Subjek Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku ada terangkan secara umum tentang Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi? tetapi amat mengecewakan sebab tidak ramai yang hadam apa yang aku tulis susah payah panjang berjela, at the end soalan yang sama juga ditanya balik. 

Mungkin sebab penjelasan aku formal sangat kot. Jadi aku rasa aku patut share balik perkara ini cuma konten ini lebih tertumpu kepada Subjek Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi? Entri ini khas kepada anda yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang psikologi.


Thread ni akan explain subjek Psikologi.

Jurusan Psikologi nanti belajar apa? Ada ilmu baca minda orang ke? Atau belajar cara nak Psiko orang? Ke belajar kaunseling? I’m sorry to disappoint, guys. Tu kalau nak belajar, pergi ambil Degree in Perbomohan. 

Realiti bukan begitu. 

First, apa yang aku explain ni, untuk jurusan Psikologi. Bukan kaunseling. Apa beza nya? Pergi baca pinned tweet aku. https://twitter.com/AimanPsikologi

Okay, Psikologi ni sains sosial. Kita belajar pasal minda dan tingkah laku manusia. 

Manusia tu banyak jenis, jadi tak pelik wujud banyak teori untuk satu isu. Berbeza dengan Hard Science macam Fizik, Kimia semua tu. Dah kalau F=ma. Tak ada pengecualian, itu hukumnya. 

Dalam Psikologi, semua hujah betul, asalkan kau datangkan dengan kajian yang sahih.  Analoginya, 1+1=4 pun boleh, asalkan kau ada evidence yang support hujah kau tu. Contoh paling mudah.  Ada kajian kata personaliti manusia ni dapat sejak lahir. Maksudnya lahir-lahir dah suka warna merah.  Ada kajian sebaliknya. Personaliti datang dari didikan. Dia dibesarkan untuk suka merah. 

Siapa betul? Dua-dua, sebab ada kajian sahih support dua-dua. Untuk orang first time dengan sains sosial, memang rasa pelik dengan  onsep ni. 

Sebelum aku explain contoh subjek yang ada, penting untuk korang faham konsep ni. Sebab ini roh dan jiwa dalam subjek Psikologi. Every argument is right as long as you have empirical evidence.


Contoh subjek, biologi dalam psikologi. 

Bila kita marah, hormon apa yang keluar. Kenapa darah mengalir laju, jantung berdegup kencang. Waktu jatuh cinta, kenapa otak kita macam otak orang tengah high cocaine. Etc. 

Pendek kata, perspektif biologi otak & kaitan dengan Psych. Dalam psikologi biologi juga akan belajar banyak pasal bahagian otak, cerebelum hipotamus jadah semua tu. Fungsi white matter, grey matter. Semua benda dalam otak la senang cerita. Macam aku, tak minat Bio, so subjek ni aku ambil satu sem je 😂

Kedua, subjek Kognitif. 

Ini basically abstrak minda manusia.  Apa jenis memori yang ada? Macam mana kita terlupa? Fokus dan tumpuan manusia? Apa jadi bila kita pandang sesuatu, macam mana info tu masuk ke otak, proses dan jadi persepsi kita? Aku suka gila subjek Kognitif!

Next, psychopharmacology. Subjek berkait rapat macam farmasi. 

Bila makan antidepressant, apa jadi pada otak kita? Apa solusi Alzheimer? Ketagihan dadah pula, macam mana struktur otak dia? Apa yang beza? Senang cerita, benda-benda “ubat” dan kesan dia pada otak kita.


Developmental (perkembangan) pula belajar seseorang dari lahir (bayi) sampai dewasa. 

Perkembangan emosi dia? Fizikal dia apa berubah? Macam mana otak mula belajar untuk bezakan kuning, merah atau hijau? Sampai dah besar, macam mana bila otak dah matang? 

Abnormal Psychology

Ini agak scary or cool serentak. Macam mana struktur otak Sociopath? Apa yang buat seseorang itu ada Anti Social Behaviour? Tahu tak, ada satu bahagian otak yang proses empati, lagi kecil dalam orang Psychopath. Sebab tu dia tak rasa kesian bila bunuh orang.

Personaliti dan perbezaan individu.

Belajar apa yang buatkan manusia berbeza cara berfikir, personaliti, persepsi etc. Sini juga belajar pasal Introvert, Extravert. Apa ciri-ciri Psikologi manusia yang ada.  Ini best, sebab kita belajar pasal keindahan perbezaan minda manusia.

Sejarah Psikologi pun ada. 

Aduh ini menyampah. Belajar macam mana muncul ilmu Psikologi. Nanti tahu la apa Aristotle cakap, Plato dan lain-lain lagi nama orang yang hidup berzaman dulu. Menyampah, tapi penting untuk tahu asal usul ilmu Psikologi. Supaya kita lagi hargai.

Psikologi dalam pendidikan pun ada. 

Belajar teori pembelajaran, beza kelas susun meja berkelompok atau sebaris. Juga macam mana kes buli bagi kesan pada psikologi. Minda pelajar baru yang rasa terpinggir. Sesuai untuk sesiapa yang nak sambung master Educational Psychology.


 Ada juga subjek pasal Neuroscience and Behaviour. 

Ini subjek yang sangat mencabar. Sebab banyak Bio dan berkait dengan tingkahlaku manusia. Belajar la pasal brain scan, fMRI, EEG, aliran darah dalam otak dll. Fuh! 😅 Tulis Tweet ni pun dah buat jantung aku berdegup laju. Belajar pasal kanak-kanak istimewa best. Autism, ADHD, Down Syndrome, macam-macam lagi.  Belajar teori, simptom, apa rawatan etc. Seronok sebab akan nampak mendalamnya kajian manusia cuba memahami minda kanak-kanak istimewa ni. 😊❤️

Forensic & Criminology ni best gila. 

Belajar pemikiran penjenayah, apa faktor berlaku rasa nak bunuh, sifat pembunuh bersiri pergh.  Bukan tu je, isu mahkamah pun sentuh tau! Kesahihan hujah saksi, tahap bias hakim, penipuan dalam bukti dll. Quite an interesting topic lah.

Subjek paling penting, Research dan Practical Methods. 

Waktu ni lah belajar buat eksperimen, analisis data lab, nak conduct survey, nak cari participant dll.  Stress juga. Sebab dia kerja praktikal yang banyak fikir. Pelajar Psikologi berdosa kalau tak skor. Ni skill asas. 

Aku ada ambil subjek pelik sikit waktu final year dulu. 

Road User Behaviour. 

Psikologi pengguna jalan raya. Beza pandu pagi dan malam, umur mana paling banyak accident dan sebab apa. Faktor gangguan signboard iklan tepi highway boleh tingkatkan risiko accident, macam-macam!

Last but not least, aku save the best for the last. 

STATISTIC

Subjek paling menyeksakan hidup seorang pelajar Psikologi 😂

Ingat tak aku cakap Psikologi ni sejenis spesis Sains Sosial kan? Dan basically semua hujah dikira betul asalkan ada bukti? Masih ingat kajian kena buat? Contohnya aku buat kajian yang kata, lelaki lagi laju parking kereta daripada perempuan. Volunteer aku 50 lelaki, 50 perempuan. Aku test dorang suruh parking dan kira masa. Dah dapat result, Statistik yang akan tentukan sama ada betul ke tak result aku tu, lelaki lagi laju. Banyak lagi sebenarnya subjek Psikologi. Yang aku bagi ni cuma contoh sikit. Teaser. 

Orang yang tak kenal Psikologi biasanya terkejut dengan betapa luasnya bidang ni sentuh. 

Daripada pemikiran sendiri sampai ke masyarakat dan organisasi. 

Psikologi itu aaaaaaaaaamat luas!

Sebab itu orang tanya aku macam mana nak jadi Psikologis, benda pertama aku tanya balik,

“Jadi Psikologis jenis apa?”

Sebab terlalu luas bidang ni.

Tadi pun aku tertinggal subjek Mental Health. Takpe nanti aku buat thread khas pasal tu. Tengah popular kat Malaysia sekarang. Kesimpulannya, belajar Psikologi ni sangat menyeronokkan. Kita akan faham diri kita, diri orang lain. 

Dan kita jadi lagi cepat rasa empati dan faham kenapa seseorang tu macam tu.  Even aku susah nak marah seseorang sebab automatik macam faham kenapa dia buat macam tu. Tapi bukan sampai tahap boleh baca fikiran orang. Kita just jadi lebih memahami, itu je. 

Sama macam engineer tengok jambatan, dia faham kenapa besi bentuk macam tu, kenapa saiz gitu gini. Harapan aku, moga semakin ramai berminat bidang ni. 

#MisiMeramaikanPsikologis 

Itulah Thread yang ditulis oleh Aiman Psikologis di laman twitternya. Aku sebagai seorang graduan yang ambil dapat bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga sangat setuju dengan apa yang dikongsikan oleh Aiman tu. Apabila ambil bidang psikologi korang kena belajar semua subjek tersebut walaupun korang major dalam bidang psikologi kaunseling misalnya. Subjek tersebut adalah asas dalam psikologi yang semua pelajar psikologi harus tahu dan fahami. 

Baca sini :

15 comments:

  1. Bidang yang menarik sis. Good luck

    ReplyDelete
  2. great info on psychology ! actually, saya mohon juga course psychology ukm tapi belum rezeki (fail rayuan first phase).. nak mohon dekat u lain, mak tak bagi, katanya jauh TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pasti ada rezeki di tmpat yg lain.. 😊

      Delete
  3. Whoaaaa.........mengenali diri sendiri dan orang lain.......penting untuk mudah menyesuaikan diri di sesuatu tempat dan keadaan....kan

    ReplyDelete
  4. Dulu time blaja subjek statistik la paling lemah. Hehe. Jom join giveaway by marina :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statistik bagi sy mmg susah sbb sy lemah maths huhu..

      Delete
  5. Best la subjek psikologi Boleh kenal sifat org

    ReplyDelete
  6. aaaaaaa sy palingggg suka dgn forensic & criminology! idk why tapi bagi sy ni bestttt hahaha
    and yessss bidang psychology ni luas yg amattt. tapi yg xboleh blah asyik dpt soalan mcm ni je "psychology ni dapat baca fikiran org ke?" fuhhh hebatnya kos ni smpai dpt baca fkiran org HAHAHA lmao

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Tomodachi