Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia



Assalamualaikum
Bismillah


Bagi yang belum pernah mendaftar dalam JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebagai "PENCARI KERJA" dalam laman web JobsMalaysia. Hal ini demikian kerana Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hanya boleh dimohon melalui JobsMalaysia.


LANGKAH 1 : DAFTAR dan klik "PENCARI KERJA". Klik sini untuk terus ke laman pendaftaran → Pendaftaran Pencari Kerja



LANGKAH 2 : Isi MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 


Langkah 3 : Semak Email untuk mengaktifkan pendaftaran. 


LANGKAH 4 : Seterusnya ke halaman lengkapkan profil pencari kerja buat kali pertama. Anda diminta untuk membuat pengesahan akan mematuhi syarat dan terma sebagai pencari kerja di portal JobsMalaysia dengan klik "SAYA BERSETUJU"


LANGKAH 5 :Seterusnya anda hanya perlu ikut langkah seperti yang diterangkan dalam gambar. 



Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN yang berkaitan. 


Bagi jawatan dalam SPP terbahagi kepada Jawatan Guru & Bukan Guru. Antaranya ialah :


Jawatan Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29
Jawatan Bukan Guru
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Penyelia Asrama Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 
Pembantu Makmal Gred C19
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11


Masukkan MAKLUMAT AKADEMIK ataupun SIJIL KEMAHIRAN yang berkenaan. 


Nyatakan MAKLUMAT PEKERJAAN (Pengalaman bekerja) yang pernah dilakukan agtaupun sedang dilakukan. Sebaiknya adalah berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 


Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN khususnya kepada calon yang memohon dalam SPP. 


LANGKAH 6 : Masukkan maklumat RUJUKAN (Nama Penuh, Alamat & nombor telefon terkini serta Pekerjaan). SEMAK SEMULA maklumat agar tidak tertinggal. SIMPAN & HANTAR. 


Since many of you were asking about SPP in my blog. So, hari ini aku kongsi dengan kamu semua macam mana mahu kemaskini permohonan jawatan SPP. Hopefully this video will help you.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran → https://www.spp.gov.my/ms/Untuk pertanyaan Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

#TemudugaSPP 
#PembantuPengurusanMurid


48 comments:

  1. Info yang sangat menarik untuk dijadikan sebagai panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Semoga panduan ini membantu

      Delete
  2. Terima kasih perkongsian ya.

    ReplyDelete
  3. Jom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/

    ReplyDelete
  4. rabia dah masuk jobs malaysia ni

    ReplyDelete
  5. hello. mau tanya. kenapa sy punya tiada ah? yang part mau mohon tu jawatan..sudah sy klik tu maklumat tambahan. tp teda ni. help me..pleeassseee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk Potral JobsMalaysia dari mana ya? Sbb sy guna laptop.. Kalau guna handphone berbeza sikit.. ada anak panah dekat tepi tu [ ] lebih kurang mcm tu lah ada kotak tepi utk klik ...

      Delete
    2. ya sama laa. sy punya pun tiada. masuk portal guna laptop. apa masalah tu ah? huhuhu

      Delete
  6. hello nak tanya, bolehkah memohon jawatan ini jika kita mempunyai degree? perlukah kita mengepilkan ijazah kita dalam permohonan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiful kena tgok syarat kelayakan samada menggunakan degree atau SPM sahaja.. Bisanya pihak SPP akan lihat syarat kelayakan itu.. sekiranya jawatan itu memerlukan ijazah, bolehlah memohon menggunakan degree

      Delete
  7. sy trlupa dh dftr or belum...sy try dftr blik xdpt sbb dh trtulis dh dftr di portal....mcm mne ye...tlg tunjuk ajar...trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatin just log in menggunakan IC, then klik "Forgot password". Maka password bole di reset balik.

      Delete
  8. salam nurul.. bagaimana nk kemaskini or mohan jawatan lain spp? sbb sy sebelum ni aply kt spp. tersalah pilih jwtan, bila sy nk log in xbley. bg email ckp tiada. dekat job malysia sy try edit tp xboleh gak.. masih jwtan yg sy mohon sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. Log in saja Jobsmalaysia. Pergi ke jawatan yg d'pohon, then edit saja. Tngu 3 hari utk permohonan d'kemaskini

      Delete
  9. salam nurul..bagaimana nak edit or delete bahagian akademik dalam jobsmalaysia..bila tekan kemaskini, then tekan button Batal pon xleh jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bahagian akademik kalau dah t'lanjur letak degree mcm x bole delete. Sy pun x tau kenapa. Maaf sbb x byak m'bantu

      Delete
  10. Assalamualaikum... Bole tnya mcm mana nk isi kod verifikasi yg di beri.. Sy tak pernah isi kod cm neπŸ˜…

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Cam ne nk isi kod verifikasi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. isi mcm biasa je ikut tu kod (abjad/angka) cuma paling bagus kalau kamu isi melalui laptop bukan phone..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. sis, saya dah cuba tapi tak boleh sebab no phone hanya 10 angka sahaja sedangkan no kena isi ialah 11 angka. macam mana sis?

      Delete
    4. No fon sy pun 10 angka je..

      Delete
  12. Kalau mmg dah pernah daftar, so klau nk apply, perlu tekan log in pencari pekerja je kan, Tak perlu tekan daftar da?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah daftar just log in saja.. kalau tak dapat log in, tekan "forgot password".. ID biasanya guna no IC ..

      Delete
  13. Sy baru hendak mendaftar. Baru langkah ke dua. Tak dapat proceed ke seterusnya. Website kata RALAT. PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA. apa maksudnya ya? Sy belum pernah daftar jobsmalaysia sebelum ni. Pertama kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh daftar menggunakan laptop/komputer..

      Delete
  14. Kenapa still kosong ye dekat jawatan di mohon tu. Padahal dah isi yang spp ni.. Ke memang tak keluar kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas dah memohon di Jobsmalaysia, kena tunggu 2-3 hari utk permohonan diproses..
      Then boleh semak di https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

      Bukan semak kat jobsmalaysia. Jobsmalaysia tu hanya cara kita memohon jawatan sahaja. Yg lain mcm temuduga, semak status permohonan semua di laman rasmi SPP juga.. :D

      Delete
  15. saya cuba search SPP tapi tak jumpa. kena taip apa ya sebenarnya ?

    ReplyDelete
  16. Salam,saya ada sdikit soalan berkaitan pendaftaran utk akaun spp. saya sdh cuba daftar akaun spp dan juga sdah masukkan kod verifikasi yang betul tetapi bila sya click utk daftar tetiba keluar "pendaftaran tidak berjaya". Saya daftar gunakan laptop.Blh sya tau ini selalunya disebabkan msalah apa ya?

    ReplyDelete
  17. Oky sebenarnya spp ni apply after konvo or before? Confused πŸ˜•, sbb sya konvo 2020 around April. Sbb ada ckp, apply je dulu, then isi form smpai tahap mana education kita dulu la kan, then boleh update ke utk degree pnye education bila dh konvo nanti.


    Or dh boleh apply awal January 2020? Sbb dlm form tu ad mention konvo tahun bila? Clueless, ad ckp if isi tpi blm konvo, nti bila pegi iv tak valid sbb blm konvo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh.. better isi ikut tahap education yg lepas seperti SPM/STPM gitu. kalau letak degree rasanya pelu result CGPA keseluruhan lagi kan, jadi mmg tak valid lah kalau isi awal..

      Delete
  18. Saya kemaskini banyak kali tahun ni, tapi dalam sistem SPP tetap nyatakan tarikh last saya kemaskini adalah pada tahun lepas. Kenapa ye? Sebab saya kemaskini pakai fon ke?

    ReplyDelete
  19. Ke sbb sy tak ikut tarikh update yg ditentukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas kemaskini,, tunggu 2-3 hari utk diproses baru semak balik kat SPP

      Delete
  20. Saya nak tanya. Untuk bahagian akademik kan, kita patut isi dari spm, diploma hingga degree kan. Tapi saya lepasan asasi, so saya confuse dkt bhgian mana saya patut isi untuk asasi 😭 adakah dia dikira sijil ke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.