Showing posts with label Pageviews. Show all posts
Showing posts with label Pageviews. Show all posts

Pageviews Blog Bulan Jun 2019 di Google Analytics | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Bulan Jun ini masih dalam mood beraya gitu. jadi blog pun kejap update kejap menghilang. Aku suka Bulan Jun sebab special birthday for us. My boyfriend & I lahir dalam bulan yang sama. Bulan ini juga aku berpeluang menduduki peperiksaan online untuk Pegawai Psikologi tetapi akhirnya gagal ujian tersebut. Belum rezeki lagi~

Pageviews Blog Bulan Jun 2019 di Google Analytics


Pada Bulan Jun aku banyak tulis tentang tips dan personal life maybe. Salah satunya ialah tips berkenaan Adsense dan tips percintaan. Secara keseluruhan aku telah publish 15 entri pada bulan ini. Akhirnya tercapai juga target nak post sekurang-kurangnya 15 entri. Antara entri yang menunjukkan views tertinggi pada bulan ini ialah Lirik Lagu Bersyukur Seadanya - Hael Husaini dengan views sebanyak 922 sahaja.

Unique Visitors : 13,989
Pageviews (Google Analytics) : 21,803
Bounce Rate : 83.76%


Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Pageviews Blog Bulan Mei 2019 di Google Analytics | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Pageviews Blog Bulan Mei 2019 di Google Analytics

Pada bulan Mei aku banyak menulis tentang infomasi seperti Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 (walaupun aku gagal temuduga tu hehe) dan Temuduga Psikologi Kaunseling di UMS. Entri pada bulan Mei adalah sebanyak 18 sahaja. Dan cara memohon jawatan dalam suruhanjaya perkhidmatan pelajaran (SPP) melalui Jobsmalaysia mempunyai views tertinggi sebanyak 2388 sahaja. 
Unique Visitors : 14,250
Pageviews (Google Analytics) : 25,042
Bounce Rate : 79.63%


Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Pageviews Blog Bulan April 2019 di Google Analytics | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Pageviews Blog Bulan April 2019 di Google Analytics 


Bulan April aku tak banyak post entri. Hanya 4 sahaja entri yang ditulis. Antara entri yang menunjukkan views tertinggi pada bulan ini ialah Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Pembantu Pengurusan Murid N19 Diterima dengan views sebanyak 2518 sahaja.

Unique Visitors : 13,174
Pageviews (Google Analytics) : 23,867
Bounce Rate : 75.75%

Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Pageviews Blog Bulan Mac 2019 di Google Analytics | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah


Pageviews Blog Bulan Mac 2019 di Google Analytics 

Bulan Mac ini walaupun entri tak banyak tetapi secara keseluruhan pageviews meningkat berbanding bulan Febuari. Ramai yang tanya macam mana aku dapat idea tulis entri blog banyak-banyak boleh baca 50 IDEAS FOR WRITER'S BLOCK Kalau masih tak tahu juga macam mana nak mula menulis boleh baca WHAT TO WRITE IN A JOURNAL OR BLOG? InsyaAllah tips ini sedikit sebanyak memberi gambaran dan idea kepada korang untuk menulis.

Unique Visitors : 15,922
Pageviews (Google Analytics) : 27,340
Bounce Rate : 75.74%

Bilangan Entri Mac 2019 Sii Nurul

Bulan Mac menunjukkan penurunan dalam bilangan entri. Aku hanya menulis sebanyak 6 entri sahaja. Antara entri yang menunjukkan bilangan views yang tertinggi pada bulan ini ialah Cara Edit Gambar Polaroid Menggunakan CANVA (step by step) dengan views sebanyak 1038 sahaja.



Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Road To 500k Pageviews Achieved!

Assalamualaikum
Bismillah

Finally after 2 months Road To 500k Pageviews Achieved! It's been so hard for me to write 15 entries at least per month consistently. Bukan mahu kejar trafik tetapi memang banyak free time mahu menulis. 


I also write a lot of articles but it's quite difficult for me to choose what to publish since I want to write a very good article for my readers. In the end those entries just kept silent in the draft. Beberapa hari ini aku banyak menulis dan berkongsi sebab tak lama lagi dah nak cashout google adsense kot. hahaha~ Jadi dia punya semangat menulis tu agak luar daripada biasa. 

Ini adalah salah satu entri yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan pageviews : 


Apapun terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua :D

Pageviews Blog Bulan Februari 2019 di Google Analytics | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah



Pageviews Blog Bulan Februari 2019 di Google Analytics

Jika dibandingkan dengan bulan Januari, prestasi blog bulan Februari menunjukkan penurunan dari segi pageviews dan bounce rate. Walaupun bilangan entri lebih banyak tetapi belum tentu pageviews meningkat. Mungkin entri yang ditulis tidaklah menarik minat pembaca. 

Unique Visitors : 9,905
Pageviews (Google Analytics) : 17,637
Bounce Rate : 73.36%
Bilangan Entri Feb 2019 Sii Nurul

Pada bulan Febuari aku tidak banyak menulis. At least okay sikit berbanding bulan lalu hanya 1 entri sahaja. Entri yang menunjukkan views yang tinggi pada bulan ini ialah, Pengalaman Kerja di Taska. Mungkin ada segelintir pembaca yang tertarik macam mana cara bekerja di Taska. 


Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Pageviews Blog Bulan Januari 2019 di Google Analytics | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah


Sebelum ini aku selalu update prestasi blog dengan tajuk "Top 5 Entry". This is the beginning of the years, so kita mulakan dengan cara baru pula. Susah nak senaraikan top entry sebab kadang mood menulis blog pun turun naik. 

Jom ikuti perkembangan Blog Sii Nurul~


Pageviews Blog Bulan Januari 2019 di Google Analytics


Unique Visitor pada bulan ini meningkat sedikit berbanding disember tahun lalu. Aku juga suka buat perbandingkan prestasi blog aku pada bulan Januari 2019 dengan tahun ini. Nampak peningkatan yang sangat ketara. Kalau dulu pageviews sendu saja. Setiap bulan 1k ~ 2k sahaja. Alhamdulilah sekarang ini dah boleh capai 20k~ sebulan. 

Unique Visitors : 9,119
Pageviews (Google Analytics) : 20,610
Bounce Rate : 40.5%
Bilangan Entri Jan 2019 Sii Nurul

Hahaha~ sedihnya. Mungkin sebab masih awal tahun kot. Bilangan entri hanya 1 sahaja. Itupun dapat 418 views sahaja. 

Terima kasih banyak yang masih setia membaca blog ini. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Road To 400k Pageviews Achieved!

Assalamualaikum
Bismillah

Pada Bulan Julai tahun 2018 blog ini telah mencapai 300k. Baca kat SINI. After 10 months, Road To 400k Pageviews Achieved! Tahniah diucapkan kepada diri sendiri kerana masih konsisten untuk berkongsi di blog. 


Antara artikel yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan pageviews ialah :
Terima kasih juga kepada rakan bloggers yang lain kerana sentiasa bagi kata-kata semangat dan nasihat untuk memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa :D


Road To 300k Pageviews Achieved!

Assalamualaikum
Bismillah

Pada Bulan November 2017, blog ini telah mencapai 200k pageviews selama  setahun aku mula aktif berblogging. Dalam masa lebih 8 bulan akhirnya blog ini mencapai 300k pageviews. Bagi aku satu peningkatan yang baik sepanjang berblog. 


Banyak pengalaman dan info yang telah dikongsi dan aku berharap agar apa yang dikongsi itu bukan sekadar dibaca tetapi memberi manfaat kepada semua pembaca. Sepanjang mengaktifkan diri dalam dunia blog ini, banyak ilmu tentang blogging aku peroleh daripada blogger yang lain. Aku belajar tentang tutorial, cara menulis artikel, berkongsi pendapat, join segmen & giveaway malah dapat kenalan yang begitu baik dan peramah daripada pelbagai latar belakang. 

Sebenarnya blog ini tidaklah sebaik blog yang lain sebab terlalu banyak kekurangan lagi yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa khususnya kandungan entry blog. Oleh sebab itulah aku sentiasa perbaiki tulisan entry-entry lama. Kadang-kala aku teringin juga mahu fokuskan kepada satu niche sahaja. But, I think personal blog is suit me better. 

Kalau ada yang nak tahu macam mana nak tingkatkan jumlah pageviews, boleh rujuk tips daripada bloggers kat bawah. Aku banyak apply tips daripada mereka. Alhamdulillah banyak membantu.


Sebenarnya ada ramai lagi nama-nama bloggers yang tidak tersenarai. Kalau nak bagi satu-satu memang susahlah hehe. Lagi satu, tulislah entry sebanyak mana yang korang mahu. InsyaAllah pasti akan ada 1 atau 2 entry yang menjadi carian google. Alhamdulillah setakat ini, entry yang banyak menyumbang kepada pegeviews blog ini adalah :

1. SEMAK STATUS KAD SISWA (KADS1M) - 82423 views

2. KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M) KENA DAFTAR 2 KALI? - 20836 views

3. Resepi Telur Rebus Masak Sos - 6844 views

4. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks - 1525 views



Terima kasih semua :)

Pageviews Blog Jatuh Mendadak

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah setelah 2 minggu berhempas-pulas dengan final exam, akhirnya aku dah boleh menulis blog tanpa gangguan. Walaupun aku sebenarnya takda idea pun nak tulis apa. Hahaha~ 

Pageviews blog Bulan Jun (1 - 9 Jun)

Aku ada pertanyaan untuk diajukan kepada para blogger sekalian. Seperti yang tertera pada tajuk entry, selepas aku membuat keputusan untuk menukar template blog. Beberapa hari selepas itu, pageviews blog jatuh mendadak. Huhu.

Adakah penurunan pageviews ini disebabkan oleh template yang kurang sesuai?

Patutkah aku tukar template blog lain? Ataupun aku tunggu sahaja sehingga pageviews kembali seperti biasa? 

Pageviews setiap entry taklah banyak mana pun, tetapi tidak pernah pula aku dapat views sehari cuma 10-20 views. Jadi aku rasa mungkin ada masalah lain. Lagipun aku tengok komen lagi banyak daripada views hahaha jadi macam pelik pula. Ke aku saja yang rasa pelik?

Kalau aku cuba buat perbandingan daripada Bulan Mac sehingga Mei 

pageviews Bulan Mac (1 - 9 Mac 2018)

pageviews Bulan April (1 - 9 Mac 2018)

pageviews Bulan Mei (1 - 9 Mac 2018)


Nampak sangat perbezaan yang ketara kan? hahaha ~ Aku tulis entry pun macam biasa juga. Blog nie pun taklah lama sangat ditinggalkan. Kalau aku tak update pun kadang kala aku blogwalking juga blog yang lain. Aku menulis bukanlah semata-mata nak pageviews tinggi. Tetapi bagi seorang blogger rasanya pageviews tu penting. 

Kalau korang ada tips atau pandangan berkenaan perkara ini jangan lupa komen sikit ya.