Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Pembantu Pengurusan Murid N19 Diterima

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ini banyak benda aku mahu kongsi terutama sekali berkenaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pernah dengar tak tentang Pembantu Pengurusan Murid? Pasal benda nie lah aku nak kongsi dengan korang semua.


Cerita ini sangatlah panjang, tetapi aku cuma kongsi point penting saja. Jangan risau, aku akan cuba kongsi macam mana memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga. Cuma aku tak nak share sekarang. 

Kiranya entry ini merupakan mukadimah lah hehe~ Aku dah lama memohon jawatan Pembantu Pengurusan Murid sejak tahun 2017 lagi. Cuma tahun ini (2019) baru permohonan aku diluluskan.  


Ada 3 jawatan yang telah didaftarkan dalam SPP tetapi yang diterima untuk temuduga hanyalah jawatan bagi Pembantu Pengurusan Murid Gred N19. Ada banyak lagi jawatan yang boleh dipohon dalam SPP ini sebab dalam SPP ada dua kategori iaitu jawatan guru dan bukan guru.

Jawatan Guru
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

Jawatan Bukan Guru
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
4. Penyelia Asrama Gred N19
5. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
6. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
7. Pembantu Makmal Gred C19
8. Pembantu Operasi Gred N11
9. Pemandu Kenderaan Gred H11


Aku tahu tentang Pembantu Pengurusan Murid ini pun daripada coursemate aku sebab dia selalu dapat temuduga bagi jawatan ini. Apa yang aku suka tentang pembantu pengurusan murid (PPM) ini adalah skop tugasan lebih kurang hampir sama dengan apa yang aku belajar semasa di Universiti. Oleh sebab itulah aku pilih jawatan ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman utama
SPP ⇒ https://www.spp.gov.my/ms/ 

 #TemudugaSPP
#PembantuPengurusanMurid

46 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah nurul

    ReplyDelete
  2. tahniah awak.. prkongsian yg baik buat semua :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. that's a good news

    ReplyDelete
  4. salam nak tnya..saya baru isi spp di jobsmalaysia beberapa hari yang lalu tapi apabila di semak di laman web dia tulis ''
    Maaf, permohonan anda tiada dalam pangkalan data SPP. Sila semak semula permohonan anda di Jobsmalaysia www.jobsmalaysia.gov.my serta lengkapkan maklumat permohonan dan pastikan semua maklumat yang dikehendaki telah lengkap diisi sebelum menghantar permohonan. Rujuk panduan yang telah disediakan untuk mengemaskini permohonan anda.''..adakah maksudnya disini saya mash belom hantar permohonan atau sekadar belom dluluskan lagi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. nampaknya permohonan Fahmi belum lengkap lagi dan belum diluluskan. Fahmi kena semak semula maklumat yang mungkin Fahmi terlepas pandang..

      Delete
    2. fahmi kena tuggu tiga hari bekerja utk prmohonan di prses spp klw prmohonn tlh dihantar dgn jyanya di jobmlysia

      Delete
  5. Tahniah awak. Kita sama lah hehe. Dah mohon dr thn 2017 sekrang br dipanggil 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tahniah, smoga b'jaya dlm temuduga

      Delete
  6. Boleh saya tau macam mana nak mohon? Sy dah masuk dalam job Malaysia tapi sy tak tau cara nak mohon macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca kat sini CARA MEMOHON JAWATAN DALAM SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) MELALUI JOBSMALAYSIA (https://ciknurul23.blogspot.com/2019/05/cara-memohon-jawatan-dalam-suruhanjaya.html)

      Delete
  7. Nak tanya kan sya dh letak result cgpa yg sem lps tapi sya nak kemaskini cgpa yg terkini punya result akhir sbb baru dpt tahu resultnya cgpa bulan nie..tapi double pulak resultnya yg lama ngan yg baru jadi mcm mna nak delete result lama?? Walaupon dh kemaskini yg baru..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bole ja delete result yg lama kat sana juga. Sebab sy kemaskini okay ja pula..

      Delete
  8. Hi Nurul, Tahniah.. Saya nak tanya berapa tempoh
    Nurul mendapat keputusan temuduga dari SPP selepas di temuduga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi juga :)
      Utk keputusan temuduga pula, belum keluar keputusan lagi. Rasanya baru masuk sebulan selepas sy ditemuduga.. Sy ada tanya kawan sy yg berjaya dlm temuduga, keputusan temuduga biasanya mengambil masa dalam 1-3 bulan juga (bergantung dgn tempat kekosongan) ..

      Delete
    2. Terima kasih info nya Nurul.. Sy pun tgh tgu keputusan temuduga sebenarnya.. Semoga kita sama2 berjaya..

      Delete
    3. Your welcome 😊
      InsyaAllah, amiin

      Delete
  9. Hai. Nak tanya berkenaan tarikh atau jadual temuduga, panggilan ke 2 temuduga dg41 bulan berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tidak pasti. Boleh cek kat laman web SPP :)

      Delete
  10. Saya pun tgh tggu keputusan temuduga tp jwtn pembantu tadbir,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila awak di pnggil tmuduga? Mcm mna awak dpt panggilan tmuduga dari spp

      Delete
    2. effa,, lama dah apply,, since 2012,tp update setiap tahun,,, last update 2018,,, dpt panggil interview PT N19, bulan may 2019 hrtu,, skrg tgh tggu keputusan... lama nya rasa keputusan nk klua... xtaw la berjaya ataw pun x

      Delete
    3. Keputusan temuduga ambik masa 1-3 bulan juga..

      Delete
  11. Assalamualaikum sya nk tnya mcm mna kita nak tahu yg kita di trima utk jawatan tu. Adaaakah dia org Akan email kn kat kita sekiranya di pnggil utk tmuduga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. Utk panggilan temuduga, pihak spp akan sms dan kita boleh cek d'laman web spp utk semakan on9 panggilan temuduga..

      Delete
  12. Tahniah.. Alhamdulillah.. Saya dah lulus temuduga.. Skrg tgh tggu surat penempatan dan tarikh lapor diri.. Dokumen lain dah kluar.. Result penempatan dan tarikh lapor diri ja belum.. Smga ada rezeki kwan2 yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. 😊
      All the best!

      Delete
    2. nini,, awak negeri mana?,,, selangor mmg xklua lgi kan...
      nurul,, awak pulak apply kat negeri mana?

      Delete
  13. hi nurul.. Result temuduga akp ppm dah keluar. so,awak dah check ke belum?:)

    ReplyDelete
  14. Assalam sis... Utk tarikh lapor diri dan pnmpatan boleh tahu dr mn ye... Dr email or web jg ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..utk tarikh lapor diri Dan pnempatan bila dan dri mna boleh dpt tau...email/ sms

      Delete
  15. congrats ciknurul... saya dari tahun 2013 apply x dapat2 , bila check balik, gred kerja ni dah upgraded p n19 , and saya dah updated byk kali kt profile jobsmalaysia saya utk apply gredn19 , bila semak balik, still n17 .. tak tahu ler kenapa huhu..

    ReplyDelete
  16. Salam cik nurul, nak tnya, tau x syarat kelayakan cgpa untuk memohon jawtan bukan guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, syarat kelayakan CGPA bergantung dgn jenis jawatan yg dipohon.. Boleh semak kat :

      https://www.spp.gov.my/ms/pemohon-pekerjaan/maklumat-jawatan-guru/bukan-guru

      Delete
  17. Assalamualaikum nurul... Nak tnye.. Sy dh kemaskini perjawatan di spp.. Tp kena bila semak permohonan jawatan.. Tarikh kemaskini.. Kosong.. 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, kena tunggu 3 hari then semak balik adakah permohonan telah dikemaskini ..

      Delete
  18. salam..nak tanye...sy dh cek permohonan..dia tlis permohonan anda didaftarkan di spp...mksudnye?? ape langkah seterosnye harus sy buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. permohonan jawatan yg dipohon di'spp dah didaftarkan.. langkah seterusnya cuma perlu tunggu sahaja samada dipanggil temuduga atau tidak.. kena sentiasa alert dgn pengumuman kat spp..

      Delete
  19. Asmlaikum sya nak tnya...bila tarikh ttop spp dah dibuat..biasanya braoa lama utuk tggu pengumuman pgilan temuduga dibuat?..tima kasih nurul sdi jwb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. Sy x pasti .. Yg sy tau stiap thn ada pengambilan.. Kena tgok d'laman web spp sendiri.. SPP nie mcm SPA8 juga.. Kita just daftar permohonan saja, kalau ada pengambilan atau kekosongan dan kita layak trus d'panggil temuduga.. Cuma perlu tngu saja.. Sy pun tngu 2 thn lbih bru d'panggil temuduga..

      Lgpun kalau nak d'panggil temuduga kita kena tgok syarat kelayakan.. Kalau jawatan tu utk SPM tp kita degree m'mohon juga rasanya mmg tak dapat..

      Delete
  20. keputusan interview PT 2019, negeri selangor dah kluar?.. sia pa yg dah check?
    saya kategori calon simpanan...hukhuk~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...sy pun calon simpanan. tapi dekat sabah.harap2 ada peluang kena panggil...

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.