Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat

11
Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian, hari ini aku amat berbesar hati untuk share dengan korang Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat. Mudah kerana memerlukan bahan yang sedikit sahaja dan boleh di dapati di pasaraya Giant. Dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Dalam 10 - 15 minit sahaja.

Thanks to my lovely housemate, Priya (Indian) yang ajar aku masakan ini. Seriously, aku nie tak pandai masak sangat. I'm feeling blessed has housemate like her! So sweeeeet! haha~~ Baiklah, seperti yang ditunjukkan dalam gambar,




Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk besar nasi yang telah siap dimasak
  • 2 ulas sayur kacang panjang (siap dipotong)
  • 1 batang lobak (siap dipotong ikut suka hati)
  • 2 ulas bawang merah & bawang putih
  • Kicap manis
  • Serbuk kunyit Baba's
  • Serbuk Cili Baba's
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

Cara memasak :

1. Panaskan kuali serta minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan sayur kacang panjang dan lobak. Kacau hingga masak.

3. Masukkan nasi putih yang telah dimasak. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan serbuk kunyit & cili Baba's dan gaul rata sehingga nasi kekuningan.

5. Masukkan garam secukup rasa dan kicap manis. Gaul hingga sebati.

6. Matikan api dan Siap untuk di hidang!


Selain daripada lobak dan sayur kacang. Korang boleh gantikan dengan bahan yang korang suka seperti telur dan isi ayam. Ikut suka korang hehe~ Kalau ada yang korang nak tambah atau perbaiki dalam masakan ini, boleh share kat komen ya~


Tags

Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. eh nampak sedaplah nasi goreng nurul ni...nak cuba lah jap lagi

    BalasPadam
  2. Cepat dimasak sedap dimakan gitu 😊

    BalasPadam
  3. Salam singgah lagi :)

    Anda dijemput join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    BalasPadam
  4. lama kaka nda buat nasi goreng, kbyknnya goreng mee kalo buat sarapan =D nyum nyum myelerakan menu ni nurul =D

    BalasPadam
  5. Nasi goreng .. sedapnyaa . Menu simple2 ni boleh masak time bfast

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !