Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi selama 24 tahun dan semoga diberikan keberkatan umur selama masih hidup. It’s another year, and it’s another birthday for me. There is nothing very special on this day as I don’t fancy birthday celebrations, gifts or surprises. 

I'm a little bit sad actually. Time flies. I’m getting old...24 is not a young age anymore. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul terutama sekali apabila aku merupakan kakak sulung. Semakin meningkat umur, semakin banyak perkara yang difikirkan. 

I found a letter which the title is "Open This When You Are 24 Years Old" that I wrote when I was in High School. 

Nota itu lebih kurang macam ini, "Apa yang aku ingin jadi pada umur 24 Tahun?"

1. Kerja dan bantu keluarga

2. Berkahwin 

Then I was asking myself, "Are you working on your dreams today?". Apabila lihat diri sendiri sekarang, aku belum bekerja dan kahwin pun belum sampai masanya lagi. Begitulah perancangan manusia. Kita hanya mampu cipta impian tetapi tidak semestinya impian itu jadi kenyataan. 

Don’t get me wrong – I’m doing really well and I’m happy with my life, but I can’t help but feel that Child-Me would be disappointed.


Alhamdulillah. 

Aku masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri, menghargai orang-orang disekeliling, berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
Assalamualaikum
Bismillah

Setiap pasangan bercinta mesti pernah mengalami situasi ini. Pergaduhan terjadi mungkin disebabkan oleh salah faham antara pasangan, terlepas cakap sebab terlampau marah, ungkit-mengungkit kisah dulu-dulu. Paling parah bergaduh lepas tu masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing pertahankan ego sendiri. 


Masa bergaduh tu semua benda kita cakap sampai tak ingat dunia. Lepas tu apabila marah dah reda barulah ada perasaan menyesal. Mungkin ada juga pasangan yang tidak ambil kisah pun. Dalam perhubungan, bergaduh itu merupakan perkara biasa. Lidahkan tergigit apatah lagi pasangan yang serasi bersama. 

Apabila bergaduh, siapa yang merendahkan ego untuk memujuk pasangan? Wanita atau lelaki? Apapun ada baiknya jika salah seorang mengalah untuk meredakan hubungan. Itupun kalau nak hubungan berkekalan.

Jadi kalau kekasih anda tengah merajuk macam mana mahu pujuk? Ada tips tak?

1. Rendahkan ego dan minta maaf
Adalah lebih baik sekiranya salah seorang daripada pasangan cuba untuk rendahkan ego dan minta maaf walaupun mungkin kita tidak bersalah. Kalau setakat gaduh benda remeh temeh tu mengalah saja lah.

2. Suarakan apa yang tidak puas hati
Biasanya jenis yang macam ini. Apa yang aku tidak puas hati tu akan akan cakap dan meluah habis. Lepas tu baru minta maaf. Hahahaha~

3. Cuba selesaikan segera dan jangan biarkan berpanjangan
Kalau boleh usahakan untuk selesaikan masalah dengan pasangan baik-baik apatah lagi apabila masalah melibatkan orang ketiga atau orang lain.

4. Ungkapkan kata-kata “sayang”
Pujuk pasangan dengan mengungkapkan bahawa anda betul-betul sayangkan dia dan tidak mahu terus-terus bergaduh. 

5.Bersikap jujur dan berterus-terang
Ada kalanya pergaduhan terjadi kerana pasangan tidak berterus terang. Sekiranya adalah masalah cuba untuk bersikap jujur walaupun terpaksa sakitkan hati pasangan. 

6. Berikan kejutan atau bawa ke tempat yang disukai
Ada pasangan yang rasa dihargai apabila diberikan kejutan ataupun dibawa ke tempat yang disukai. 

7. Diam dan refleksi diri
Ada pasangan yang jenis tidak pandai memujuk, oleh itu dia lebih suka berdiam diri dan biarkan kemarahan itu reda sendiri. Setelah marah itu reda, pasangan itu akan kembali berbaik semula. 

Itu sahaja tips. Tidak semestinya semua tips di atas boleh digunakan kepada pasangan anda. Siapalah aku nak suka-suka bagi nasihat pasal perhubungan ni kan? haha~ 

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Ratu by Faizal Tahir

Mungkin tiba sudah masa
Untukku bicara
Mungkin tiba sudah waktu
Untuk kamu tahu

Lama sudah kusembunyi
Kusimpan sendiri
Kuharap kau memahami
Bila kau ketahui

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selain mu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Hanya kamu
Jadi ratu hidupku

What if I.....Had never met you
What if I....

What if I.....Had never met you
What if I....

Sungguh tak aku sedari
Waktu yang berlalu
Berlalu pergi denganmu
Tinggalkan diriku

Ku akui sesungguhnya
Aku telah jatuh
Dan tak pernah kurasai
Sakitnya begini

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selain mu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Hanya kamu
Jadi ratu hidupku

I am too hurt...to fall in love again
I am too hurt...to fall in love again

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selain mu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Hanya kamu
Jadi ratu hidupku

I am too hurt...to fall in love again
I am too hurt...to fall in love again





Assalamualaikum
Bismillah

Pada awal bulan Jun, aku mendapat "WARNING" daripada Google Adsense seperti ini, "Earnings at risk - One or more of your sites does not have an ads.txt file. Fix this now to avoid severe impact to your revenue." 

Apa yang aku faham, apabila kita tidak selesaikan masalah tersebut secepat mungkin akan menyebabkan iklan dalam blog kita tidak dipaparkan. Bagi blogger yang mempunyai masalah yang sama seperti aku, jangan risau, korang hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah.





1. Buka Akaun Google Adsense korang. Klik "Account". 

2. Seterusnya pergi ke "Account Infomation". 

3. Copy ID korang. Contohnya  [pub-1234567889XXXXXX]


4. Seterusnya, LOG IN BLOG korang. Pergi ke "Setting" dan Klik "Search Preferences".

5. Kemudian skrol ke bawah dan pilih " Monetization". Klik "Custom ads.txt", kemudian aktifkan custom ads.txt content dengan cara menekan/memilih YES.

6. Lalu edit custom ads.txt content dengan cara seperti ini : 
google.com, pub0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0 
Kemudian ganti pub-0000000000000000 dengan KOD ID GOOGLE ADSENSE korang. 

7. Setelah itu, Klik butang "Save Changes"

8. Untuk melihat samada ads.txt korang aktif atau tidak, korang boleh lihat status, 

Contohnya :  http://ciknurul23.blogspot.my/ads.txt (tukar url blog dengan URL Blog korang)

Pastikan ia jadi seperti gambar di bawah. 


Note : Jika file ads.txt muncul,maka masalah Earning at risk sudah selesai, kemudian buka kembali dasboard google adsense kamu, lalu lihat adakah Earning at risk masih muncul atau tidak, jika masih muncul ,tunggu beberapa saat, atau 24 jam mungkin pihak google adsense akan memproses file ads.txt blog kamu.
Alhamdulillah, setelah lebih dari seminggu masalah "Earnings at risk" Google Adsense pun dah selesai. Semoga info ini bermanfaat buat para blogger yang lain. 



Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, hari ini mari kita belajar masak-masak. Terutama kepada anak perempuan bujang macam aku ni. Resepi ini aku dapat dari Group Facebook. Resepi sepenuhnya daripada Acik Siti~


Bahan-Bahan
๐Ÿ—Beras 3 pot, sukat air ikut korang biasa masak... Kalau guna beras basmathi 1 cawan beras, 2 cawan air. tak payah rendam. Tak kuasa... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
๐Ÿ—Ayam dalam 1 ekor, potong 4 atau potong ikut suka dan bersihkan. 
๐Ÿ—Serai ketuk, halia hiris, bawang putih ketuk. 
๐Ÿ—Kiub ayam dan garam.


Cara Memasak
๐Ÿ—Gunakan rice cooker je, masuk beras dulu dan air mengikut sukatan beras, jangan lebihkan air, nanti nasi ayam korang lembik aku tak tau.... Pastu susunlah bahan-bahan lain... Pastu jangan lupa ketik... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


๐Ÿ—Bila nasi dan ayam dah masak, keluarkan ayam lumurkan dengan kicap manis, sos tiram dan gula sikit. Nak pakai madu pun boleh... 
๐Ÿ—Terus masak atas kuali tanpa minyak... Tutup kuali bagi cepat sikit masaknya... Nak bagi resepi sihat sikit.. Tak payah minyak..


๐Ÿ—Tu kejadian lepas kena masak... Potonglah kecil-kecil.. Kalau suka gigit besar-besar gitu silakan... ๐Ÿ˜


๐Ÿ—Sos kicap, kat kuali tadi ada kicap bekas masak ayam tadi kan??? Korang letak air sikit bagi mendidih. Siap. 
๐Ÿ—Sos cili, ala senang pakai sos cili thai campur sos cili biasa. Siap... 


Kata Acik Siti, Masak jangan pening2... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Hehe~ Semoga bermanfaat. Saja share kat blog untuk rujukan diri sendiri. 


Kredit resepi & gambar : Acik Siti 




Assalamualaikum
Bismillah

Buat pertama kalinya aku ingin menulis tentang REVIEW BLOG. Blog bertuah hari ini yang dipilih ialah daripada Komuniti Sabahan Blogger iaitu BLOG JUNZIE. 


Tentang Penulis
Pemilik blog ini lebih dikenali sebagai Junzie. Berasal dari Sabah. A fairy god mother to Nur Alya Aqeesha dan telah berkahwin. Kak Jun telah berkecimpung dalam dunia blog sejak tahun 2016. Pertama kali mengenali dan berjumpa dengan Kak Jun semasa iftar bersama Komuniti Sabahan Blogger. Kak Jun seorang yang sangat peramah, selalu senyum, sporting dan awet muda. Sesiapa yang mengenali dia pasti akan berasa senang hati dan tidak kekok walaupun baru pertama kali kenal. 

Kak Jun juga sangat aktif dalam Group Whatsapp. Selalu berkongsi tips, ajak pergi event sama-sama dan banyak lagi aktiviti sejak aku mula masuk dalam group. Korang boleh lihat dalam entri Kak Jun sendiri banyak menceritakan dan berkongsi tempat-tempat menarik di Sabah. Aku sendiri selalu jadikan Blog Junzie sebagai panduan kalau nak bercuti bersama-sama keluarga. 


Komen Blog
Perkara yang menarik hati sekali apabila singgah kat blog ini adalah header Kak Jun sangat Ohsem. Dulu aku pernah terfikir nak buat header macam tu tetapi disebabkan gambar aku kurang lawa, maka aku batalkan niat. Kelajuan blog juga agak laju dan pembaca tidak perlu tunggu blog loading terlalu lama. Susunan widget juga kemas dan teratur tidak terlalu padat. 

Part yang paling aku suka sekali dalam blog ini ialah gambar yang diambil oleh Kak Jun sangat menarik, cantik, lawa dan tersangatlah menawan hati. Serius memang aku suka sangat gambar-gambar dalam blog dia. 


Kali terakhir entri ditulis adalah pada Bulan Mac iaitu 

Kalau nak mengenali Kak Junzie boleh follow kat ~

Email : Mrshafizie@gmail.com


Semoga Kak Jun terus ceria, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 

Assalamualaikum
Bismillah

Aku merupakan kakak sulung daripada 8 orang adik-beradik. Sebelum aku menerima tawaran dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, aku menghabiskan masa aku di rumah menjaga adik bongsu aku, Akim. 

Pada tahun 2008, rumah yang aku duduki sekarang pernah hangus dijilat api. Setelah beberapa tahun berlalu, kami bina kembali rumah di tempat yang sama. Ketika kelahiran adik bongsu aku iaitu Akim, rumah kami belum siap sepenuhnya. Malah, kami tidak mempunyai televisyen ketika itu. Hampir 8 tahun kami tidak tengok TV. 


Hiburan kami sekeluarga hanyalah laptop kepunyaan abang sulung aku. Jadi setiap hari kami hanya tengok movie, drama & Running Man di laptop. Download dan simpan dalam external hardisk. 

Kedua ibu bapa aku sangat sibuk dengan kerja dan memberi amanah kepada aku untuk menjaga adik bongsu. Disebabkan tanggungan yang ramai memaksa kedua ibu bapa aku untuk bekerja dan kurang menghabiskan masa dengan adik aku. Aku sebagai seorang kakak, aku faham dengan keadaan ekonomi keluarga ketika itu. 

Salah satu kesilapan besar aku ketika menjaga Akim ialah aku selalu biarkan adik aku tengok kartun sorang-sorang. Habis satu kartun, aku akan pasang kartun yang lain pula. Bayangkan adik aku baru pandai duduk sendiri. Aku buat macam tu supaya aku senang nak buat kerja seperti memasak, cuci piring, mengemas dan sebagainya. 

Asyik nak kerja jadi senang saja kan. Aku anggap benda tu perkara biasa saja. Even parents aku sendiri pun umpan adik aku dengan gajet. 

Bayangkan perkara itu berterusan sehinggalah aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi. Aku mula belajar banyak benda tentang psikologi kanak-kanak & keluarga. Selepas setahun, aku sering balik ke rumah untuk lihat perkembangan adik aku. Aku cuba praktikkan apa yang aku pelajari dengan situasi sebenar. 

Masa tu aku mula perasan yang adik aku kurang bercakap. Apabila ditanya adik aku kurang memberi respon. Aku juga tidak pernah mendengar Akim memanggil "mama" atau "papa". Akim lebih banyakkan tunjukkan bahasa tubuh. Paling menyedihkan kami terpaksa mengagak sendiri samada dia lapar, mahu minum ke ataupun nak minta sesuatu ke. 

Apabila aku ceritakan kat mama aku yang Akim ada petanda "lambat bercakap", katanya, biasalah budak-budak ada yang cepat belajar ada yang lambat. Walaupun begitu, aku tetap paksa mama aku untuk dapatkan nasihat doktor ke klinik kesihatan. Apabila tiba tarikh temujanji Akim, seperti yang dijangkakan adik aku lambat bercakap dan diminta untuk ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk dapatkan rawatan. 

Sekarang Akim dah masuk 5 tahun. Walaupun Akim masih lambat bercakap, tetapi banyak perubahan yang dialami dibandingkan sebelum ini. Akim dah pandai bertanya soalan, banyak perkataan yang dipelajari, Akim dah pandai sebut "mama" "papa" dan nama kami adik-beradik. 

Aku bersyukur kerana dapat belajar Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga dengan lebih mendalam. Dengan ilmu itu sedikit sebanyak membantu aku untuk melihat dan menilai perkembangan Akim. Sejujurnya rasa bersalah itu masih belum hilang. Setiap manusia melakukan kesilapan, tetapi jangan mengulangi kesilapan yang sama. Kelak kita sndiri akan menyesal. Aku mungkin tidak layak nak bagi nasihat sebab aku belum berkahwin pun. Tetapi tidak salah berkongsi pengalaman kepada ibu bapa yang lain. 


Akan datang aku akan kongsi tips mahu atasi anak lambat bercakap. InsyaAllah.

Assalamualaikum
Bismillah


Tadi petang, tengah skrol facebook ternampak coursemate post yang dia terlepas deadline kat SPA8i. Tiba-tiba aku tergerak hati pula nak semak status permohonan aku. 

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak permohonan yang aku memohon Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

Aku confused sikit. Email dan SMS pun tak ada pula sampai. Apakah yang dimaksudkan dengan "Melepasi syarat-syarat"? 

Then aku teringat yang kawan aku ada dapat SPA8 hari tu. Katanya, aku kena tunggu tarikh untuk "peperiksaan". Selepas itu, barulah dipanggil temuduga. Dengar daripada pengalaman orang lain SPA8 ini banyak tapisan dan agak strict sikit. Ini pertama kali permohonan aku melepasi syarat, hahaha~ 
Yang pernah hadir temuduga atau melepasi syarat SPA8 dipersilakan untuk komen di ruangan di bawah. Sama-sama kita berkongsi. 


Assalamualaikum
Bismillah


Hari esok 
adalah sesuatu yang belum nyata
Belum dapat diraba
Belum terwujud 
Tidak memiliki rasa dan warna
Lalu mengapa menyibukkan diri
Dengan hari yang belum pasti?

Bukankah kita juga tidak tahu
Apakah kita akan bertemu dengannya?
Apakah hari esok kita itu 
wujud kesenangan atau kesedihan?


Assalamualikum
Bismillah

Walaupun tahun nie takda beli Baju Raya, yang penting blog ada baju raya baru hehe~ Aku baru perasan setiap kali Hari Raya aku akan tukar template blog. Sebelum ini baju blog warna purple, tahun nie TEMA WARNA CORAL.


Aku bangga sikit sebab dapat design blog sendiri hehe~

Aku menggunakan template daripada Way2themes dan memilih Suits Blogger Template. Susunan widget sama sahaja cuma aku dah pandai sikit nak edit border sidebar dan hias bentuk tajuk yang dari dulu aku bercita-cita nak buat. Alhamdulillah, berkat ilmu tutorial daripada rakan-rakan blog, maka terhasillah wajah baru ini. 


Ini adalah hasil tangan header aku yang tidak seberapa. Sejak aku letak link kat header ramai yang chat aku kat instagram dan email bertanya soalan. Aku edit menggunakan paint dan photoscape sahaja. Simple dan mudah.


Ini design watermark aku yang berbentuk bulat.



Ini pula design watermark yang aku selalu guna kat gambar dalam blog. Part paling susah masa buat watermark ni, macam mana nak buat dia supaya jadi transparent. SUSAH BANGETT! Alhamdulillah, secara keseluruhan aku sangat berpuas hati. Banyak aku belajar masa editing template ni. 

Apa pendapat korang tentang Wajah Baru Blog Sii Nurul?
Assalamualaikum
Bismillah

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mereka yang bergelar Muslim. Dalam kemeriahan dan kegembiaraan menyambut Hari Raya ada juga mereka yang baru kehilangan dan berduka.


Sepanjang raya ini ramai yang update kat media sosial. Apa yang aku nak kongsi di sini adalah ramai dalam kalangan kawan-kawan sekolah aku yang menyambut Hari Lebaran ini baru masuk Islam (mualaf). 

Ada yang dulu free hair, pakai seksi, dan sangat bersosial, tetapi sekarang ayu, menutup aurat, selalu ikut majlis ilmu dan sebagainya. Alhamdulillah, ALLAH berikan hidayah kepada mereka. 

Kadang aku rasa malu dengan diri sendiri. Bagaimana pengakhiran hidup kita? Adakah pengakhiran hidup kita juga dalam Islam atau sebaliknya?

Kadang kita rasa sudah selesa (comfort zone) dengan keadaan atau amal kita. Tidak apa, banyak dosa macam mana, ALLAH sentiasa ampunkan. Sedangkan kita tidak tahu adakah hari esok masih ada buat kita. 

Tengah sibuk menaip, bila-bila masa ALLAH boleh tarik nyawa. Belum tentu post ini dapat dipublish. Setiap saat dosa pahala sentiasa dihitung. Tetapi kenapa tidak juga sedar? (Aku tengah bercakap dengan diri aku nie).

Aku cuma rasa beruntungnya mereka. 
Mudah-mudahan pengakhiran kita juga adalah pengakhiran yang baik dan diredhai. 

Al-Fatihah buat arwah atuk dan nenek. 



Assalamualikum
Bismillah


Lirik Lagu Bersyukur Seadanya - Hael Husaini

VERSE1
Wahai Semua insan
Takbir berkumandang akhir Ramadhan
Bersiap sedia
pulang ke desa
menyambut raya

Wahai semua insan
Berjabat tangan bersama semua
pinta ampun maaf
pada mereka
jernihkan sengketa

PRECHO
Hati gembira 
berjumpa semua sanak saudara 
pagi raya

Sedih terasa
mengenang pada insan yang dulu 
kini tiada

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

VERSE 2
wahai semua insan
ingat ingat bila nak berbelanja
sedikit tak apa
Barpada pada
bersyukur nikmatnya

PRECHO
Hati gembira 
berjumpa semua sanak saudara 
pagi raya

Sedih terasa
mengenang pada insan yang dulu 
kini tiada

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
(Selamat hari raya
Bersyukur seadanya)

Selamat hari raya
Bersyukura seadanya
(Selamat hari raya
Bersyukur seadanya)

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum beraya ke rumah orang, sebagai ibu bapa kita haruslah menanam sikap menghormati antara satu sama lain ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara. Macam mana kita mahu tetamu menghormati kita sebagai Tuan Rumah, begitulah juga adab kita sebagai tetamu ketika menziarahi rumah orang. 


Berikut adalah beberapa pesanan Taufiq Razif kepada ibu bapa tentang bagaimana hendak mengajar anak untuk lebih beradab di rumah orang ketika menyambut perayaan. 

1. Jangan minta duit raya
Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya. Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya

2. Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah
Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah. Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.

3. Jangan intai rumah orang
Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu. Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.

4. Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin
Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah. Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.

5. Jangan buka peti ais rumah orang
Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu ๐Ÿ˜…. Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.

6. Jangan usik barang tuan rumah
Musim beraya ni la orang duk pakat 'display' perhiasan termahal mereka. Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali

7. Jaga kelakuan
Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh 'channel' energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.

Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!

p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la 'art of distraction' yang kita kena belajar ☺️

Apapun saja nak ingatkan, tak kisahlah apa saja keadaan rumah orang, kita sebagai orang yang bertandang perlu ingat untuk beradab. Semoga bermanfaat. 

Assalamualaikum
Bismillah


Can you forgive those 
Who hurt you?
.
.
.
Because that's when
Healing start
Assalamualaikum
Bismillah


Dear myself,
Especially in the future.

I'm writing this because it's show that you really isn't grateful for everything that happened in your life right?

So let me tell you. Whenever you feel down or sad. Just read this letter and you will be alright. Many things happened before right? The sadness, happiness and blessings in your life. 

Are you regret it? No... of course you not.. 

It's okay to be sad. We are just human. But never blame anyone for what happened in your life. Don't blame at ALLAH, your parents or your choices in life. 

Because some things doesn't go well as you planned. But everything has thought you something too. 
Trust him. Pray to ALLAH. Du'a is the best medicine. Quran is the best advice.. ALLAH is the best listener.

Love, yourself
28.05.2019, Tuesday