Cara Daftar Bank Islam Secara Online | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Dulu aku ada akaun Bank Simpanan Nasional saja. Apabila dah masuk universiti kena buka CIMB pula. Lebih kurang setahun aku guna CIMB Bank, then pihak universiti suruh tukar lagi ke Bank Islam. Kalau tak tukar tak masuk lah PTPTN. Aku ingat bila dah tukar Bank Islam ni macam kecewa juga lah sebab aku ingat Bank Islam ni tak ada perbankan internet macam Cimb Clicks atau Maybank2U. Rupanya ada juga.


Cara Daftar Bank Islam Secara Online 

Langkah 1 
Pergi ke laman web BANK ISLAM → https://www.bankislam.biz/ Klik "First Time User" untuk pengguna yang pertama kali mendaftar. (Rujuk gambar di bawah)


Langkah 2
Baca terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah. Kemudian, tandakan ( / ) pada petak yang disediakan memandakan anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut. Setelah itu, klik "continue".


Langkah 3
Pastikan anda telah membuka akaun Bank Islam di cawangan Bank Islam yang terdekat. Ini kerana pendaftaran secara online memerlukan Kad ATM/Debit Kad Bank Islam. Klik "continue" untuk langkah seterusnya. 


Langkah 4
Masukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan No PIN KAD ATM/DEBIT anda. 
  • ATM Card/ Debit Card No: Masukkan Nombor 16 Digit Kad ATM/Debit anda
    (Contoh: 4799689000008888)
  • ATM PIN: Masukkan PIN Nombor anda
    (Biasanya Nombor 6 Digit untuk keluarkan duit di ATM)

Kemudian klik "Continue".


Langkah 5
Isi maklumat yang diminta seperti :
  • Customer Name : Contoh (Ali bin Abu)
  • IC/ID : Masukkan No kad pengenalan 
  • User ID : ID untuk anda guna semasa login bank islam
  • Password : kata laluan anda
  • Email : email yang selalu digunakan atau aktif
  • Nombor telefon :  Masukkan no. telefon anda pada petak pertama dan nombor seterusnya pada petak berikutnya.
  • Private Word: Masukkan kata rahsia anda, apa sahaja perkataan. Apabila anda login, anda akan nampak private word ini untuk mengesahkan akaun tersebut milik anda.
  • Select One Private Image: Pilih Gambar untuk private image akaun bank islam anda.
  • Secret Question & Secret Answer : Anda perlu memilih 3 soalan serta menjawabnya dengan betul dan jujur. Bahagian ini sangat penting bagi anda untuk proses verifikasi sekiranya akaun bank online anda dicerobohi oleh orang lain. Dengan erti kata lain, akaun anda akan selamat. 
Selesai sahaja mengisi semua maklumat, sila klik butang “Submit”.


Langkah 6
Kemudian maklumat yang anda masukkan dalam langkah 6 akan dipaparkan. Sahkan maklumat yang diterima ini dengan klik butang “Confirm”.


Langkah 7
Kini anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun anda dan sebagainya.


Bagi yang mendaftar PTPTN dengan menggunakan Bank Islam, anda kena tunggu selama dua hari setelah buka akaun Bank Islam baru boleh buat pengeluaran. Sekarang SSPN dah boleh daftar secara online (deposit minimum RM20) yang penting ada akaun Bank Islam.

Semoga bermanfaat. 

3 comments:

  1. nice entry. saya pun dulu buat sendiri je :D

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Betul tu nurul. Dulu famous sangat dengan BSN. Hehehe.

    Sekarang ni semua hujung jari.mudah kan.

    #balaskunjungan

    ReplyDelete
  3. Betullah tu kena daftar kat branch dulu baru boleh daftar secara online.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.