Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online | Sii Nurul

15
Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku baru tahu macam mana nak Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online. Pening kepala tadi mencari macam mana nak login. Perlu call pihak PTPTN ke? Siap take note lagi nombor pejabat PTPTN nak tanya. 

Alhamdulillah, berita gembira ini aku nak kongsi kepada anda semua khasnya kepada PEMINJAM PTPTN (macam aku). Dah pinjam kenalah ambil tahu berapa baki hutang yang tinggal. 

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:


Langkah 1 
Pertama sekali, anda pergi ke laman PTPTN dan pilih SEMAK PENYATA PINJAMAN (seperti dalam gambar di atas). 

Masukkan NO IC dan KLIK SEMAK.


Langkah 2 
Klik pada bahagian TERLUPA KATA LALUAN untuk RESET KATA LALUAN. 


Langkah 3
Masukkan NO IC dan KOD YANG DIPAPARKAN (abjad/nombor)



Langkah 4
Password anda kini di reset dan password baru di hantar ke alamat email anda. Pastikan anda semak email yang anda daftarkan pertama kali semasa mohon PTPTN. 

Seterusnya, buka alamat email anda dan dapatkan password baru yang di hantar ke email anda.




Langkah 5 
Login semula pada pautan berikut →  SEMAKAN PENYATA (masukkan NO IC & Kata Laluan Baru)


Seterusnya klik bahagian TUKAR KATA LALUAN & ALAMAT EMAIL UNTUK KEMASKINI.

 Langkah 6
Klik PENYATA BAKI TERPERINCI untuk semak baki hutang PTPTN anda.


Credit adalah jumlah yang anda sudah bayar mana kali debit adalah kos perkhidmatan atau surcaj yang di kenakan setiap bulan.

Sekarang tak perlu lagi pening kepala fikir berapa baki hutang yang tinggal. Dah boleh semak secara online dengan mudah. 


#CaraSemakBakiHutangPTPTNSecaraOnline
#SemakanPenyataPinjamanPTPTN
#SemakanOnlinePTPTN

Untuk maklumat lanjut boleh ke Portal Rasmi PTPTN
atau hubungi : 03-2193 3000  

Masa operasi
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 7.00 malam)
Sabtu - Ahad (8.00 pagi - 4.30 petang)

Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. terima kasih atas perkongsian...
    kita pun sekarang ni check online je sbb bayar pun buat online gak...

    BalasPadam
  2. Wah,terima kasih sharing. Dah lama mencari benda alah ini. haha.. Lepas ini boleh check berapa yang tinggal huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga bermanfaat.. dah boleh semak online :)

      Padam
  3. tq for sharing kak.nnti boleh rabia check

    BalasPadam
  4. Saya semak guna online macam ni jugak. Sangat mudah dan pantas. Elok kalau semua peminjam tahu cara ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. sy pun sblum nie tak tahu mcm mana nak semak,, skrg okay dah..

      Padam
  5. mudah boleh semak online je sekarang ni.

    BalasPadam
  6. mudah kini.
    dulu kala terpaksa call or gi ke kiosk utk dpt maklumat.
    alhamdulillah, ptptn aida selesai dgn aman dan tepat masa dulu kala :)
    now menabung utk anak2 sspn-i plak.

    BalasPadam
  7. perkongsian yg terbaik..moga membantu buat yang tak pasti dan tak tahu ;D

    BalasPadam
  8. Maaf, nak tanya. Kalau yang baru first time nak buat pembayaran balik semula, nak login tu kena daftar dulu ke atau boleh terus reset password. Agak confius dengan term 'permohonan pertama kali'. Tq

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !