Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Hai kalian. Dah nak hujung bulan ni, jangan lupa bayar bil air dan elektrik rumah. Jangan biarkan bil-bil tersebut tertunggak berbulan-bulan nanti diri sendiri yang penat membayar tau. Kadang-kadang dalam kesibukan kita bekerja, kita lupa nak bayar bil. Nak bayar di kaunter pembayaran pula, kena berbaris dan menunggu giliran.



Panas, sesak, ramai orang lagi, buang masa, tenaga dan minyak kereta ulang-alik bayar bil. Tetapi dengan kemudahan teknologi moden sekarang, dah ramai yang bayar bil secara online kerana ianya lebih mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari. 

Baiklah, di sini aku ingin berkongsi Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks. Ikuti langkah yang berikut ya~


Langkah 1: Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul


Langkah 2: Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay Bills"


Langkah 3: Untuk pembayaran bil elektrik taip SESB untuk SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Maukkan no akaun bil yang tertera pada bil. 

(Maaf yg nie bil bulan lepas, korang hanya rujuk KOD STESEN  & NO AKAUN sahaja)

Langkah 4: Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, diikuti dengan nombor AKAUN. Contoh : 310110196905. Masukkan amaun yang ingin dibayar.


Langkah 5: Pastikan nama bil tersebut adalah betul iaitu merujuk kepada "Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB)" serta nombor akaun untuk bil juga tepat. Klik "Make Payment" untuk confirm pembayaran.


DONE! Pembayaran Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks telah berjaya. 

Alhamdulillah, aku sekarang memang bayar bil elektrik secara online ja. Hopefully post ini sedikit sebanyak membantu korang. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita. :)



14 comments:

  1. liez pun byr bill utiliti atau yg mana boleh buat online.mudah dan semua dekat hujung jari. tak perlu kluar rumah atau beratur panjang

    ReplyDelete
  2. ..nurul..murah juga kmu punya bil letrik kan. Dlm rumah ada guna petisejuk 2 pintu? Berapa org stay rumah? Dan kamu guna barang elektrik mcmna? Hihi..sory byk tanya. Coz sy baru start sewa rumah.no idea utk bill letrik nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha it's okay.. d rumah kami guna peti sejuk 1 pintu ja, kami ada 7 orang yg stay dlm rumah. Dr segi penggunaan barangan elektrik kami ada hair dryer, cerek elektrik, rice cooker, mesin basuh, iron.. selain itu kami juga kerap guna laptop dan cas hp.. setakat ini bil kami yg paling tinggi dalam RM50-70 setiap bulan..

      Delete
  3. Tq share info.. sbb skrg dh kena guna aplikasi.. sbelum ni tak pon.. nasib baik ada yg sudi beri tunjuk ajar.. 😁

    ReplyDelete
  4. Very helpful. Thank you!

    ReplyDelete
  5. Thank you so much for your help! First time nk bayar bil elektrik di sabah. I searched for JomPay symbol at the bill, tp xjumpa. Luckily I found your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome.. Alhamdulillah, sy happy dapat m'bantu..

      Delete
  6. Kalai dah bayar tu kan, bapa hari masa untuk dia tolak dalam sistem sesb tu eh? Sbb saya dah bayar tp taktolak lagi kat bill sesb tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kamu bayar bil 3 hari sblum bil elektrik keluar.. Don't worry, biarpun bil baru belum d'tolak.. Nti lepas kamu bayar bil yg baru nie automatik dorg akan tolak pembayaran yg kamu dah bayar.. Dorg cuma belum update saja.. Sy suggest kalau bayar 3-5 hari awal..

      Delete
  7. Bulika pakai credit card? Tu apa mcm ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.