Wednesday, 28 September 2016

Resepi : Homemade Dorayaki

Bismillah
Assalamualaikum






Bahan-bahan
3 biji telur
1/2 cwn gula caster
1 sdb madu
2 sdb susu pekat
2 sdb minyak masak
2 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder
1 penutup esen vanila
3/4 cwn air

Cara Membuatnya
  • Putar telur bersama gula menggunakan mixer sampai kembang..
  • Masukkan esen vanila, madu,susu pekat dan minyak masak ...
  • Putar sampai sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit , gaul rata, masukkan air dan kacau sebati.
  • Panaskan kuali non stik, sendukkan adunan dan tuang perlahan-lahan dalam kuali, agak-agak dah naik lubang-lubang angin tu terbalikkan dan angkat dalam bekas 
  • Kemudian bubuh inti guna jem coklat, atau jem kacang .


Selamat Mencuba..

Aku Rasa Mahu Berhenti...

Bismillah
Assalamualaikum


Semalam.. apabila aku lepaskan apa yang terbuku dihati dengan my beloved yang aku mahu berhenti BELAJAR. Then, he really mad at me. Hmmm, kenapa tiba-tiba rasa mahu berhenti nie Nurul? What happen to your ambitions, your dreams? Sekarang dah masuk tahun ke 2. Ada 1 tahun 6 bulan lagi untuk kau bertahan. Tak minat dah mahu belajar kahr? 

Its not like i don't like to study. Cuma aku rasa less motivated these few days. I try to find inspirations, motivations, and support BUT it's just like ... EMPTY inside my head, my soul, my body.

I cried last night!

Aku rasa seperti hilang arah. Ada mata tapi tidak dapat melihat. Ada telinga tapi tidak jelas pendengaran. Aku cuba untuk kumpul kekuatan bangun dan meluah kepada yang Maha Esa.

"Di mana silapnya aku sehingga aku merasakan perasaan seperti ini?"

Terasa beban dalam hati ini Masya'Allah. MELETOP!

Aku menangis semahu-mahunya.. tanpa kata. Aku tak berkata, aku tak meminta. Aku hanya menangis dihadapan-Nya. 

"Ya ALLAH, aku tak mampu menanggung rasa ini tanpa kekuatan daripada-Mu."

Aku kumpul kekuatan semula.
AKU JATUH! TETAPI BANGUN KERANA ALLAH :)


 

Sii Nurul Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang