Tips Cinta: 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih

27
Assalamualaikum
Bismillah

Hi kembali semula dengan tips cinta. Sebelum nie aku pernah berkongsi tentang bagaimana jika kita terjatuh hati kat kawan baik kita sendiri? Baca kat SINI So, Kali ini aku ingin berkongsi pula bagaimana nak memikat hati bekas kekasih (ex boyfriend/girlfriend)


Ada orang bagi dia susah untuk move on setelah putus dalam perhubungan dan masih menyimpan perasaan sayang buat bekas kekasih. Mulanya mungkin ada berfikir bahawa dia tidak boleh hidup tanpa diri kamu. Tetapi ingatlah, kumbang bukan seorang, bunga bukan sekuntum. Akhirnya yang tidak boleh meneruskan hidup tanpa dia adalah kamu.

Bagaimanakah mahu kembali merebut semula cinta si dia? Sedangkan si dia mungkin sedang membuka hatinya pada yang lain. Buat anda yang pernah menjadi kekasih hatinya merupakan suatu kelebihan kerana anda pernah hadir dalam hidupnya dan rasa cinta pernah tertumpah buat anda.

Ada 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih. Semoga berjaya!

1. Jangan Hubungi Dia

Buat sementara waktu elakkan daripada menghubungi si dia. Bagi anda yang masih memendam perasaan memang agak sukar. Mungkin pada saat anda tidak memberikan perhatian kepada si dia, dia akan terkenangkan saat-saat indah bersama anda.

Beri ruang kepada si dia untuk merindui anda. Manakala, bagi anda pula cuba sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti supaya jiwa raga anda tidak merana. Sekiranya si dia mula menghubungi, pastikan si dia merasakan perubahan baru anda, buang sifat yang tidak disukainya. 

2. Berdikari dan Elak Mengekori Dia

Kalau iya pun anda masih memendam perasaan kepada si dia dan mencuba untuk tawan hati dia kembali janganlah sampai 24 jam asyik mengekori je ke mana dia berada.

Nak stalk ja dia buat apa, dengan siapa, ke mana?  Ada ekstrem sangat sampaikan "stalk" terus je bekas kekasih dia. Baca entry aku yang lepas tentang Bahaya Stalking Kalau anda asyik mengekori dia, kebarangkalian hatinya mahu berpaling kepada anda akan pudar. 

Sometimes, si dia juga perlu masa untuk bersendirian. Tunjukkan diri anda yang baru, lebih berdikari dan mampu hidup tanpa bergantung sesiapa. Entah-entah sikap anda yang menyumbang pada perpisahan. 

3. Keluar Bersuka Ria

Apabila putus dalam perhubungan ini memang susah kita nak happy go lucky apatah lagi yang baru pertama kali jatuh cinta. Aku dulu pun take times juga nak move on. Hehe.

So, tiba masanya untuk anda keluar bersuka ria dengan teman-teman. Mungkin sebelum nie asyik berkepit je dengan kekasih. Apa salahnya kita bergembira untuk merawat hati yang lara. Bergembiralah! Travelling, short vacay, shopping and do whatever you like.

Then post di mana-mana laman sosial untuk menunjukkan anda dah bahagia tanpa si dia. Kadang-kadang zaman teknologi ini membantu. Manalah tahu tiba-tiba terdetik hati si dia nak bertanyakan khabar. 


4. Hubungi Secara Kasual


Sebenarnya tips ini sangat membantu untuk menambat hati bekas kekasih. Telefon secara bersahaja atau mesej tanyakan dia jikalau ada barang si dia yang masih kamu simpan sama ada dia perlukan barang-barang itu atau tidak? Namun, jangan kamu telefon tanpa alasan atau sebab kerana ia hanya memperbodohkan diri sahaja. Biar kukuh!

Jangan sekali-kali bangkitkan rasa rindu, bertanyakan hal peribadi dan bangkitkan hal masa lalu. Cukup dengan nada bersahaja.


5. Kembali Jadi Insan Dicintai


Dia jatuh hati dengan kamu kerana apa? Fikir dalam-dalam saat kali pertama cinta berpaut. Kembali jadi diri individu tersebut. Kembalikan ingatan dia pada saat kali pertama dia memandang kamu dan berbunga cinta. Seandainya berpeluang bertembung, pastikan kamu memakai pakaian disukainya. 

6. Fikir Betul-Betul Keputusan Anda

Sebelum membuat keputusan untuk menambat hati si dia kembali, kena fikir betul-betul adakah berbaloi sekiranya anda meneruskan hubungan dengan dia? Sekiranya dia seorang yang kaki pukul, kaki mabuk, dan segala jenis kaki maka lebih baik anda menjauhkan diri terus daripada dia. Lupakan!

Tetapi sekiranya hubungan yang terputus disebabkan oleh kesilapan yang anda lakukan ataupun si dia memang seorang yang baik dan bertanggungjawab, teruskan membaca tips yang seterusnya.

7. Siasat Apakah Dia Masih Ambil Berat?

Sebelum anda benar-benar mahu kembali kepada si dia, cuba siasat dahulu adakah si dia sudah punya pengganti atau belum? 

Sekiranya dia sudah ada yang lain, lebih baik anda lupakan sahaja dan biarkan dia hidup bahagia bersama orang lain. Tetapi kalau dia masih ada sekelumit rasa ambil berat, peluang untuk kembali bersama si dia akan cerah. 

8. Berbincang

Sekiranya si dia mula bertanyakan semula kisah lalu. Maka ambil peluang untuk berbincang secara baik. Kalau ada kesilapan anda lakukan yang menyebabkan perpisahan, mohon maaf dengan segera.

Seandainya dia kembali bertanyakan cinta anda, mulakan dengan perlahan. Biar dia kagum dengan diri baru anda. Jangan gelojoh. Insya'Allah kalau dah jodoh takkan ke mana.


Patah hati bukan akhir dari segalanya.



Tags

Catat Ulasan

27Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Taknak tips pikat ex, tips pikat husband plis..sy dan ex masing-masing dah berkahwin dengan orang lain..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sy belum kahwin Auni. Nak juga share tips pikat suami kalau dah kahwin hahaha

      Padam
  2. bila dah putus dah malas dah nak ambik port haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kan.. Lagi2 lau putus sbb bukan punca dr kita

      Padam
  3. hahah sedih bila terpaksa lepaskan...hahahah

    BalasPadam
  4. baru je putus.. dulu dia ckp tlg jgan lupa kan dia.. tp hari ni dia suruh tlg lupa kan dia.. n dia dh ade someone.. byk dugaan yg sy tempuhi selama kita besama.. penah sekali sy cuba terima org lain sbb nak lupakn awk.. tp awk dtg kat sy mintak maaf n bejanji akan berubah.. n sy terima awk semula.. tp hari ni bila bila awk dh ade someone.. sy cuba cari salah sy.. sy cuba mintak maaf.. wlu sy x tahu di mna salah sy.. tp awk x bg sy sekali pon peluang.. klu awk sedang bergembira sekarang.. awk gembira lah sebahagianya.. klu dia lebih baik dr sy.. sy redha.. sbb sy sedar byk kekurangan yg ada pada diri sy.. tp sy dh jd yg terbaek semampu yg sy mampu.. sy mintak maaf klu satu hari nnti cinta sy hilang.. saat tu.. mungkin sy faham ape yg awk rasakn sekarang.. i miss u so muchh... ��������

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa cinta tu masih ada lagi tak ? atau dah moveon?

      Padam
    2. Aku rasa benda yang sama... Tapi aku masih tertanya, apa status aku... Sebab kadang dia buat aku rasa yang kitorang masih berhubungan, kadang dia cakap yang aku dengan dia takde apa2... Aku masih sayang kat dia... Dulu dia rajin tanya samada dah start kumpul duit kahwin atau belum... Aku kerja biasa2, keluarga dia memang golongan yang "agak senang"... Aku dah cuba sehabis baik untuk dapatkan dia yang dulu, tapi sejak pakwe zaman sekolah dia datang balik, aku dibuat macam tunggul... Cara dia cakap dengan aku pun sekarang agak kurang ajar... Cakap pakai lepas, dah tak jaga hati aku lagi... Aku diamkan setiap kali dia maki aku... Member aku cakap yang aku ni bodoh sebab masih sayangkan dan cintakan dia sedangkan dia layan aku macam sampah... Mak aku pulak beberapa kali tanya tentang hubungan aku dengan dia... Aku kalis, aku cakap yang aku dengan dia okay... Mak aku dah rancang nak kahwinkan aku dengan adik beradik aku serentak... Tapi kalau hubungan aku sekarang macamni, aku tak tau nak explain macamana kat Mak aku sebab Mak aku dah berkenan dengan dia... Allah...

      Padam
  5. Saya kenal dengan gf agak lama jgk lah dalam 10 tahun, dia dah 3 kali melukakan Hati Saya ? Dia datang dekat sy minta maaf, then minta putus lagi, pastu kata perangai Saya tak berubah lah.. Mcm2 lah cari Salah Saya, pastu friendzone kan sy, bila sy luahkan perasaan sy, di block sy, yelah sy soundlah sbb nampak gmbr dia dgn lelaki lain. Tapi sy tak pernah tinggalkan dia, sakit Hati ni tuhan je yg tahu, Saya pun x faham jgk dengan perempuan ni, apa yg dia nak sebenarnye..��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati Tak boleh dipaksa bro..aku doa Kan kau kuat..aku pernah rasa jugak cam ni..percaya cakap aku keep moving Ade someone yg tngah tunggu kau

      Padam
  6. Ade x tips untuk pikat isteri semula?kami berpisah atas sebab x sefahaman..tp sy dapat rasakan yg dia dan anak masih perlukan sy..tp isteri sy seorang yg keras hati sikit..ada masa ok,ada masa jadi rimau..sy bukan apa,saya masih sayangkan rumahtangga sy..

    BalasPadam
  7. sedihnya bila gurauan dianggap serius oleh gf..sampai mintk putus sbb fkir aq anggap dy prempuan murahan..bgi dy aq pndang dy hina..dsebabkn masa lalu dy..pdahal aq xpernah kisah apa yg dy prnah lalui..masa lalu dy..aq yg bg sokongan untuk dy kuat hadapi hari2 yg baru..tp nk ditakdirkn malam tu aq brniat nk brgurau..ckp psal mlm pertama..hehe jngn kcam..aq ckp aq xpuas lg sbb td dy main dngn org lain..bg aq tu cuma gurauan sbb sllu ckp lpas mcm ni n biasanya dy fham aq..tl knapa dy tba2 jd mrah sngt smpai fikir aq ni anggp dy placur nk tukar2 laki..aq puas mntk maaf tp dy ttap xhiraukn..aq rase xlh trima bila dy slah anggp dngn aq smpai mintk putus..tnpa pdulikn tngisan aq yg mnyesal sngt dngn apa yg aq ckp kt dy..sklip mata dy buang aq yg sllu tman dy..yg dy kgsikn msalah..aq kcewa..trlalu sygkn dy..xsgka blh jd mcm ni..aq xleh trima knyataan ni..dsebabkn bnda kcik..aq hilang org yg btul2 hrgai aq..
    tq..dr f.zzat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul awk Lelaki sensentif dlm bab tu xboleh bawak gurau .
      Sy pon dah kne, dah melepas. Susah nk pujuk semula

      Padam
  8. Ex sy rasa kosong selepas dia merajuk n dia kata "sy pergi lah eh.." masa gaduh, sy balas "pergilah..".. then, dia terus heartless n katanya da takde perasaan dah..

    Then, sy cuba pujuk.. dia terima je, tapi xde dah macam dulu.. now, kami betul2 break-up, dia btegas utk putuskan sebab mmg dia xlove dah..

    Nak tanya, ada chance lagi tak? sebab sy ada kasi hadiah kat dia, sy pesan kat dia suh pulangkan, takut nanti dia teringat, tapi dia kata "xnakk.. sy syg hadiah ni.." kadang sampai nangis dia merayu nak simpan..

    Now, kami pun nak study dulu. katanya, kalau ada jodoh dgn sy, maybe 4 atau 5 tahun lagi..jadi, nak tanya la, adakah waktu tu dia boleh terima lagi kita?

    BalasPadam
  9. saya dah terlajak buat silap dgn merayu kat ex saya,tp dia kata mmg dia dah tak ada perasaan dkt saya,tp saya masih nak kat dia,mcm mna ya?boleh guna tak tips nie?

    BalasPadam
  10. Jika saya dah tersilap langkah dgn merayu dan memujuk dia selepas kami putus mcm mna ya?boleh guna tak tips ni?sbb masa merayu tue mmg dia kata dia dah tak ada perasaan dkt saya,kmi putus pun punca dari dia tak ada perasaan dah dkt saya,tp saya masih nak kat dia,hmmm,help me

    BalasPadam
  11. Sy hanya berkongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian org sekeliling.. apa yg sy kongsikan di blog tidak semestinya berkesan untuk semua orang kerana hati dan perasaan setiap manusia itu adalah tidak sama..

    Sy hargai setiap soalan dan komen yang diberikan oleh pembaca.. Maaf sy tidak akan berikan sebarang tips perhubungan korang semua sebab sy bukannya pakar perhubungan.. Apa sahaja masalah yg dihadapi sy doakan semoga dipermudahkan buat pembaca sekalian..

    BalasPadam
  12. Aduii tgh mglmi situasi n skrg..msh lg follo sosia media msg2,cma sy msh mnruh hrpn pdanya...ad tak tips nk brtya pda empuya dri utk dpt kpastian dia dah xde prsaan pd sy..sjak pkp n.smkin kuat plak trgt dkat dia..

    BalasPadam
  13. Boleh tak saya dapatkan ig or fb nurul. Kalau no. Privacy kan haha.
    Nak bincang sesuatu or mana tau nurul boleh bagi pendapat yang lain.

    BalasPadam
  14. Nak tanya , kalau dia kata dia dah tawar hati tapi dia cakap ,takpe , dia akan try nakkan saya balik... Dia masih sayangkan saya ke? Ada harapan ke untuk kembali seperti dulu?

    BalasPadam
  15. dalam hal ni saya yg mtk break ats sbb kptsan bodoh saya
    saya da lukakan hati dan perasaan parent dye.
    tapi saya da mntk maaf dgn dye and parent dye
    saya merayu gile utk dye trme sya balik
    bila saya tnya ap prasaan dye thdp sye skang.
    dye ckp nothing
    apkh maksud nya
    skrang pn wasap and other socmed dye da block saya
    what should i do

    BalasPadam
  16. Sy ada buat silap besar dgn dia, & benda tu yg paling dia tak suka. Dia putus dgn sy tanpa kemahuan sy sedikit pun. Sy sanggup buat apa sahaja asalkan dia nak kembali kepada sy. Sy akn berubah menjadi org yg lebih baik, tapi malangnya dia tak percaya langsung dengan peluang kedua, sy takda langsung selera nak makan, selera nak besolek sampaikan nak buat apa2 pun semua jadi langsung tak semangat. Dia dah buat keputusan nak moveon. Walau apa pun jadi, sy tetap sayangkan dia & tak akan move on. Kitorang dah plan nak kawin

    BalasPadam
  17. Peristiwa dah enam tahun berlalu. Tapi sepanjang enam tahun tu, masih berharap hubungan kami akan terjalin kembali macam dulu. tapi apa yang diharapkan tu tak pernah terjadi. Nak Whatsapps dia tapi selalu takde sebab kukuh nak wasap. Oleh itu, saya selalu wasap dia pada hari-hari penting dia je. Hari ulang tahun kelahiran, tahun baru, dan hari raya je. Kalau jumpa pun kami jarang sangat bercakap. Dapat dengar dia cakap dengan saya walau sepatah kata pun dah cukup buat saya rasa gembira sangat. Masih berharap cinta kami akan bersatu semula...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !