Assalamualaikum
Bismillah

Terdapat 21 jenis pewangi FLUER pelbagai aroma yang memukau mampu memberi ketenangan kepada para pengguna FLUER. Packaging yang comel, bersaiz kecil dan ringan sesuai digantung di mana-mana sahaja.


Apa yang menjadikan pewangi FLUER ini mempunyai keunikan tersendiri daripada pewangi kereta yang lain adalah kerana kotak pembungkusan yang direka bersama dengan wangian yang mana boleh terus digantung tanpa perlu mengeluarkan botol daripada kotak Fleur yang disediakan. Fluer sangat sesuai digunakan di dalam kereta dan rumah kerana baunya yang wangi harum semerbak dan tahan lama. 






Cara untuk menggunakan adalah dengan buka penutup minyak wangi, terbalikkan sekejap agar pati meresap ke penutup gabus kemuadian masukkan kembali ke dalam kotak dan gantung. 

Kotak pembungkusan wangian juga sentiasa berubah mengikut musim untuk menampakkan keunikan produk tersebut. Sebagai contoh, pada Hari Raya Aidilfitri, kotak FLUER direka sesuai dengan sambutan tersebut dimana kotaknya berbentuk masjid ataupun ketupat. Sempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut tidak lama lagi, nantikan keunikan kotak yang direka khas. 

CEPAT dapatkan FLEUR❗

✿ 100% pati yang diimport daripada FRANCE.
✿ packaging SUPER CUTE!!!
✿ FREE METHANOL
✿Tahan sehingga 45 HARI!!
✿ JIMAT!!!RM12 Ja!!
✿ Prevent ALLERGY
========❤❤=========

Whatsapp untuk info lanjut atau berminat mahu BOOKING :

#FLEUR
#BORNEOLEGACY

Assalamualaikum
Bismillah

Apa khabar pembaca sekalian, aku nak kongsi something berkenaan dengan Pewangi Kereta FLUER yang semakin mendapat tempat di hati pembeli. Siapa yang sensitif bab bau? Macam aku sendiri memang sensitif tentang bau wangi atau busuk. 

Apatah lagi yang ada masalah bau busuk dalam kereta. Terutama yang ada ramai anak lagi memang tidak dapat dielakkan. Macam-macam harta karun yang ditinggalkan di dalam kereta sehingga mengundang bau yang kurang menyenangkan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa wangian itu memberi satu terapi yang baik untuk otak dan minda. Oleh sebab itu, apabila ada bau yang kurang menyenangkan, secara automatik kita akan memberi respon dan mimik muka yang lain macam. 

Apa keistimewaan Pewangi FLUER ini?
🍄100% pati original yg di import dari france
🍄tanpa methanol
🍄tanpa bahan campuran lain
🍄anggaran tahan selama 45 hari.
🍄dan yang paling penting selamat digunakan seisi keluarga.
🍄boleh digunakan dimana2 sahaja seperti di dalam kereta, rumah/office, ruang tamu/makan, tandas, almari baju/kasut,dan locker/drower/store

Terdapat 21 jenis wangian FLUER

Apa Yang BEST SANGAT?
🍄harga murah hanya RM12 sekotak/seunit
🍄sangat-sangat wangi. 
🍄anggaran bertahan selama 45 hari
🍄Packing & Botol yang menarik.
🍄Bole dijadikan Gift & DoorGift



Whatsapp untuk info lanjut atau berminat mahu BOOKING :

#FLEUR
#BORNEOLEGACY
#MANAMANAPUNWANGI
Assalamualaikum
Bismillah

Apa khabar sahabat bloggers. Hari ini aku nak share tentang ranking alexa blog pada Bulan Ogos punya. Aku nak update blog sebenarnya supaya nampak blog ini aktif biarpun dah jarang dapat luangkan masa dengan blog. haha~

Kepada yang masih tak tahu tentang ranking blog korang, boleh klik https://www.alexa.com/siteinfo untuk semak ranking alexa korang. Baiklah, seperti yang korang lihat, nampaknya blog ini ada sedikit peningkatan daripada bulan lepas. 

Secara global ranking blog ini di tangga yang ke 5, 638, 915 

Ranking di Malaysia pula berada di tangga ke 61, 310


Assalamualaikum
Bismillah

Salam Ogos. Apa khabar sahabat bloggers sekalian? Semoga kalian dalam perlindungan ALLAH SWT. Maafkan aku kerana tidak berkesempatan untuk membalas komen dan blogwalking. Insya'Allah akan dibalas semua kunjungan korang. Cuma buat masa sekarang masa tidak mengizinkan. 

Seperti bulan sebelumnya, mari kita lihat bagaimana prestasi blog ini pada Bulan Julai. Top 5 Entry Pada Bulan Julai 2018 dan Top 10 Commentators yang tersenarai akan dimasukkan dalam bloglists Bulan Ogos. 


1. DIY Gambar Polaroid (704 views)
2. Muat Turun Aplikasi Boost & Dapatkan RM8 Secara Percuma (1112 views)
3. Lirik Lagu Jodohku by Khai Bahar (221 views)
4. Resepi Kek Pisang (645 views)
5. Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi? (480 views)

Bilangan entry yang ditulis pada Bulan Julai adalah sebanyak 11 entry sahaja. Untuk Bulan lepas nampaknya tidak mencapai target untuk update blog 15 entry per month. Insya'Allah untuk bulan ini aku cuba untuk update lebih banyak lagi.

Manakala untuk pageviews amat mengejutkan kerana mendadak naik adalah sebanyak 3 835 pageviews. Bounce Rate pula adalah 12.00%. I don't know am I supposed to be happy or not. Haha~ Aku cuma risau ianya adalah spam semata-mata dan akan memberi impak buruk kepada blog ini. Harap-harap tidaklah.

Setakat ini apa yang aku perhatikan sejak awal Bulan Januari, blog ini telah mencapai 1k ~ 2k sebulan. Cuma pada Bulan Julai paling tinggi pelawat yang datang sehingga mencecah 3k dalam masa sebulan. Bagi aku suatu peningkatan yang baik. 

A token of appreciations for those who read my blog and blogwalking here. Semoga apa yang ditulis memberi manfaat kepada pembaca. Semoga apa yang dikongsikan menjadi bekalan buat diri sekiranya suatu hari nanti aku telah tiada. 


Terima kasih semua. Kalau ada salah dan silap sepanjang aku mula berblog jangan rasa segan untuk menegur. Insya'Allah aku akan terima dengan berlapang dada segala teguran dan silap. Sesungguhnya, aku hanya insan biasa yang terlalu banyak kelemahan. 

Apa yang dikongsi tidak semestinya betul. Apapun tidak salah juga untuk kita memberi pandangan dan komen yang membina sesama kita. Semoga kita semua menjadi insan dan blogger yang berjaya di dunia dan akhirat. 



Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, hari ini baru terasa macam mau berblog. Haha. Sebenarnya aku agak sibuk sikit untuk beberapa bulan ini sebab nak lebih fokus dengan kajian kes untuk internship dan juga Bahasa Jepun Tahap 3 aku.


Tak mau tulis panjang sangat, so ini post paling ringkas punya. Sebelum ini kononnya mau update alexa rank setiap bulan hahaha~ Tapi mungkin lepas nie tidak kot. Hehe~ Klik https://www.alexa.com/siteinfo untuk semak ranking alexa korang. 

Secara global ranking blog ini di tangga yang ke 6, 670, 945 

Ranking di Malaysia pula berada di tangga ke 97, 914