Cara Nak Tambah Nilai (Topup) Melalui Aplikasi Boost Dengan Mudah & Cepat.

Assalamualaikum
Bismillah

Hai haii~ hehe seperti yang telah dijanjikan dalam entry sebelum ni Cara Tambah Boost Wallet ke Dalam Aplikasi Boost. Kali ini aku amat berbesar hati untuk berkongsi Cara Nak Tambah Nilai (Topup) Melalui Aplikasi Boost Dengan Mudah & Cepat. 


Apa itu Boost?

Boost adalah aplikasi 'mobile wallet' yang merevolusikan bagaimana anda melakukan transaksi dalam dunia digital yang semakin pesat membangun. Dengan menggabungkan gaya hidup dan teknologi canggih. Boost menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan memberikan ganjaran pada pengguna.

Dengan Boost, anda boleh membuat pembayaran kepada penjual yang mengambil bahagian hanya menggunakan telefon bimbit anda tanpa menggunakan bayaran tunai. Anda juga boleh membuat tambah nilai kredit prabayar, membayar bil dan membeli pelbagai pilihan baucer digital dengan tawaran hebat menerusi Digital Shop kami.



Sumber : Boost

Ayat paling mudah Aplikasi Boost (MyBoostApp) ini adalah aplikasi yang mana membantu korang untuk tambah nilai kredit (Topup) dengan sangat mudah serta menjimatkan masa melalui smartphone korang!

Baca sini untuk Muat Turun Aplikasi Boost & Dapatkan RM8 Secara Percuma

Baiklah, tanpa melengahkan masa dan tenaga. Di sini aku dah screenshotkan Cara Nak Tambah Nilai (Topup) Melalui Aplikasi Boost Dengan Mudah & Cepat. 

Step 1


Korang pergi ke laman profile untuk lihat wallet balance. Seperti yang ada dalam gambar, wallet balance aku ada sebanyak RM18 sebelum menambah nilai topup.

Step 2

Langkah 2 korang pergi ke laman prepaid dan pilih topup yang korang nak. Dalam aplikasi boost ada topup RM5, RM10, RM30, RM50 dan RM100. Pilih ja mana yang korang nak.



Step 3


Once dah topup, automatik balance korang akan ditolak. Boleh nampak juga dalam gambar RM5 telah ditolak untuk Topup mobile credit.

Step 4

Step yang seterusnya, Klik "Shake Reward" untuk dapatkan reward korang. Setiap kali pembelian topup dilakukan korang akan dapat ganjaran daripada 10sen sehingga RM5.

Step 5


Jangan lupa shake it up! 

Step 6



Mudah sahaja. Sebenarnya Aplikasi boost ini ada pelbagai lagi jenis perkhidmatan dan produk di dalam Boost seperti Pembayaran bil pascabayar Celcom, Baucer Fahion Valet, Zalora, Chicken Rice Shop dan lain-lain. 

Setakat ini aku hanya menggunakan aplikasi boost untuk pembelian topup sahaja. Haha~

Sesiapa yang berminat boleh SIGN UP di Google Playstore sekarang. Jangan lupa masukkan (INVITE CODE nurb4kq) 



6 comments:

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.