Pengalaman Adik Lambat Bercakap

Assalamualaikum
Bismillah

Aku merupakan kakak sulung daripada 8 orang adik-beradik. Sebelum aku menerima tawaran dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, aku menghabiskan masa aku di rumah menjaga adik bongsu aku, Akim. 

Pada tahun 2008, rumah yang aku duduki sekarang pernah hangus dijilat api. Setelah beberapa tahun berlalu, kami bina kembali rumah di tempat yang sama. Ketika kelahiran adik bongsu aku iaitu Akim, rumah kami belum siap sepenuhnya. Malah, kami tidak mempunyai televisyen ketika itu. Hampir 8 tahun kami tidak tengok TV. 


Hiburan kami sekeluarga hanyalah laptop kepunyaan abang sulung aku. Jadi setiap hari kami hanya tengok movie, drama & Running Man di laptop. Download dan simpan dalam external hardisk. 

Kedua ibu bapa aku sangat sibuk dengan kerja dan memberi amanah kepada aku untuk menjaga adik bongsu. Disebabkan tanggungan yang ramai memaksa kedua ibu bapa aku untuk bekerja dan kurang menghabiskan masa dengan adik aku. Aku sebagai seorang kakak, aku faham dengan keadaan ekonomi keluarga ketika itu. 

Salah satu kesilapan besar aku ketika menjaga Akim ialah aku selalu biarkan adik aku tengok kartun sorang-sorang. Habis satu kartun, aku akan pasang kartun yang lain pula. Bayangkan adik aku baru pandai duduk sendiri. Aku buat macam tu supaya aku senang nak buat kerja seperti memasak, cuci piring, mengemas dan sebagainya. 

Asyik nak kerja jadi senang saja kan. Aku anggap benda tu perkara biasa saja. Even parents aku sendiri pun umpan adik aku dengan gajet. 

Bayangkan perkara itu berterusan sehinggalah aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi. Aku mula belajar banyak benda tentang psikologi kanak-kanak & keluarga. Selepas setahun, aku sering balik ke rumah untuk lihat perkembangan adik aku. Aku cuba praktikkan apa yang aku pelajari dengan situasi sebenar. 

Masa tu aku mula perasan yang adik aku kurang bercakap. Apabila ditanya adik aku kurang memberi respon. Aku juga tidak pernah mendengar Akim memanggil "mama" atau "papa". Akim lebih banyakkan tunjukkan bahasa tubuh. Paling menyedihkan kami terpaksa mengagak sendiri samada dia lapar, mahu minum ke ataupun nak minta sesuatu ke. 

Apabila aku ceritakan kat mama aku yang Akim ada petanda "lambat bercakap", katanya, biasalah budak-budak ada yang cepat belajar ada yang lambat. Walaupun begitu, aku tetap paksa mama aku untuk dapatkan nasihat doktor ke klinik kesihatan. Apabila tiba tarikh temujanji Akim, seperti yang dijangkakan adik aku lambat bercakap dan diminta untuk ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk dapatkan rawatan. 

Sekarang Akim dah masuk 5 tahun. Walaupun Akim masih lambat bercakap, tetapi banyak perubahan yang dialami dibandingkan sebelum ini. Akim dah pandai bertanya soalan, banyak perkataan yang dipelajari, Akim dah pandai sebut "mama" "papa" dan nama kami adik-beradik. 

Aku bersyukur kerana dapat belajar Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga dengan lebih mendalam. Dengan ilmu itu sedikit sebanyak membantu aku untuk melihat dan menilai perkembangan Akim. Sejujurnya rasa bersalah itu masih belum hilang. Setiap manusia melakukan kesilapan, tetapi jangan mengulangi kesilapan yang sama. Kelak kita sndiri akan menyesal. Aku mungkin tidak layak nak bagi nasihat sebab aku belum berkahwin pun. Tetapi tidak salah berkongsi pengalaman kepada ibu bapa yang lain. 


Akan datang aku akan kongsi tips mahu atasi anak lambat bercakap. InsyaAllah.

10 comments:

  1. Anak akak pun lambat cakap. Dah nak masuk 4 tahun ni barulah pandai. Ye kekadang perkembangan kanak2 ada yang cepat ada yang lambat. Jadi kita sebagai parents ni la kena alert dengan perkembangan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak setiap kanak2 perkembangan mereka berbeza..

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Tak lama lagi petahlah bercakap tu.
    Tak terlayan nanti.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Tak sbar nak baca tips sebab anaknsedara mama pun lambat vercakap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sy pun tgah study juga mcm mana nak ajar supayah adik petah bercakap

      Delete
  4. comel adiknya.semoga lepasni dia lebih petah bercakap. mungkin kalau pergi sekolah jumpa kawan2 boleh up sikit communication skill dia kan :D

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah adik lebih pandai bercakap lepasni bila dah masuk ke sekolah. Nanti boleh sembang banyak2 dengan kakak manis dia kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.