Permohonan Google Adsense Telah Diluluskan Buat Pertama Kali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, belum sampai seminggu entry tentang Blog Sii Nurul Skor SEO 100% aku dikejutkan lagi dengan email daripada Google Adsense bahawa permohonan Google Adsense telah diluluskan buat pertama kali. Yuhuuuu~


Sejak akhir-akhir ini banyak sangat menerima kejutan terutama berkaitan dengan blog. Apabila SEO blog mencecah 100% tu yang aku bersemangat mahu memohon adsense pula. Dulu aku pernah memohon tetapi masa tu Blog Sii Nurul ini belum wujud. Setelah aku menggunakan blog ini, aku berfikir agak lama juga untuk memohon adsense sebab nak memohon itu mudah saja tetapi untuk Google menerima permohonan kita itu agak payah sekali.

Banyak tips yang aku baca daripada blogger lain dan aku cuba aplikasikan dalam blog sebelum aku memohon adsense. Malah aku sanggup menempah design blog baru daripada Mayy Jie supaya nampak lebih kemas. Thanks a lot to her~~ Muuaahh! I really inspire her and makes her blog as references in blogging. 

Selain itu juga setiap kali berblog aku akan baca satu-persatu entry blog aku untuk diperbaiki dari segi penulisan dan juga menambah patah perkataan. Dan aku akan pastikan bahawa blog ini tidak mempunyai unsur plagiat atau copy paste daripada blog lain. Sekiranya ada aku akan bagi kredit kat owner tu. Dari segi gambar pula, aku banyak edit gambar dan hias dengan sebaik-baiknya supaya nampak kemas dan sesuai dengan setiap entry yang telah ditulis.

Nampak tak banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum memohon adsense ini. Memang akan memakan masa jugalah untuk memperbaiki semuanya. Setelah aku berpuas hati dengan kandungan dalam blog ini, pendek kata keseluruhan blog ini aku terus memohon adsense. Alhamdulillah, permohonan Google Adsense telah Diluluskan buat pertama kali dan email diterima pada 17 Julai 2017 (Isnin).




Tadaaa~~ Gembiranyaaa

Masih terlalu awal untuk bergembira tetapi tidak salah untuk berkongsi sesama blogger kan? Manalah tahu dengan post ini dapat membangkitkan semangat, rasa tidak putus asa serta membantu rakan blogger yang lain untuk memperbaiki apa yang kurang dalam blog supaya permohonan adsense pada masa akan datang diluluskan.

Akhir kata terima kasih kepada rakan-rakan blog yang memberikan tips tentang Google Adsense. Aku doakan supaya rezeki korang untuk adsense ini dipermudahkan. Insya'Allah, Amiinn~

53 comments:

  1. seronok kan bila approve by google adsense.. rasa macam lulus exam.. serius tak tipu.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yea.. happy and terkejut pun ada.. mcm ramai yg lulus adsense skrg..

      Delete
  2. Replies
    1. yup.. seronok sgat!
      Alhamdulillah.. terima kasih Amira :)

      Delete
  3. Bestnya Nurul! Tahniah 👍🏻😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeaa.. happy sejak lulus adsense nie haha xD
      Thanks Siqah

      Delete
  4. Tahniah nurul! akak punya google adsense pon dah approve gak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Kak Syu.. Tahun nie google ada baik hati ckit hahaha

      Delete
  5. Tahniah tersenarai dalam bloglist mrs pip julai-ogos 2017

    ReplyDelete
  6. tahniah cik nurul...akhirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anum .. Alhamdulillah .. rasanya ramain permohonan adsense diluluskan..

      Delete
  7. tahniah nurul.
    maka,lebih la tanggungjwb nurul sbg blogger ekk :)
    aida pun ari tu sekali apply,da lulus. alhamdulillah.
    aida ni just try an error aje, tup tup lulus. terkezut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Yeaa tak sangka juga boleh lulus.. betul tue.. Insya'Allah..
      terima kasih atas nasihatnya :)

      Delete
  8. Eh nampak nama disebut... ya Allah thank you sis, tak sangka 'i inspire, your desire' eheheheks.

    Congratulation dah dapat pasang adsense. Sis nampak ni, so klik satu kali for u! Selamat menabung dengan Adsense ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahaha welcome maii..
      Thanks a lot to you~~

      Delete
  9. tahniah! mesti seronok kan rasa? sama lah saya dulu dapat email dari adsense kata lulus perghhh speechless haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yea.. masi tak bole move on ~~
      Happy cgatlah

      Delete
  10. wahh tahniah..
    bukan senang tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue cik Yaya huhu.. apapun alhamdulillah ^^

      Delete
  11. Sekarang ni memang ramai dapat adsense (Y) tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue.. alhamdulillah.. terima kasih ^^

      Delete
  12. tahniah nurul, sha pun tgh mncuba2 ni doakan sha dpt juga..byk lg perlu baiki, thts y template blog tukar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Shaa ^^ ...Insya'Allah kak mudah-mudahan rezeki akak lulus adsense .. Aminn~~

      Delete
  13. If you're looking for a reputable contextual ad network, I suggest you check out PropellerAds.

    ReplyDelete
  14. Saya start lulus dengan youtube ads, lepas tu sekarang youtube punya ads dah payah nak join, syarat agak tinggi.. sekarang continue self hosted pula (blog/web)

    ReplyDelete
  15. Application adsense tak berjaya lagi. Blog ni tak sampai setahun lagi dan tak banyak entri lagi agaknye. Doakan permohonan marina kali kedua berjaya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.