Cara Dapatkan Kod Bar Bil ASTRO dan Bayar di 7Eleven

Assalamualaikum
Bismillah

Sekarang ni kalau nak bayar bil astro di 7Eleven perlu barcode sebelum membuat bayaran kerana tak boleh taip dah nombor melalui manual. Berikut merupakan langkah mendapatkan kod bar untuk diimbas (scan) semasa membuat pembayaran bil ASTRO di 7Eleven. Terdapat dua cara untuk dapatkan kod bar bil astro. 


CARA PERTAMA (Bil ASTRO diterima melalui SMS)

1. Rujuk pada mesej bil SMS yang dihantar ASTRO.

2. Klik pada hyperlink yang disertakan dalam SMS → contoh https://pay.astro.com.my/


3. Anda akan terus ke laman pay bills seperti di atas. Masukkan Nombor Akaun Astro dan 4 Angka Terakhir IC anda.


Sekiranya barcode tidak terpapar apabila menggunakan cara pertama, boleh gunakan cara kedua di bawah. 

CARA KEDUA (Hantar SMS untuk dapatkan kod bar bil astro)

1. SMS ASTRO <jarak> BARCODE <jarak> 10 digit no akaun astro dan hantar ke 66688
  • Contoh : ASTRO BARCODE 1234567890 hantar ke 66688



2. Klik pada hyperlink yang disertakan di SMS. Contoh http://astro.as/efd049c Cara ini tidak dikenakan caj untuk dapatkan barcode. 


3. Kod bar akan dipaparkan seperti di atas. Lepas dapat kod bar ini boleh terus screenshot. Juruwang akan imbas kod tersebut untuk membuat pembayaran. 

Semoga bermanfaat. 

3 comments:

  1. tq share!
    nt blh gtau suami.. hihi

    ReplyDelete
  2. Info menarik ni. Dah share pada adik 🥰

    ReplyDelete
  3. Kak Feni belum pernah bayar guna barcode tu. Selalu online thru link dia tu. Tq for info.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.