Cara Atasi Masalah Earnings at risk Google Adsense

15
Assalamualaikum
Bismillah

Pada awal bulan Jun, aku mendapat "WARNING" daripada Google Adsense seperti ini, "Earnings at risk - One or more of your sites does not have an ads.txt file. Fix this now to avoid severe impact to your revenue." 

Apa yang aku faham, apabila kita tidak selesaikan masalah tersebut secepat mungkin akan menyebabkan iklan dalam blog kita tidak dipaparkan. Bagi blogger yang mempunyai masalah yang sama seperti aku, jangan risau, korang hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah.





1. Buka Akaun Google Adsense korang. Klik "Account". 

2. Seterusnya pergi ke "Account Infomation". 

3. Copy ID korang. Contohnya  [pub-1234567889XXXXXX]


4. Seterusnya, LOG IN BLOG korang. Pergi ke "Setting" dan Klik "Search Preferences".

5. Kemudian skrol ke bawah dan pilih " Monetization". Klik "Custom ads.txt", kemudian aktifkan custom ads.txt content dengan cara menekan/memilih YES.

6. Lalu edit custom ads.txt content dengan cara seperti ini : 
google.com, pub0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0 
Kemudian ganti pub-0000000000000000 dengan KOD ID GOOGLE ADSENSE korang. 

7. Setelah itu, Klik butang "Save Changes"

8. Untuk melihat samada ads.txt korang aktif atau tidak, korang boleh lihat status, 

Contohnya :  http://ciknurul23.blogspot.my/ads.txt (tukar url blog dengan URL Blog korang)

Pastikan ia jadi seperti gambar di bawah. 


Note : Jika file ads.txt muncul,maka masalah Earning at risk sudah selesai, kemudian buka kembali dasboard google adsense kamu, lalu lihat adakah Earning at risk masih muncul atau tidak, jika masih muncul ,tunggu beberapa saat, atau 24 jam mungkin pihak google adsense akan memproses file ads.txt blog kamu.
Alhamdulillah, setelah lebih dari seminggu masalah "Earnings at risk" Google Adsense pun dah selesai. Semoga info ini bermanfaat buat para blogger yang lain. 



Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. terima kasih infomasi yang berguna.btw banyak masuk duit adsense ya. (^_^)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dh selesai dh pun masalah ni :) Nice sharing. Berguna untk panduan semua

    BalasPadam
  3. dah buat tapi belum selesai juga problem. dah give up nak cari solve problem ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy lbih dr seminggu juga bru okay.. Kena tngu saja..

      Padam
  4. Nice sharing sgt.. Sbb mmg tgh ada prob ni haha

    BalasPadam
  5. Thanks for this info. Saya ada problem ni jugak, nnt boleh la try.
    Saya follow awak dah, nnt subscribe blog saya ya 😊 salam perkenalan 🙏🏻

    BalasPadam
  6. aduhai.
    aida dpt jugak warning ni tau.
    tapi tu la, ignore aje.
    ignore sebab sibuk dgn hal lain, nurul.
    exam. assignment.
    hmmmmm nak godek la jap lagi :) tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak cuba lah cara ini.. InsyaAllah masalah akan settle cuma kena sabar tunggu lah..

      Padam
  7. Terima kasih kerana membantu... Alhamdulillah....

    BalasPadam
  8. Thanks nurul. Nanti abam kie akan ikut steps dlm tutorial ini...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !