Kenal Pasti Mengapa Anak Anda Malas Belajar

0
Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap intelektual yang berbeza. Ada kanak-kanak yang cepat ada juga yang lambat. Ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya ada banyak punca mengapa anak-anak kita malas belajar. Bukan sebab mereka kurang pandai tetapi daripada ibu bapa itu sendiri dan pengaruh sekeliling.


Mari kita sama-sama kenal pasti mengapa anak anda malas belajar :

1. Adakah ibu bapa menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik di rumah? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.

2. Kerja rumah yang terlalu banyak dan anak-anak tidak tahu yang mana harus dibuat terlebih dahulu. Ada ibu bapa yang asyik berleter suruh anak-anak buat kerja sekolah dan ulangkaji tetapi mereka tidak dibantu apabila anak-anak bertanya soalan. Jangan bilang kanak-kanak, malah student dalam kalangan Universiti pun kalau diberi assignment terlalu banyak pun mengeluh. 

3. Subjek yang memerlukan anak-anak untuk menguasai kemahiran tertentu seperti menghafal, mengira, dan membaca. Kenal pasti kelemahan anak anda. Sebagai contoh anak-anak tidak buat kerja rumah matematik operasi darab kerana tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Sebelum mengusai sub topik tertentu dalam matematik, pastikan anak-anak anda telah menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Begitu juga bagi subjek yang lain, kenal pasti apa yang anak anda lemah. Ada kanak-kanak yang suka matematik tetapi lemah dalam sains dan Bahasa Inggeris.

4. Anak anda mungkin tidak suka subjek tersebut atau tidak sukakan cara guru mengajar. Trust me, even kita yang dewasa ini pun kalau tidak suka subjek tertentu atau cara pensyarah itu mengajar menyebabkan kita kurang faham mesti feeling unmotivated. Dah lah tak suka subjek tu, cikgu mengajar pun tak best. Apabila ini berlaku, anak-anak pun tidak peduli untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tersebut. Oleh itu, peranan kita sebagai ibu bapa, kakak atau abang kenalah ambil serius kerana anak-anak tidak boleh sesuka hati memilih apa yang mereka suka belajar. Kalau mereka kurang faham, kita bantu mereka supaya faham. Sekarang macam-macam nota dan latihan yang ada di google. Cuba usaha untuk cari alternatif lain. 

5. Kenal pasti adakah anak kita seorang yang cenderung kepada kemahiran ataupun akademik? Tidak semua cara guru mengajar itu sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak-kanak. Tetapi kita tidak boleh salahkan guru sebab guru-guru mengajar bukan seorang kanak-kanak sahaja. Sekiranya anak anda lebih suka pengajaran yang berbentuk visual boleh ajar mereka untuk buat peta minda. Kita lebih kenal anak kita sendiri kan?

6. Kenal pasti sekiranya anak anda mempunyai gangguan fizikal seperti masalah penglihatan atau  pendengaran. Sekiranya ini adalah punca anak-anak sukar untuk belajar, segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan. Nanti anak anda akan ketinggalan banyak pelajaran yang menyebabkan mereka lebih malas untuk belajar.

7. Anak-anak mengalami gangguan emosi. Yang ini sangat penting! Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah jangan sesekali libatkan anak-anak ataupun bergaduh di hapadan anak kerana ia boleh menyebabkan emosi anak terganggu dan kurang stabil. Aku selalu dengar anak-anak mengadu yang ibu bapa di rumah kerap bergaduh menyebabkan mereka jadi bosan untuk duduk di rumah.

8. Ibu bapa kerap membandingkan pencapaian anak. Kalau dalam keluarga mempunyai anak-anak yang ramai tidak semua mempunyai tahap pencapaian yang sama. "Abang lagi pandai dari adik", "adik lagi pandai dari kakak". Jangan sesekali kita bandingkan apatah lagi dengan anak jiran, sepupu dan keluarga lain. Tiada sesiapa yang suka diri mereka dibandingkan. Kalau ada yang kata dengan anak korang, "anak aku pandai sikit daripada anak kau" suka tak? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya.

9. Anak-anak perlu contoh dan teladan untuk diikuti. Kanak-kanak ini masih muda,  sudah menjadi tanggungjawab kita yang dewasa ini memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Jikalau mereka ada kerja rumah yang perlu disiapkan cuba untuk berhenti daripada tengok TV, laptop serta handphone. Kalau mereka lihat seisi keluarga seronok duduk depan TV kenapa mereka perlu mengahadap buku dan belajar? Tips ini sangat membantu kepada adik-adik aku juga. Sekiranya mereka ada kerja rumah, kami tidak akan pasang TV sehingga kerja rumah mereka siap.

10. Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar dibetulkan lagi.

Ada banyak faktor lagi yang menyebabkan anak-anak kita secara tidak langsung menjadi malas untuk belajar. Menjadi seorang ibu bapa bukanlah sesuatu hal yang mudah. Apapun puncanya jangan kita sesekali salahkan anak-anak sekiranya mereka mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Setiap kanak-kanak ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. Kita sebagai ibu bapa juga ada kelebihan dan kekurangan, kerana tiada manusia yang sempurna.

Yang penting kita usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik serta memberi contoh kepada anak-anak. Jangan pernah putus asa sekiranya mereka lemah dalam pelajaran. Mereka mungkin lemah tetapi disudut lain ada terselit kelebihan yang kita tak nampak. Suatu hari anak-anak yang lemah ini jugalah yang akan bantu ibu bapa mereka. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Kalau korang ada tips lain boleh kongsi di ruangan 
komen di bawah. Sama-sama kita berkongsi :)
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !