Review Blog #2 Jovie J

7
Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, aku ingin memperkenalkan kepada anda semua khususnya kepada rakan blog aku yang lain seorang blogger baharu yang mesra dikenali sebagai Jovie. Sebenarnya Jovie ataupun aku lebih senang panggil Jovinia merupakan kawan sekolah menengah tetapi berlainan aliran. 

Kami sama-sama masuk Tingkatan 6. Aku kelas Ekonomi, Jovie pula kelas Sastera. Then, alhamdulillah kami juga masuk di Universiti yang sama iaitu Universiti Malaysia Sabah cuma Jovie ambil bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera ( Seni Kreatif ) 

Aku cuba design Blog Jovie J supaya nampak menarik.

Kami kenal tetapi tidak rapat. Mungkin selepas ini akan jadi lebih rapat sebab masing-masing dah ada blog dan boleh cerita minat yang sama juga. hehe~

Tentang Jovie J

Sejak aku mula terbuka berkongsi tentang kerjaya aku sebagai blogger  Jovie mesej aku kat Facebook untuk bertanyakan tentang blog. Katanya dia nak tahu lebih pasal blog dan berminat untuk buat blog sendiri.

Seperti yang dinyatakan sendiri oleh Jovie, dia ingin mempamerkan hasil puisi yang direka sendiri di blog dan medium blog adalah yang paling sesuai sekali untuk Jovie mengembangkan bakat yang dia ada. Korang boleh baca beberapa karya puisi yang ditulis sendiri oleh Jovie. Jangan lupa komen dan bagi pendapat tau.

Memandangkan Jovie seorang blogger baharu, so dia memang tidak tahu langsung apa-apa tentang blog. Nak follow blog yang lain pun dia tak tahu macam mana. Aku faham sangat perasaan itu sebab aku pun macam tu juga dulu. So, dengan entri yang ringkas ini aku berharap lebih ramai blogger yang singgah ke blog Jovie. 

Kalau nak mengenali Jovie J boleh follow BLOG JOVIE J


Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !