secara ringkas apa yang anda perlu baca :
  1. Pengetahuan am seperti Rukun Negara, sejarah negara, nama-nama Perdana Menteri Malaysia
  2. Nama-nama barisan kabinet terkini
  3. Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan negeri. (gelaran sehinggalah nama penuhnya)
  4. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 
  5. Sistem Pendidikan Malaysia
  6. Isu semasa : global warming, isu politik terkini & sebagainya

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga bermanfaat dan membantu korang semua. Good luck and all the best! 

Akan datang aku akan kongsi tentang pengalaman semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga. 

#TemudugaSPP
#PembantuPengurusanMurid

Review Buku : UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku mengisi masa lapang dengan membaca buku karya Hilal Asyraf. Aku baru tahu yang Hilal Asyraf juga mempunyai blog tetapi telah lama dipadam. Aku ada beberapa koleksi buku Hilal Asyraf. Mungkin akan datang aku akan cuba review buku yang lain pula. 


Tajuk Buku : UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA
Penulis : Hilal Asyraf
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM18 (SM), RM20 (SS)
Muka Surat : 230 

Sinopsis Buku

"Dosa adalah ujian". Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan :

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa darpada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"(Surah Az-Zumar, Ayat 53)

Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan. Buat yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, buku ini adalah permulaan. 

Review

Buku ini mengandungi 44 topik yang mana memberi inspirasi kepada kita (pendosa) yang buntu serta mencari sinar untuk kembali ke pangkuan Allah (bertaubat) dan beriman dengan sebenar-benar iman. Walaupun mempunyai 44 bab, namun penulis menyampaikan topik dengan begitu ringkas dan menyentuh hati pembaca. Selain itu, buku ini juga menyelitkan beberapa ayat al-Quran dan hadis. 

Setiap baris ayat yang ditulis disampaikan kepada kita bahawa tidak kira macam mana kecil dan besar dosa yang dilakukan oleh seseorang, masih ada peluang untuk kembali kepada Allah selagi nyawa dikandung badan. Jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri kerana pasti ada balasan atas setia perbuatan dosa yang kita lakukan.

Beberapa petikan daripada ayat suci al-Quran yang diselitkan dalam buku ini :

"Apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdoasa. Pada masa yang sama, Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa kamu." - (Surah Asy-Syura, Ayat 30)

"Jangan kamu berasa lemah dalam perjuangan bagi mempertahan dan menegakkan agama Islam. Jangan kamu berdukacita terhadap apa sahaja yang menimpa kamu. Kamu adalah golongan yang tertinggi sekiranya kamu golongan yang sungguh-sungguh beriman." - (Surah Ali Imran, Ayat 139)

Kupasan yang padat dengan memberi keinsafan. Semoga Allah mengampuni dosa semua hambaNya.



Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Assalamualaikum
Bismillah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :


Antara muka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.


Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Sabah 2019

Assalamualaikum
Bismillah

Zon 1
Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam


Zon 2
Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah



Zon 3
Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu


Zon 4
Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan


Zon 5
Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat


Zon 6
Gunung Kinabalu – Ketinggian (4101M)


Zon 7
(Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar


Zon 8
Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau


Zon 9
Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang




Salam Ramadan semua. 


Cara Semak Status Permohonan Prasekolah

Assalamualaikum
Bismillah


Permohonan Kemasukan ke Prasekolah hanya boleh didaftarkan di E-PRASEKOLAH sahaja. Oleh itu, bagi anak yang akan bersekolah ke prasekolah mestilah mendaftar secara dalam talian sebelum menghantar borang permohonan manual ke sekolah yang didaftarkan. Permohonan yang berjaya didaftarkan boleh disemak secara online. Berikut merupakan Cara Semak Status Permohonan Prasekolah.



Langkah 1 : Klik E-PRASEKOLAH untuk mendaftar. Bagi yang sudah mendaftar sebagai pengguna, MASUKKAN ID kita (bukan MYKID anak ye). Taip KATA LALUAN dan LOG MASUK. 


Langkah 2 : Anda akan terus ke laman utama seperti dalam gambar di atas. Seterusnya, klik STATUS PENDAFTARAN untuk menyemak PERMOHONAN.



Langkah 3 : MASUKKAN NOMBOR MYKID anak anda dan klik butang search. 

Pastikan NOMBOR MYKID dan NAMA PENUH anak anda adalah betul. Semak NAMA SEKOLAH yang didaftarkan. Seperti yang tertera dalam gambar, PERMOHONAN telah berjaya didaftarkan. Hanya menunggu pengesahan daripada pihak sekolah sahaja samada permohonan untuk mendaftar di sekolah tersebut diterima ataupun tidak.

Semoga membantu. 

Review Komik : Dia Bohong, Aku Tipu

Assalamualaikum
Bismillah

Ini buat pertama kalinya aku review buku. Hari ini aku review komik karya Yasuko. Beliau dilahirkan pada 2 Mac di Chiba, Jepun. Debut pertama "Perasaanku" yang diterbitkan dalam Deluxe Betsucomi pada musim panas 2002. Yasuko mempunyai 4 karya yang telah diterbitkan yang bertajuk "Lirikan Ogos", Resah Hati Tsubaki", "Cuti", dan "Biarpun Bunga Tidak Mekar". 



Tajuk Buku : Dia Bohong, Aku Tipu
Karya : Yasuko 
Art & Story : Kenny Chua/Kiaong
Translated : Ena
Proof Edited : Najihah Hashim/Azizan Zain
Lettering & Design : Wei Yun
Published : ART SQUARE CREATION SDN BHD
Printed : PERCETAKAN TATT SDN BHD
Edition : 1st Ed November 2015
Harga : RM10.00 (SM), RM11.00 (SS)
Muka Surat : 189 

Sinopsis Buku 
"Perempuan yang pandai tarik perhatian lelaki" "Gadis moden yang bebas". Itulah pandangan orang terhadapnya. Tapi sebenarnya Mizuki ialah... "Remaja yang rajin buat kerja-kerja rumah". Mizuki tidak mahu dianggap sebagai gedik. Tapi ada ke lelaki nak terima dirinya yang sebenar?

Buku ini mempunyai Tiga (3) Bahagian :
  1. Dia Bohong, Aku Tipu (Part 1-3)
  2. Bila Perempuan Bertemu Lelaki
  3. Hantu Aku

Review
Aku suka jalan cerita dia di mana Mizuki seorang perempuan yang cantik dalam kalangan remaja di sekolah dan dikatakan sebagai Ratu Sekolah Nishi. Walau bagaimanapun, Mizuki mempunyai hobi suka mengait atau membuat kraf tangan. Dia merahsiahkan hobinya kerana wajahnya yang menawan ala-ala gadis moden tidak sesuai mempunyai personaliti seperti gadis kampung yang suka dengan kerja-kerja rumah.


Ramai yang salah anggap terhadap Mizuki. Mempunyai wajah yang cantik bermaksud seorang yang sosial dan mempunyai ramai boyfriend. Itulah pandangan orang sekelilingnya. 
"Rupa cantik macam ni tapi takde pengalaman bercinta? Tipulah!" "Rupa ja moden tetapi suka mengait.. tidak sesuai dengan personaliti langsung".
Itulah komen yang selalu diterima. Akhirnya belum ada apa-apa perkembangan lagi dalam perhubungan dah ditinggalkan. Suatu hari, Mizuki berpeluang untuk keluar dengan Suzuhara dari sekolah lain. Suzuhara juga seorang lelaki kacak dan sangat popular di sekolahnya. Ramai perempuan yang sanggup tawarkan diri kepada Suzuhara untuk jadikan boyfriend kerana mengaggap bahawa Suzuhara seorang kaki perempuan. Mizuki yang cuba untuk menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar akhirnya diketahui oleh Suzuhara. 
Adakah Suzuhara dapat menerima dirinya yang sebenar? Apa pengakhiran hubungan mereka?
Komen/Pendapat
Pertama sekali, aku suka dengan karakter serta jalan cerita bagi "Dia Bohong, Aku Tipu". Kita boleh lihat dalam masyarakat kita sendiri di mana kebanyakkan orang suka "judge by appearance" seseorang. Nampak orang guna kereta besar ja katanya "orang tu mesti kaya". Asal cantik atau handsome ja mesti "ada boyfriend atau girlfriend". Nampak perempuan pakai tudung labuh saja "mesti alim nie". 

Kita selalu buat tanggapan kita sendiri tanpa mengenali latar belakang seseorang itu. 

Dan aku paling suka bahagian dimana Mizuki seorang yang sukakan kraftangan ataupun mengait. Kita semua mempunyai hobi masing-masing dan pentingnya mempunyai pasangan yang memahami minat serta hobi kita. Aku suka berterus terang dengan boyfriend yang aku minat tengok anime, suka blogging dan sangat suka kumpul koleksi buku serta alat tulis. 

Kalau pasangan kita tu tahu minat kita tapi tak memahami malah dikatakan hobi kita tu buang masa memang tak best lah kan? Aku rasa macam terpaksa berpura-pura tidak suka dengan apa yang aku buat semata-mata mahu dia terima aku. 

Terima kasih kerana sudi baca. Ini merupakan review aku yang pertama. Berminat untuk baca komik ini, boleh dibeli secara online ataupun di kedai buku berhampiran. 

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia



Assalamualaikum
Bismillah


Bagi yang belum pernah mendaftar dalam JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebagai "PENCARI KERJA" dalam laman web JobsMalaysia. Hal ini demikian kerana Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hanya boleh dimohon melalui JobsMalaysia.


LANGKAH 1 : DAFTAR dan klik "PENCARI KERJA". Klik sini untuk terus ke laman pendaftaran → Pendaftaran Pencari Kerja



LANGKAH 2 : Isi MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 


Langkah 3 : Semak Email untuk mengaktifkan pendaftaran. 


LANGKAH 4 : Seterusnya ke halaman lengkapkan profil pencari kerja buat kali pertama. Anda diminta untuk membuat pengesahan akan mematuhi syarat dan terma sebagai pencari kerja di portal JobsMalaysia dengan klik "SAYA BERSETUJU"


LANGKAH 5 :Seterusnya anda hanya perlu ikut langkah seperti yang diterangkan dalam gambar. 



Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN yang berkaitan. 


Bagi jawatan dalam SPP terbahagi kepada Jawatan Guru & Bukan Guru. Antaranya ialah :


Jawatan Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29
Jawatan Bukan Guru
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Penyelia Asrama Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 
Pembantu Makmal Gred C19
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11


Masukkan MAKLUMAT AKADEMIK ataupun SIJIL KEMAHIRAN yang berkenaan. 


Nyatakan MAKLUMAT PEKERJAAN (Pengalaman bekerja) yang pernah dilakukan agtaupun sedang dilakukan. Sebaiknya adalah berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 


Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN khususnya kepada calon yang memohon dalam SPP. 


LANGKAH 6 : Masukkan maklumat RUJUKAN (Nama Penuh, Alamat & nombor telefon terkini serta Pekerjaan). SEMAK SEMULA maklumat agar tidak tertinggal. SIMPAN & HANTAR. 


Since many of you were asking about SPP in my blog. So, hari ini aku kongsi dengan kamu semua macam mana mahu kemaskini permohonan jawatan SPP. Hopefully this video will help you.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran → https://www.spp.gov.my/ms/Untuk pertanyaan Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

#TemudugaSPP 
#PembantuPengurusanMurid