Susahkah Belajar Psikologi?

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ni ramai yang tanya berkenaan psikologi ataupun bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga walaupun aku dah habis belajar. Kebanyakan yang bertanya adalah pelajar lepasan SPM, STPM, Matrik dan juga Diploma yang baru saja menghabiskan pelajaran mereka samada di peringkat sekolah menengah mahupun kolej. 

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Dan juga syabas kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan ataupun kurang baik kerana percayalah tidak cemerlang bukan bermaksud anda telah gagal dalam hidup. Belajar daripada kesilapan, perbaiki dan teruskan melangkah ke hadapan. 

Baiklah, berbalik kepada topik utama tentang 'susahkah belajar psikologi'? 


Pertama sekali yang anda semua perlu tahu dalam kita mahu menimba ilmu itu tiada yang senang. Tidak kira sama ada subjek psikologi, ekonomi, perakaunan ataupun bahasa asing semuanya bergantung dengan 'mind set' kita. Kalau kita rasa sesuatu benda itu susah, maka susahlah jadinya. Kalau kita dah tetapkan dalam minda bahawa benda itu senang, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. 

Point yang kedua penentu samada psikologi ini susah ataupun tidak adalah bergantung dengan 'MINAT' kita. Kalau anda mengambil bidang ini kerana menjanjikan peluang pekerjaan yang cerah semata-mata tanpa ada perasaan minat untuk mempelajari psikologi itu sendiri, aku risau anda tidak akan bertahan lama. 

Kenapa minat itu penting? Hal ini demikian kerana sekiranya anda belajar psikologi, anda bukan belajar satu subjek psikologi sahaja. Anda akan belajar semuanya dengan lebih mendalam. Ini termasuklah subjek yang anda mungkin lemah ataupun kurang minat. Kalau anda tidak mempunyai minat, anda akan berasa belajar psikologi ini susah. Dahlah tak minat, kena hadap lagi subjek yang anda lemah. Tetapi sekiranya anda mempunyai minat, tidak kira macam manapun tugasan yang diberi ataupun terpaksa hadap dengan subjek yang kurang digemari. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Yang susah akan jadi senang kerana minat itu ada.

Ketiga, susahkah nak score kalau ambil bidang psikologi? Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri belajar bidang psikologi tidak susah dan senang mahu score. Cuma susah nak dapat dekan. Yang ini adalah pendapat peribadi aku sendiri.

Kenapa senang nak score? Sebab anda hanya perlu datang kuliah, buat dan submit assignments on time dan hadir semasa peperiksaan. Anda buat 3 benda ini sajapun dah boleh score. Cuma bezanya macam mana kita urus masa dan cara kita belajar.

Kalau datang kuliah tapi tidak fokus. Main handphone masa pensyarah mengajar. Buat assignments ala kadar asal siap tapi nak dapat markah penuh. Dah tu assignment pun hantar last minit. Peperiksaan minggu depan tapi tengah malam masih tengok movie. Esok exam baru nak mengeluh banyak lagi chapter belum baca. Semuanya daripada sikap kita sendiri. Benda senang pun kadang boleh jadi susah. 

Akhir sekali, aku bukan nak menakutkan korang semua tentang bidang psikologi ini. Setiap orang ada sebab mereka sendiri mengapa memilih bidang ini. Ada yang minat tapi tak dapat dekan. Ada yang kurang minat tapi masih boleh cemerlang. Apapun, kalau korang nak ambil mana-mana bidang psikologi pilihlah dengan yakin dan minat. Tanya diri sendiri apa niat kita mahu ambil bidang ini?
Kalau aku kata bidang psikologi ini susah dan tidak menjamin pekerjaan pada masa akan datang korang berani ke nak ambil bidang ini? 
Tepuk dada, tanya diri sendiri. 
Semoga Allah permudahkan semuanya buat korang. InsyaAllah, amin..

20 comments:

  1. semua bidang ada cabaran tersendiri. apa2 pun kena tanam minat dan usaha. buat apa2 course pun kena improve dan buat yang terbaik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. apapun course kena usaha sungguh2 tuk improve :) Thanks Siti

      Delete
  2. Whatever it is, kita sendiri kena tahu apa yg kita nak. Course apa yg kita minat. sekalipun kita tanya banyak org mengenai ssuatu course tu. At the end of the day, kita sendiri yg akan lalui pathaway belajar tu.

    Ika dtg singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-bila-cinta-milik-dia-by.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa.. tak boleh salahkan org lain kalau benda kita buat kita tidak minat .. :)

      Delete
  3. Setiap course ada pro and con... Ada cabarannya yang tersendiri. Tapi semua tu boleh diatasi kalau minat. Kan?

    ReplyDelete
  4. betul tu.. semua bidang ada cabaran yang tersendiri.. asalkan ada minat Insyaallah boleh berjaya.

    ReplyDelete
  5. Tidak ada perkara mudah, hal makan pun kena kaut nasi yang terlebih dahulu dimasak..adat nak berjaya kena harungi jerih payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. menimba ilmu perlu bersusah payah sikit :)
      Hasilnya adalah kejayaan

      Delete
  6. Hye assalamualaikum.saya nak tanya bila amik ckurse psikologi nie,memang belajar sepenuhnya dalam bahasa english ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pensyarah mengajar dlm eng. Tetapi kita boleh buat tugasan dlm bahasa melayu..

      Delete
  7. Semua perkara tak mudah.. nak seribu daya.. Ye tak nurul..
    Kalau dah minat yang susah pun jadi senang..

    ReplyDelete
  8. Masing-masing ada pros and cons, susah senang semua so nak tak nak tengok minat dan usaha

    ReplyDelete
  9. Betul tu. i love psychology sgt2...

    ReplyDelete
  10. Psikologi ni perlukan subjek biologi ke?

    ReplyDelete
  11. Psikologi ni perlukan subjek biologi ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Nuffnang

Tomodachi