Sakit Belakang Makin Teruk Sampai Terseliuh

Assalamualaikum
Bismillah

AMARAN : Post ini terlalu panjang dan membosankan. Boleh skip kalau tak nak baca sampai habis. 

Bermula Sakit Belakang

Aku kurang pasti bila bermulanya sakit belakang ini. Apa yang pasti aku mengalami sakit belakang pada tahun 2016 semasa aku berada di Tahun 2 semester 3, di Universiti Malaysia. Pada mulanya aku berasa lenguh pada bahagian bahu dan leher. Dalam fikiran aku mungkin disebabkan kurang rehat dan tidur. 

Aku ingat lagi setiap kali aku buat assignment, aku duduk di lantai dan laptop aku di atas meja. Dalam erti kata lain, aku tidak menggunakan meja belajar di ruang tamu. Masa ini aku menyewa di apartment bukan tinggal di hostel. So, aku memang kerap menghabiskan masa aku di dalam bilik sambil menonton anime, buat tugasan ataupun berblog dalam keadaan duduk tanpa kerusi (tidak bersandar).
Pada suatu hari tu, tengah malam tiba-tiba aku mengalami sakit belakang yang teruk. Setiap kali aku bergerak, berjalan, duduk atau baring aku rasa sakit sangat-sangat. Roommate aku temankan aku ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Malangnya, doktor hanya kata mungkin aku terlalu sibuk buat assigmnet, ataupun duduk terlalu lama. Jadi aku hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu belakang sahaja. 

Sejak itu aku sering mengalami sakit belakang. Setiap hari dan setiap saat. Selain makan ubat yang diberikan oleh doktor, aku terpaksa bawa tilam dari rumah ke rumah sewa aku. Selain itu, setiap kali buat tugasan aku mesti bersandar untuk kurangkan rasa sakit pada belakang. Malah roommate dan coursemate pula selalu urut-urutkan belakang aku setiap kali aku berasa sakit. 

Dah macam-macam ubat yang aku makan. Ubat sapu dah pelbagai jenis aku cuba and still sakit itu makin teruk. 4 kali pergi hospital, 2 kali pergi klinik tetapi doktor cakap aku hanya mengalami muscle pain saja. Sampaikan aku dibelikan yoko-yoko, ubat sapu, kuyuk dan macam-macam lagi untuk kurangkan sakit pada belakang. Kalau aku tak sapu ubat aku akan berasa tidak selesa dan sakit saja. 

Antara ubat sapu yang aku guna untuk melegakan sakit belakang. 





Nak duduk lama pun tak boleh, nak bergerak atau baring pun rasa sakit. Memang tidak selesalah. Terutama semasa exam. Memang menangis lah sebab tak tahan duduk di dewan exam. Paper yang 2 jam aku hanya jawab sejam saja. Aku mengalami sakit belakang ini pun hampir setahun dah. Bayangkanlah hari-hari terpaksa sapu ubat, makan ubat. 

Bukan itu sahaja aku kerap kali ponteng kuliah dan tutorial. Sampaikan ramai yang tanya kenapa aku selalu tak datang. Tetapi orang tak faham. Actually no one understand. Sebab sakit yang kau rasa orang tak nampak. Secara fizikal aku nampak sihat sahaja. Aku tahu aku banyak menyusahkan kawan-kawan aku masa itu tetapi kau sendiri tak boleh buat apa. Kalau jumpa doktor pun memang doktor tak dapat bagi MC. 

Rawatan Fisioterapi

Pada bulan September 2017, aku dapat kerja part-time di sebuah shopping mall sebagai promoter. Aku bekerja setiap hari sabtu dan ahad sahaja. Walaupun aku sibuk dengan study, tetapi sejujurnya aku memerlukan belanja yang lebih untuk keperluan harian dan bayar sewa rumah aku ketika itu. Aku sedar aku sakit belakang tetapi begitulah kehidupan di universiti. Harapkan PTPTN yang dibayar sekali untuk 6 bulan sebenarnya tidak pernah cukup. 
Pada hari ahad aku seperti biasa turun kerja pada setiap hujung minggu. Then, sebelah tengah hari aku betul-betul rasa sakit sangat sampai tak dapat berjalan. Aku terus jumpa bos untuk berhenti kerja hari itu juga. Esoknya aku paksakan diri pergi ke Hospital Queen Elizabeth II dan memohon kepada doktor untuk membuat X-Ray kepada aku. Mulanya memang dorang tak mahu. Tetapi aku paksa juga. 

Setelah membuat pemeriksaan X-Ray doktor refer aku kepada fisioterapi. 23 Oktober 2017 aku menjalankan rawatan fisioterapi. Bayangkan sakit belakang sampai aku tak dapat bergerak baru aku disuruh jalankan fisioterapi? 
6 bulan aku jalankan rawatan fisioterapi di Hospital Queen Elizabeth II. Aku berhenti fisioterapi pada 19 April 2018 sebab aku sibuk dengan latihan industri (internship). Dan aku masih belum sembuh. 

Berubat Secara Tradisional dan Perubatan Islam

Aku dah cuba rawatan secara tradisional dan ubat-ubatan kampung. Mungkin belum jumpa lagi ubat kampung yang sesuai. Manakala perubatan secara Islam pun aku sudah jalani. Dan kebanyakkan ustaz berkata mungkin ada masalah urat. Dan aku disarankan untuk pergi berurut. Ramai yang sarankan aku berurut. Bukan aku tak mahu tetapi nak cari tukang urut perempuan tu pun payah juga. Aku ada berurut di beberapa tempat tetapi nampaknya belum ada apa-apa perubahan lagi. 

Perubahan Yang Aku Terpaksa Terima

Sejak aku menghidap sakit belakang ini terus terang banyak perubahan yang terpaksa aku terima. Pertama sekali aku sedar bahawa pergerakkan aku semakin terbatas. Di rumah aku dah jarang dapat tolong mak aku buat kerja-kerja rumah. Paling senang kerja aku buat adalah menyapu dan cuci piring. Itu pun kadang-kadang.

Aku bersyukur kerana ALLAH kurniakan aku dengan adik-beradik yang ramai dan memahami. Walaupun aku tahu dorang masih muda umur 9 - 13 tahun tetapi aku dah awal-awal dedahkan mereka dengan kerja di rumah seperti cuci pakaian sendiri, lipat kain, jemur kain, tanak nasi dan memasak yang makanan yang simple dan mudah. 

Kalau dulu aku suka jalan-jalan. Sekarang aku dah semakin jarang keluar rumah untuk berjalan. Even naik turun tangga shopping mall aku jadi cepat penat. Kadang kala kaki aku jadi kebas dan sakit. Dulu boleh berjalan dari pagi sampai malam. Sekarang tak sampai setengah hari dah rasa nak balik. 

Kalau dulu setiap kali cuti aku selalu cari kerja secara part-time. Tetapi sekarang sejak graduate aku dah tak boleh bekerja seperti biasa. Kalaupun aku dapat kerja, aku hanya bertahan 1 - 2 hari sahaja. Oleh sebab itulah aku memilih untuk bekerja sepenuh masa sebagai blogger. 


Belakang Terseliuh

Baru-baru ini sakin belakang aku makin teruk sampai terseliuh. Aku sendiri pun tak perasan yang belakang aku terseliuh. Sampai tak boleh beza dah guys sebab sakit terseliuh dengan sakit belakang tu rasa macam sama je. Aku tahu pun sebab aku langsung tak boleh nak gerakkan leher, nak angkat tangan pun sakit. Malah nak baring pun seksa. 

Pertama sekali kalau mana-mana bahagian badan kita yang terseliuh. Jangan diurut. Dan inilah punca belakang aku makin sakit sebab aku minta urut. Mujurlah aku ada kongsi tips kalau terseliuh dalam blog sebelum ini. Alhamdulillah sangat membantu kurangkan sakit bahagian terseliuh. 


Walaupun rasa terseliuh dah semakin berkurang tetap kena buat pemeriksaan di hospital. Esok kena buat pemeriksaan di Unit Ortopedik pula. Hopefully everthing will be alright. 

Jangan Ambil Remeh Sakit Belakang

Aku cuma nak bagi nasihat kat korang jangan pernah ambil mudah sakit belakang. Jangan ingat kau masih muda kau sihat saja. Sakit belakang tidak kira umur. Aku cerita pengalaman, kesedihan, dan kesakitan aku ini bukan untuk menagih simpati. Cuma nak sedarkan korang semua bahawa sakit belakang ini ramai orang yang buat tak kisah.

Kalau kau takda sakit belakang, bersyukurlah sebab Allah kurniakan kau kesihatan yang baik. Aku tak minta pun korang jadi sakit macam aku. Cuma aku minta supaya korang faham orang yang menghadapi sakit yang sama macam aku. 

Orang buat tak kisah sebab yang mengalaminya pun secara luaran nampak sihat. Orang yang menghidap sakit belakang masih boleh ketawa, berjalan, berdiri dan duduk. Cuma yang orang tak tahu orang yang menghidap sakit belakang tidak dapat duduk lama, berdiri lama, berjalan lama. Malah nak buat aktiviti harian pun terbatas. Nak gelak pun boleh sakit pinggang kadang-kadang. 

Paling menyeksakan apabila senggugut. MasyaAllah boleh bayang tak senggugut yang memang orang perempuan sedia maklum sangatlah sakit ditambah dengan sakit belakang? Kenapalah kalau badan kau sado kalau penyakit dah datang. Hati batu pun boleh jadi tisu. 

Cegah Sebelum Terkena

Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :

Semasa baring


  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melengkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut.

Semasa berjalan


  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa.

Semasa duduk


  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang

Semasa berdiri


  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
  • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul

Tambahan


  • Lakukan senaman secara tetap
  • Menjaga berat badan
  • Kecergasan menyeluruh

Aku harap dengan entri ini sedikit sebanyak dapat beri kesedaran betapa pentingnya penjagaan tulang belakang dan kesihatan fizikal yang lain. Once dah sakit korang akan lebih hargai betapa nikmatnya kesihatan yang korang pernah ada sebelum ini tetapi tidak dijaga dengan baik. 

Please jangan jadi macam aku guys! Tiada yang bestnya apabila kita sakit. Inipun aku bersyukur sangat sekurang-kurangnya Allah masih bagi pinjam nikmat untuk bernafas. 

Kalau dah sakit apa yang korang dapat? Kerja tak dapat, pergerakkan jadi terbatas, banyak menyusahkan orang lain, semua benda jadi payah nak buat. Aku bukan mengeluh. Tetapi cuma ingatkan korang jagalah kesihatan. Bersyukurlah selalu.

Aku tahu apa yang jadi dengan aku pasti ada hikmahnya. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa aku.


7 comments:

  1. ammi faham sgt keadaan nurul sbb ammi pon memang ada masalah sakit belakang since i was 16. penah pergi fisio masa zaman sekolah. sekarang ni bertahan jelah. ada masa ok ada masa rasa nak lipat2kan aje badan ni

    ReplyDelete
  2. sakit belakang atau kak ana sendiri mengalami slip disc ni tak akan ada penghujungnya walaupun pelbagai rawatn telah di lalui, jangan silap sikit pasti terkena semula dan memang amat sakit, kak ana faham kerana kak ana alami nya sendiri hingga ke hari ini. Semoga Nurul sentiasa berhati-hati dan jaga pergerakan tubuh, kak ana doakan Nurul sentiasa di dalam lindungan Allah swt.. Aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh...sis faham perasaan tu. sis pula terkena tb tulang..memang sangat menyakitkan. sampai menangis, husband p marah pula dia cakap 'tu pun mau nangis' saya jawab, 'bang 7 org suda anak kita pernah ko nampak sya menangis masa beranak?' dari itu dia diam... so, doktor ortho cakap apa sakit? mau tau juga hehehe

    ReplyDelete
  4. Memang sedih doktor pun macam tak faham. Saya pernah terseliuh kaki dan tahun lepas pergi klinik paha sakit sangat. Dia cakap muscle pain sebab jarang bersenam. Saya macam nak marah je.

    ReplyDelete
  5. saya pernah sakit pinggang dulu lama juga sakit sampai tak boleh duduk lama-lama nasiblah adik kenal dengan sorang tukang urut ni, bila check dia cakap tulang belakang lari sikit lepas perbetul tu dah ok. sekarang ni memang selalu remind diri sendiri utk jaga postur badan dan mengelak angkat benda berat.

    ReplyDelete
  6. sebagai seorang yang ada slip disc dan pernah patah tulang belakang.. i really understand sakit tu macam mana. tho doc kata da okay tapi still effect tu ada. selain fisio.. boleh cuba chiropractic or acupuncture. dulu masa akak sek memang seminggu 4/5 kali acupunture. for me.. acupuncture lagi banyak membantu dari fisio (my personal experience)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Nuffnang

Tomodachi